SIMBF(special scene)
WATANABE YOU NOTE: Dunia ini memang sesuatu yang rumit dan sukar untuk dijangka,kan? Namun memang manusia mempunyai satu kuasa istimewa iaitu kuasa pilihan. Mereka diberi kuasa untuk memilih dan merancang masa depan dan keinginan mereka sendiri kerana siapa mereka pada hari esok atau sepuluh tahun lalu adalah bergantung kepada keputusan mereka pada hari ini. Saya memang tak pernah menyesal menghabiskan hidup saya berada diatas kapal Yousoku bersama Chika. Hanya kerana itu adalah jalan yang saya pilih 11 tahun lalu. Impian yang pernah janjikan pada Chika satu ketika dulu kini sudah saya tunaikan dan saya juga akan tunai janji yang sering kali kami ukirkan bersama iaitu akan selalu bersama dan tidak akan pernah tinggalkan antara satu sama lain. Mana mungkin janji itu akan aku lupa selamanya walaupun aku hampir mati. YOUSORO!!!! "You-chan! Cepat,awak akan terlewat untuk larian pagi!!" You melangkah keluar dari bilik kaptennya dan berdiri diatas dek kapal. Terlihat lapan orang ma...