Usul Fiqh

Apa itu usul fiqh?

Usul fiqh itu terdiri daripada dua perkataan;
  • Usul 
  • Fiqh
Usul dari segi bahasa bermaksud asas iaitu asas kepada sesuatu perkara. semua perkara pasti ada asasnya. Fiqh pula bermaksud kefahaman. Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariat bersifat amali yang dikeluarkan daripada dalil-dalil yang terperinci. Ini bermakna usul fiqh itu bermaksud;

'Ilmu yang membincangkan kaedah-kaedah membuat kesimpulan hukum syarak daripada sumber atau dalil-dalil syarak.'

Perkembangan ilmu usul fiqh

Perkembangan ilmu usul fiqh ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu;
  • Zaman para sahabat
  • Zaman Tabi'in
  • Zaman mujtahid
  • Zaman selepas penyusunan

Zaman para sahabat

Para sahabat adalah golongan yang faham mengenai cara pengeluaran hukum bagi sesuatu isu yang berbangkit. Ketika zaman sahabat,sebarang masalah dirujuk kepada mereke kerana mereka akan mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan hadis. ini kerana:
  • Penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan para sahabat memahami al-Quran dan sunnah dengan tepat.
  • Para sahabat juga mengetahui sebab nuzul ayat al-Quran dan sebab wurud sesebuah hadis.
  • kebanyakkan para sahabat adalah perawi hadis.

Zaman tabi'in

Oleh disebabkan demografi umat islam semakin berkembang dan pelbagai isu baharu dalam masyarakat mula timbul. Oleh disebabkan itu,kemunculan ilmu usul fiqh dapat dilihat melalui tindakan ulama-ulama ketika itu seperti:
  • Said Bin Musayyab
  • Urwah Bin Zubayr
  • Qadi Syurayh
  • Ibrahim al-Naqa'i
Ulama-ulama ini menggunakan kaedah tertentu dalam membuat kesimpulan hukum,akan tetapi kaedah itu masih belum disusun.

Zaman mujtahid

Pada zaman ini,keperluan ilmu usul fiqh mula dirasai kerana:
  • banyak masalah baru yang timbul
  • penguasaan bahasa Arab yang lemah. Proses pengeluaran hukum menjadi sukar
  • perluasan wilayah-wilayah islam serta percampuran orang Arab dengan orang ajam (bukan orang Arab)
  • muncul perdebatan antara umat islam dalam pendekatan memahami hukum melibatkan ahli hadis dan ahli al-ra'y.
Hal ini telah menuntut para ulama memahami dan mempunyai kaedah penyelidikan yang mantap untuk memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Iman Muhammad Idris al-Syafiii dianggap pengasas kepada ilmu usul fiqh. Imam Syafii juga telah membincangkan mengenai alquran dan hadis pada sudut hujahan dan kedudukan keduanya sebagai penentuan hukum. Buku karangan beliau (al-risalah) membahaskan sumber-sumber hukum yang lain:
  • Qiyas
  • Ijmak
  • Aqwal al sahabah
Selain itu,Imam Syafii juga mengambil pendekatan pertengah (kompromi). Tetapi lebih banyak menggunakan al-ra'y (tetapi tidak seluas Abu Hanifah). Imam Syafii juga turut menggunakan hadis (tetapi tidak seluas Imam Malik).

Zaman selepas penyusunan

Al-risalah  karangan Imam Syafii dijadikan rujukan oleh ulama-ulama terkemudian dalam penetapan hukum sesuatu permasalahan. malah,melalui al-risalah juga telah melahirkan beberapa kitab yang lain iaitu:
  • Kitab Ta'at  al-Rasul
  • Al-nasikh wal al-mansukh
  • Kutub al-'ilah
  • Ibtal al-Qiyas
  • Syarah Abu al-Walid al-Naisaburi
  • Syarh Abu Bakar al-Sairafi
  • Syarh al-Qaffal al-Syasyi
Banyak faedah-faedah yang dapat diambil daripada pembelajaran ilmu usul fiqh ini yang insha Allaah akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang. Sekian daripada saya,apa yang baik itu datangnya daripada Allaah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan dan kekhilafan diri saya sendiri. Hakikatnya,kedua-duanya datang daripada in sha Allaah semoga berjumpa lagi di artikel yang akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)