Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Usul Fiqh

Apa  itu usul fiqh? Usul fiqh itu terdiri daripada dua perkataan; Usul  Fiqh Usul dari segi bahasa bermaksud asas iaitu asas kepada sesuatu perkara. semua perkara pasti ada asasnya. Fiqh pula bermaksud kefahaman. Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariat bersifat amali yang dikeluarkan daripada dalil-dalil yang terperinci. Ini bermakna usul fiqh itu bermaksud; 'Ilmu yang membincangkan kaedah-kaedah membuat kesimpulan hukum syarak daripada sumber atau dalil-dalil syarak.' Perkembangan ilmu usul fiqh Perkembangan ilmu usul fiqh ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu; Zaman para sahabat Zaman Tabi'in Zaman mujtahid Zaman selepas penyusunan Zaman para sahabat Para sahabat adalah golongan yang faham mengenai cara pengeluaran hukum bagi sesuatu isu yang berbangkit. Ketika zaman sahabat,sebarang masalah dirujuk kepada mereke kerana mereka akan mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan hadis. ini kerana: Penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan para saha...