SIMBF(16)
Seluruh ahli Aqours sedang berehat sambil menikmati cahaya matahari petang yang indah. You meneguk minumannya yang masih berbaki hanya sedikit.
"Seronoknya menghabiskan cuti saya bersama semua kawan-kawan. Ianya membuatkan saya rasa sangat istimewa."
Tiba tiba saja tubuh You dipeluk dari tepi. Rupanya orang itu adalah Chika,sahabat kecilnya. "Habiskan masa bersama You-chan dan juga bersama anggota Aqours memang sangat seronok." Ujar Chika pula.
You memasang wajah menyampah. "Bukankah awak seronok saya tiada? Ianya memberi ruang untuk awak dan Riko-chan lebih rapat." Senda You.
Riko tersenyum. Dia berjalan menghampiri sahabat itu lalu terus sahaja mencubit pipi You sehingga gadis tomboy ini mengaduh sakit. "Memang itu akan buatkan hubungan kami semakin rapat. Tapi percayalah Chika-chan tetap sayangkan awak."
Chika mengangguk mendengar kata-kata Riko yang seakan membela dirinya itu. Lega rasa hatinya. You mengecilkan matanya seakan tidak percaya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan Riko dan Chika.
"Jangan buat muka begitu,You-chan. Awak semakin pandai bergurau sekarang." Rungut Chika. Riko dan You tertawa bersama. Indah suasana persahabatan mereka bertiga ketika itu.
Namun...adalah segala akan baik-baik saja selepas ini?
Bunyi tepukan tangan menyentapkan semua manusia yang ada disitu. Rupanya gerangan manusia itu adalah Hikari. Dia berjalan menghampiri anggota Aqours. You seperti biasa memandangnya dengan wajah dingin. Hikari menyedari peribahan itu pantas tertawa.
"Kenapa You-chan? Kenapa dingin sangat ni? Apakah kerana cuaca diluar sana dingin sehingga membuatkan awak memasang wajah begitu?" Duga Hikari sengaja. You hanya mengabaikan kata-kata Hikari tadi begitu juga dengan ahli yang lain kecuali Chika.
"Eh! Kenapa tiba-tiba saja awak buat muka macam tu,You-chan? Janganlah begini. Cerialah sikit." Pujuk Chika sambil mencucuk lembut pipi You yang masih berwajah masam.
Perlahan-perlahan,You kembali senyum. Ahli Aqours tahu bahawa You sangat lemah bila melibatkan Chika meskipun dia seorang tomboy yang kuat dan cekal. Hikari memerhati tingkah mereka berdua. Dia rasa tercabar. Dalam diam diam dia menyimpan amarahnya.
"Bukankah tak lama lagi You-chan akan kembali berlatih? Apa kata kalau kita luang masa bersama." Cadang Hanamaru teruja.
"Idea yang bagus Zuramaru-chan! Tapi kita nak kemana?" Tanya Yoshiko. Seketika Riko berfikir.
"Bagaimana kalau ke akuarium tempat kegemaran awak berdua di Kota Numazu? Tapi kali ini kita perginya bersembilan." Cadang Riko. Seluruh mata memandang kearah You dan Chika siih ganti. Chika dan You saling berpandangan lalu mereka tersenyum.
"Bagus juga kalau begitu. Sudah lama kita tidak kesana bersama bukan You-chan? Lagi pun awak beritahu sangat rindu pada 'uchiuchi'. Mungkin nanti kita boleh kenalkannya pada ahli lain." Ujar Chika menyokong. You tertawa kecil sambil tersenyum.
"Baiklah. Mari kita pergi!" Putus You. Seluruh ahli Aqours bersorak gembira mendengar keputusan You itu. Mereka sungguh teruja.
"Boleh saya ikut awak semua?"
Semua mata memandang ke arah bunyi pertanyaan itu. Jelas sekali itu Hikari. Rupanya dia masih disitu sambil mendengar perbincangan Aqours. Masing-masing diam tidak mahu dan tidak ingin menjawab.
"Hm. Sudah tentu awak boleh ikut bersama kami."
Lapan ahli Aoqurs ini memandang tepat kearah Chika. Dengan mudahnya dia mengizinkan Hikari ikut bersama mereka tanpa berbincang dahulu. Hikari tersenyum dengan jawapan Chika itu.
"Baiklah. Jumpa awak semua di aquarium sabtu ni. Bye!" Ujar Hikari lalu dia berlalu pergi dari situ. Riko memandang tajam ke arah Chika.
