Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

SIMBF(16)

Imej
  Seluruh ahli Aqours sedang berehat sambil menikmati cahaya matahari petang yang indah. You meneguk minumannya yang masih berbaki hanya sedikit. "Seronoknya menghabiskan cuti saya bersama semua kawan-kawan. Ianya membuatkan saya rasa sangat istimewa."  Tiba tiba saja tubuh You dipeluk dari tepi. Rupanya orang itu adalah Chika,sahabat kecilnya. "Habiskan masa bersama You-chan dan juga bersama anggota Aqours memang sangat seronok." Ujar Chika pula. You memasang wajah menyampah. "Bukankah awak seronok saya tiada? Ianya memberi ruang untuk awak dan Riko-chan lebih rapat." Senda You. Riko tersenyum. Dia berjalan menghampiri sahabat itu lalu terus sahaja mencubit pipi You sehingga gadis tomboy ini mengaduh sakit. "Memang itu akan buatkan hubungan kami semakin rapat. Tapi percayalah Chika-chan tetap sayangkan awak." Chika mengangguk mendengar kata-kata Riko yang seakan membela dirinya itu. Lega rasa hatinya. You mengecilkan matanya seakan tidak percaya...