SIMBF(special scene)
Saya memang tak pernah menyesal menghabiskan hidup saya berada diatas kapal Yousoku bersama Chika. Hanya kerana itu adalah jalan yang saya pilih 11 tahun lalu. Impian yang pernah janjikan pada Chika satu ketika dulu kini sudah saya tunaikan dan saya juga akan tunai janji yang sering kali kami ukirkan bersama iaitu akan selalu bersama dan tidak akan pernah tinggalkan antara satu sama lain. Mana mungkin janji itu akan aku lupa selamanya walaupun aku hampir mati.
YOUSORO!!!!
"You-chan! Cepat,awak akan terlewat untuk larian pagi!!" You melangkah keluar dari bilik kaptennya dan berdiri diatas dek kapal. Terlihat lapan orang manusia yang dalam pakaian latihan sedang menunggunya. You segera berlari turun dari kapal dan melangkah menuju ke jeti.
"Walaupun awak adalah kapten kapal ini,tapi awak mesti ingat,awak salah seorang dari kumpulan idola terkenal dunia,Aqours. Disiplin masa mesti dipatuhi walaupun awak yang sering kali mengemudi Yousoku!" Bebel Dia memarahi You yang baru saja terlewat. Dia kini menjadi pengurus handal Aqours kerana sikapnya yang teliti dan tekun itu.
"Baiklah,sudah cukuplah dengan bebelan percuma awak pagi ni,Dia-chan." Ujar Yoshiko menghentikan Dia-chan dari terus membebel. Makanya berlakulah pertengkaran kecil antara Yoshiko dan Dia-chan pagi itu.You tersenyum gembira melihat keadaan itu.
"YOUSORO!! Ayuh mula berlari mencapai cahaya kita,dan...," Pandangan matanya tertumpu ke arah Chika dan Kanan. "Masa untuk berlumba." Sambungnya lalu mula berlari meninggalkan anggota Aqours yang lain. Mereka terkejut melihat You lalu terus saja mengekori langkahnya.
"Nanti!!"
"Tak adil,awak mula dulu!"
"Hahahahahahahahaha!"
Suara gelak tawa memenuhi setiap langkah larian mereka pagi itu. Itulah bahagia dan cahaya yang diinginkan oleh mereka dan tiada sesiapa boleh menghalangnya.
TAKAMI CHIKA NOTE:
Saya gembira! Sangat gembira! Walaupun kehidupan dan perjalanan masa depan saya pada mulanya masih kabur dan tiada permulaannya. Namun terima kasih pada sahabat terbaik saya,You-chan! Dia banyak membantu saya dalam membentuk siapa diri saya pada masa kini dan sentiasa menyokong saya. Terima kasih,You-chan! Mari bermain bersama lagi!!!
DUNIA AKAN SENTIASA BERSINAR DENGAN CAHAYA DAN WARNANYA JIKA HATI KITA JUGA TURUT BERSEDIA UNTUK MENCAPAI CAHAYA ITU......
tamat
Ulasan
Catat Ulasan