"Kenapa awak benarkan dia ikut kita sekali Chika-chan?" Tanyanya. Chika hanya tersenyum.
"Sebab dia juga kawan saya dan You-chan. Jadi...dia boleh jadi kawan kepada kita semua juga. Apakah itu salah?" Jawab Chika selamba sementara You sudah semakin risau.
"Pastilah tidak,Chika." Ujar Kanan cuba menyedapkan hati Chika sebaliknya dia dan yang lain risaukan You. Apakah You akan baik-baik saja?
Sabtu kemudian...
You tiba lebih awal di akuarium Numazu tidak seperti yang dijanjikan. Dia ingin bersendirian disini sebelum ahli-ahli Aqours yang lain tiba. Dia berjalan mengelilingi akuarium itu sambil mindanya mengenang kenangan bersama Chika disini.
Bibirnya mengukir senyuman manis setiap kali memori itu menyapanya. Seketika kemudian,senyuman dibibirnya mati ketika teringat mengenai penyakitnya ini. Apakah selepas ini dia masih berpeluang meluangkan masa lagi bersama Chika seperti dulu? Moskot 'uchichi' menarik perhatiannya. Terus saja senyuman kembali memyapa bibirnya. Dia terus mencapai maskot itu lalu dipakainya.
"Mana You-chan?" Tanya Mari kerana dia tidak lihat kelibat gadis pelaut itu. mereka semua menandang Chika dan Riko silih ganti.
"Katanya dia akan berjumpa kita semua disini. Tapi...tidak nampak pun bayang You-chan dimana-mana." Jawab Riko. Mereka semua memandang sekeliling. Mungkin You sudah tiba dan pasti sedang menunggu mereka.
"Pigiii! Lihat disana!" Teriak Ruby lau berlari dalam dakapan Dia. Mereka memerhsti kearah patung maskot anjing laut yang berjakan riang menghampiri mereka. Chika sudah tersnryum sendiri. Dia kenal pada patung maskot anjing laut itu.
"Anjing laut?" Duga kanan. Mari sudah tersenyum dan memeluk tubuh.
"Sepertinya anjing laut adalah tarikan paling utama disini." Katanya.
"Apa yang maskot ini buat disini,zura?" Tanya Hanamaru juga ingin tahu. Chika tertawa kecil lalu dia berlari menghampiri maskot yang juga sudah hampir tiba kearah mereka lalumemeluknya. Maskot itu pula dengan mesra membalas pelukan Chika lalu membuatkan aksi lucu sehingga membuatkan Chika dan anggota Aqours yang lain tertawa.
"Adakah ini uchichi yang ingin awak kenalkan pada kami itu,Chika-chi?" Tanya Mari. Chika hanya menagganguk pantas dengan soalan Mari sebentar tadi. Hanamaru,Ruby dan Yoshiko sidah terlebih dahulu memeluk 'uchichi' itu.
"Tapi siapa saja yang sanggup mengenakan kostume yang panas dan tebal seperti ini?" Duga Yoshiko polos.
"Hanya siapa yang menyayanginya." Jawab Chika bersahaja. Riko juga turut tersenyum. Fahamlah dia apa yang Chika sedang sampaikan. Dia memandang ke arah uchichi lalu terus memeluknya. Setelah itu,dia memberi tabik ke arahnya.
"Mari berseronok sepanjang hari ini,uchichi." Katanya. Uchichi terus membalas tabik hormat Riko lalu diikuti oleh Chika. Chika tersenyum.
"Awak masih hebat walaupun sudah lama tidak memakainya,You-chan." Puji Chika.
"Selamat datang ke akuarium terbaik Numazu. Saya adalah Uchichi. Saya akan jadi pemandu awak semua dan harap kalian berseronok dengan perjalanan hari ini. YOUSORO!" Ucap You yang berada didalam maskot uchichi itu. Seluruh ahli Aqours tersenyum mengerti. Terus sahaja mereka mengangguk.
"Bantu kami ya,Uchichi!" Balas mereka.
Mereka melalui perjalanan yang cukup menarik disepanjang akuarium. Uchichi tidak lepas dengan aksi lucunya membuatkan Aqours tidak lepas dengan gelak tawa dan senyuman mereka. You yang berada di dalamnya tersenyum bangga. Dia gemba hari ini.
Sangat gembira.
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan