Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Selamat Hari Guru

16 Mei yang lalu,adalah hari yang paling bermakna bagi mereka yang bergelar guru. Kerana pada tanggal itu adalah hari guru seluruh malaysia.  "Selamat hari guru."   tanpa saya sedar,terlalu ramai manusia yang bergelar guru didunia ini. Dan yang semestinya,guru pertama kita adalah ibubapa kita sendiri. Ya! Ibubapa merupakan guru pertama bagi kita semua kerana ada pepatah mengatakan; "pendidikan pertama kanak-kanak bermula dari rumah."  Jadi...ibubapa merupakan guru pertama mereka dan kita semua.    disini dengan rendah hati saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua insan yang mendidik saya selama ini. Bagi insan yang pernah mengajar saya erti kehidupan juga;saya juga ingin mengucapkan selamat hari guru buat anda semua kerana anda adalah manusia hebat di dunia ini.   "GURU TUNJANG PENDIDIKAN SEKOLAH"