SIMBF(27)
Chika masih berkira-kira. Apakah wajah dia untuk melihat video yang berdurasi selama 4 minit lebih ini. Namun..dia ingin melihat apakah isi di dalam video ini. Setelah berkira-kira dan mengambil keputusan,dia menekan butang main pada video itu.
"Yousoro!"
Video dimulai dengan suara sorakan daripada You. Chika tekun memerhati video itu. Namun tiada apa-apa yang dirasakan istimewa di dalam video itu selain daripada gambaran rutin harian You di pusat latihan pelaut.
"You-chan,Awak sudah disahkan mempunyai ketumbuhan di otak awak. Awak mesti hentikan semua ni dan fokus pada kesihatan awak dulu." Nasihat Tsuki.
"Tak! Saya tak boleh berhenti Tsuki-chan! Saya tak boleh kecewakan Chika-chan."
"Apa yang awak merepek ni,You? Awak boleh jejaskan nyawa awak nanti."
"Beri saya tempoh selama tiga tahun. Hanya tiga tahun saja. Tolonglah."
Chika mula merasakan sesuatu di dalam rakaman video itu. You terlalu memikirkan tentangnya sehingga mengabaikan dirinya sendiri. Diakhir video terdapat susuk You yang sedang merakam dirinya sendiri sambil berjalan disepanjang persisiran lantai. Chika cukup mengenali persisiran pantai itu. Ianya adalah pantai yang menjadi tempat mereka menghabiskan masa bersama!
"Yousoro,Chika-chan!"
"Pertama sekali,saya nak minta maaf banyak-banyak pada awak. Walaupun saya tahu,saat awak mengetahui kebenaran ini awak tak mungkin mampu untuk maafkan saya. Apa lagi mahu berjumpa saya lagi."
"Tapi awak perlu tahu,Chika-chan. Saya sanggup korbankan hidup saya untuk awak. Saya sanggup mati demi awak. Kerana saya sangat sayangkan awak. Saya mahu awak berjaya capai cahaya yang awak impikan itu."
"Sebaik saja awak jumpa video ini dan melihatnya,itu bererti saya sedang berperang dengan kematian. Jika ditakdirkan dan saya masih diberi peluang,saya ingin kembali bersama awak. Saya ingin lakukan semua yang awak buat bersama. Tapi...,"
"Jika awak tak inginkan saya bersama awak lagi,saya akan pergi dengan rela hati kerana saya yakin ketika itu...awak sudah menjadi Chika yang baru. Takami Chika kesayangan saya yang baru!"
"Tapi berjanjilah dengan saya satu perkara Chika-chan. Bahawa awak akan sentiasa kuat menghadapi semuanya. Jangan sesekali tunjukkan diri awak lemah baik di depan Riko-chan atau anggota Aqours yang lain. Tapi...jangan risau."
"Walaupun saya telah pergi,awak tak kesunyian. Riko-chan masih ada untuk menjaga awak. Kanan-chan dan Mari-chan masih ada untuk menjadi 'ibubapa' awak dalam Aqours. Dia-chan masih ada untuk menjadi pemutus keputusan awak. Ruby-chan,Yoshiko-chan dan Hanamaru-chan masih ada untuk menjadi penghibur awak. Aqours yang telah kita berdua tubuhkan bersama masih ada. Selamanya masih ada."
"Awak tak akan kesunyian walaupun saya sudah tiada,Chika-chan."
You mengukir senyuman. Senyuman itu sememangnya cukup dirindui oleh Chika. Rindu pada sahabat terbaiknya itu.
"Selamat tinggal,Chika-chan. Saya sayang awak...,"
"Selamanya!"
Video tamat dengan senyuman dan tabik semangat daripada You. Tanpa disedari,air mata Chika mengalir. Tangannya menggigil. Bibirnya kelu tanpa sebab. Pandangannya kabur kerana air mata yang bertakung.
"Y...You-chan..,"
*****
Chika memandang sepi ke arah susuk tubuh yang sudah lama terbaring di situ. Sudah lama dia tidak berbual bersamanya. Perasaan rindu semakin mencengkam lubuk hatinya. Perlahan-lahan,tangannya memegang tangan You. Sejuk! Sekali lagi,air matanya tumpah. Walhal dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan menangis.
"You...You-chan...maafkan saya. Maafkan saya kerana jadi kawan awak. Saya memang tak guna! You-chan....," tangis Chika.
"Tapi...tolong jangan mati You-chan! Saya merayu jangan mati. Saya masih perlukan awak disisi saya. Saya masih perlukan semangat awak untuk saya lakukan semua perkara dengan yakin. Saya masih perlukan awak. Tolong jangan mati!"
"Saya tahu awak kuat. Awak Watanabe You yang kuat. Saya percaya awak tak akan menyerah dengan mudah. Awak dah janji yang awak tak akan tinggalkan saya,kan? Jadi...saya percaya awak tak akan tinggalkan saya. Awak tak akan kecewakan saya dengan mungkiri janji awak."
Chika menangis tersedu-sedu. Dia memeluk tubuh You yang masih tidak sedarkan diri itu. Pada ketika itu,seluruh anggota Aqours yang kebetulannya datang melawat diikuti oleh Tsuki dan Puan Watanabe. Mereka yang memerhati situasi itu turut dipenuhi rasa sebak di dada.
Tiiiiiittttttttttt......
Bunyi kuat itu membuatkan semua mata memandang kearah alat elektrokardiograf. Semua mereka terpana saat melihat alat itu sedang menunjukkan tiga garisan panjang tanpa penghujung. Perasaan sebak yang bertandang dihati mereka kini ditunjukkan dengan linangan air mata yang tidak diminta.
"Tak...mungkin....," hanya itu saja yang mampu keluar dari mulut Tsuki. Puan Watanabe yang hampir saja tumbang itu segera dipapah. Hati seorang ibu pasti berat saat menerima kematian anaknya.
Chika yang sedang memeluk tubuh You itu juga menoleh ke arah alat itu. Lidahnya kelu dan bibirnya bergetar. Dia mengukir senyum dan cuba tertawa. Berusaha menyangkal apa yang baru saja dia lihat.
"Ini semua mimpi. Semua ni mimpi saja. Tak mungkin You-chan akan pergi dengan mudah. You-chan yang saya kenal sangat kuat. Ini hanya mimpi. Bila saya bangun nanti You-chan akan sedar semula." Jenaka Chika.
"Chika,mak cik tahu ini sukar...tapi..,"
"Tak mak cik! You-chan kesayangan saya sangat kuat. Dia akan bangun nanti." Chika sekali lagi memegang tangan You. Bibirnya berusaha mengukir senyuman manis.
"Betul kan,You-chan? Mereka semua kata awak dah mati. Awak tak mati,kan? Awak akan bangun dan kembali bersama saya. Kita akan bersama dan jadi kawan sampai bila-bila,kan? Awak tak akan tinggalkan saya semudah ini,kan?" Tanya Chika pada tubuh yang tidak lagi bernyawa itu.
Penghuni bilik itu sudah tidak lagi sanggup melihat Chika dalam keadaan seperti itu. Riko mengepal tangannya. Terus menarik bahu Chika agar melepaskan pegangan tangan You lalu....
Pang!!
Chika terkedu. Dia memegang pipinya yang ditampar oleh Riko tadi lalu memandang Riko yang sudah tidak dapat menahan air matanya.
"You-chan dah tak ada,Chika-chan. You-chan dah tak ada dan awak perlu menerimanya." Setelah berkata-kata,terus saja tubuh Chika itu dipeluknya erat. Dia tahu,Chika sangat perlukannya ketika ini.
"Jangan Chika-chan. Jangan lari dari kenyataan. Jangan seksa diri awak lagi." Pujuk Riko perlahan. Chika meleraikan pelukannya terhadap Riko lalu berjalan menghampiri sahabat kesayangannya itu.
"Y...You..-chan," panggil Chika lalu tubuh sahabatnya dipeluk erat. Memang kenyataan yang sukar untuk dia terima bahawa teman terbaiknya ini sudah tiada. Sudah pergi.. Chika menangis tersedu-sedu sambil memeluk teman kesayangannya ini.
You-chan....
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan