SIMBF(28)
Watanabe You POV
Suasana putih dan kosong disekelilingku. Entah kenapa kakiku terasa berat untuk melangkah. Perlahan-lahan suasana disekitarku mulai berubah. Aku kini dapat lihat kawasan persekitaranku yang hampir mirip dengan suasana di dalam wadku...dimana tubuhku asli ku di dunia sebenarku masih lagi terlantar tidak sedarkan diri.
Namun...sesuatu yang cukup berbeza dapat aku rasakan. Terlihat manusia yang ada di dalam wadku itu sedang menangis dan terlihat Chika sedang teresak-esak menangis memeluk tubuhku itu. Apakah yang telah terjadi pada diriku itu?
"Ayuh,kita pergi Watanabe You."
Suara apakah itu? Keadaan berubah lagi. Kembali menjadi putih dan kosong. Aku kembali ke sini? Dimana aku? Apa yang tekah terjadi pada tubuh asliku itu? Kenapa mereka semua terlihat sedih? Kenapa ibu dan Tsuki menangis? Kenapa Chika memeluk tubuhku sambil menangis teresak-esak?
"Watanabe You,ayuh kita pergi."
suara itu kedengaran lagi. Namun mengapa suara itu seolah aku kenali. Suara itu sangat mirip seperti seseorang yang aku kenali dan kagumi. Tapi siapakah dia?
"Apakah yang awak tenungkan lagi,Watanabe You? Mari kita pergi sudah tiba masanya untuk lepaskan segala-galanya." Arah suara itu. Kejap! Apa yang dia cuba maksudkan dengan melepaskan segalanya-galanya? Tak mungkin!
"Jangan risau. Awak tak akan kesunyian lagi disini. Saya akan bersama menemani awak dalam perjalanan awak ke dunia yang seterusnya." Setelah berkata-kata,suara itu perlahan-lahan menunjukkan rupanya. Aku terkaku ditempat dimana aku berdiri ketika ini. Apakah ini semuanya adalah satu ilusi? Tak mungkin aku akan melihat satu lagi diriku di dunia ini.
"Siapa awak?" Argh! Bodoh saja awak You! Mana mungkin awak menunjukkan kebodohan itu dihadapan diriku sendiri? Dia hanya tersenyum dan kelihatan sangat senang sekali.
"Pastilah awak akan terkejut melihat saya disini. Saya adalah sisi awak yang sering kali awak lupakan dan abaikan. Saya hanyalah seorang Watanabe You yang sudah keletihandengna semua perjuangan ini. Saya hanya seorang Watanabe You yang inginkan rehat walaupun hanya untuk seketika."
PANG!
Entah kenapa aku memiliki keberanian unutk berbuat demikian. Aku telah menampar diriku sendiri. Dia juga kelihatan terkejut kerana tindakanku sebentar tadi. Maafkan aku!
"Adakah tamparan itu cukup untuk sikap pentingkan diri sendiri awak tu? Adakah tamparan itu adalah rehat yang awak inginkan selama ini? Awak memang pentingkan diri sendiri!"
Aku berpaling dari memandangnya. Aku tak mahu melihat diriku yang bersikap pentingkan diri sendir itu. Nanum aku terkejut,kenapa aku tidak boleh kembali ke duniaku semula?
"Awak tak boleh kembal ke sana semula,You. Diri awak sudah mencapai had ehidupan disana. Tububh awak sudah tidak mampu lagi menerima sebarang bentuk kehidupan lagi sebagai sokongan."
Terus saja aku menoleh ke arahnya. Ini mustahil! Aku tak boleh mati! Bagaimana dengan Chika-chan? Bagaimana denagn Aqours dan impian yang telah aku janjikan pada sahabat aku yang satu itu? Aku tak boleh mungkirinya! Aku harus hidup walau apa jua cara sekali pun.
"Awak harus menerimanya. Ayuh kita pergi ke alam seterusnya dan disana awak akan dapat rehat yang sepatutnya awak terima atas segala usaha awak selama ini."
Aku merentap tanganku yang dipegangnya. Kedua bahunya aku pegang kasar. Apakah ini adalah diriku? Apakah ini aku? Mungkin saja kerana suara dan rupa parasnya sama sepertiku. Tapi kenapa dia ini terllau pentingkan diri sendiri?
"Hanya kerana awak sering mengabaikan saya dan perasaan awak sendiri. Kerana itulah awak terkejut kerana saya yang pentingkan diri sendiri ini adalah awak?" Balasnya menjawab persoalanku walaupun aku tidak meluahkannya. Aku terdiam memandangnya. Kenapa aku aku lihat diriku ini sangat menyedihkan?
"Kenapa awka sering mengabaikan saya You? Bukankah saya adalah diri awak dan saya jauh lebih mengenali saya. Tapi kenapa awak langsung tindak menghiraukan tentang perasaan saya? Kenapa You?"
Aku mengukir senyuman. "Awak nak tahu kenapa saya sering mengabaikan awak dan biarkan awak keletihan seperti ini?" Tanyaku menduganya. Dia mengangguk. Aku menggengam tangannya dan aku berharap agar dia bisa melihat apa yang telah lama aku pendam daripada diriku yang pentingkan diri ini. Aku harap agar dia mengerti.
*********
Situasi di hospital
Mereka masih bersedih dan masih tidak mampu menerima pemergian insan yang mereka sayangi. Atas alasan yang kukuh,Tsuki berjaya memujuk pihak hospital agar tidak menguruskan lagi mayat You.
"Nah,minumlah ini,Chika-chan." Ujar Riko sambil menghulurkan minuman dalam tin kepada Chika yang masih kelihatan murung. Chika mengambilnya akur bagaikan robot. Riko duduk disisinya menemani Chika. Biarpun dia marah pada tindakan dan sikap Chika,namun dia tidak sanggup meninggalkan temannya ini disaat temannya ini sedang dalam keadaan begini.
Setelah mengetahui kisah gelap yang hampir menyebabkan Chika ingin menamatkan hidupnya sendiri dari You dulu,sejak dari itu dia bertekad bahawa dia tidak akan meninggalkan Chika ditambah pula dengan jajinya pada You bahawa dia akan menjagakan Chika untuknya disaat You tiada.
Pandangan mata Chika kosong. Fikirannya buntu. Dia merasakan bahawa dia sedang bermimpi bahawa teman terbaiknya telah pergi meninggalkan dirinya. Dia msih berharap agar segalanya akan kembali pulih ketika dia bangun nanti.
"Chika-chan,gomen ne."
Chika memandang sekeliling. Dia cukup kenal pada suara itu. Suara You! Dia yakin pasti You sedang memandangnya dimana-mana. Riko memandang kearah Chika. Dia sangat risau pada temannya yang satu ini. Apakah yang sedang bermsin difikiran Chika ketika ini.
Riko semakin resah saat melihat Chika yang berlari kembali masuk kedalam wad. Ketika itu,seluruh anggota Aqours juga sedang memerhati. Segera mereka mengekori langkah Chika.
"You-chan! Saya tahu awak sedang bergurau dan ianya tidak kelakar. Saya mahu awak bangun sekarang sebelum saya akan buatkan awak terpaksa memberi tabik pada saya seperti seorang kapten."
Chika berusaha membangunkan sahabatnya daripada mimpi panjangnya. Dia sudah pasti tidak mampu menerima kenyataan ini. Hakikat ini sangat sukar dan perit untuk dia terima. You tak mungkin pergi.
Ruby menangis dalam dakapan Dia. Dia juga tidak sanggup melihat kakak kelasnya seperti itu. Chika tidak pernah kelihatan sangat menyedihkan seperti ini. Apakah kematian You akan memberi perubahan yang sangat besar pada diri Chika yang selama ini dianggap sangat kuat dan bersemangat.
Sementara itu,Kanan bersama YOshiko dan Mari melawat rumah penginapan keluarga Takami. Kanan tersenyum memandang rumah penginapan keluarga Chika ini. Rumah ini juga pernah menjadi tempat dia bermalam sehingga berhari-hari bersama You ketika dia masih kecil. Ketika itu,dia masih belum bertemu lagi bersama Ohara Mari dan Kurosawa Dia.
"Oh,kamu bertiga! Jemputlah masuk. Sudah lama tidak lihat kamu bertiga disini. Semuanya berjalan baik?" Kakak sulung Chika,Shima mempelawa tiga gadis ini untuk masuk kedalam rumah penginapan mereka.
Tiga gadis ini akur dan mereka melangkah masuk. Mereka dihidangkan dengan teh hijau yang sangat terkenal dirumah penginapan ini. Kanan terkedu ketika ingin menghirup teh hijau ini.
"Kenapa Kanan? Kamu sepertinya teragak-agak nk minum teh itu?" Tanya Mari yang menyedari tingkah Kanan. Kanan terus saja memandang kearah Shima yang juga turut bersama mereka.
"Apakah ini adalah teh hijau yang pernah dicadangkan oleh You satu ketika dulu?" Duga Kanan. Shima mengukir senyum seraya itu dia mengangguk. "You itu memang seorang yang sangat proaktif. Dia sentiasa ada cara untuk menghiburkan hati Chika. Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan Chika sekiranya You tiada nanti."
Kata-kata itu membuatkan tiga gadis ini menahan sebak. Bagaimana mereka mahu katakan bahawa Watanabe You,sahabat terbaik dihati Chika sudah tiada?
Keadaan dialam bawah sedar You
"Jadi,awak dah nampak sekarang? Kenapa saya masih belum bersedia untuk pergi lagi dan kenapa saya menolak untuk ikut bersama awak?" Aku menduga diriku sendiri ini. Aku berharap setelah melihat segala-galanya yang baru saja ditunjukkan akibat apabila aku mati,aku berharap agar dia benarkan aku kembali kesana bersama mereka.
Bersama Chika-chan!
Dia menghela nafas kesal. Sejujurnya dia perlu akui apa yang baru saja dilihatnya ini. Dia juga harus akui bahawa Chika-chan masih memerlukan aku untuk setia berada disisinya. "Apakah keadaan ini akan membuatkan awak semakin lelah,You?" Tanyanya. Aku mengukir senyum.
"Memang keadaan ini akan membuatkan saya semakin lelah dan akan membuatkan saya kelihatan seperti memaksa diri untuk kekal kuat. Tapi awak juga perlu tahu sebagai seorang Watanabe You adalah...,"
"Saya akan rasa sangat bahagia dan gembira ketika saya melihat senyuman Chika-chan. Senyuman kepuasan Chika itu memberikan satu semangat baru pada saya dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk sentiasa mengekalkan senyuman itu.'
Dia mengangguk akur. Akhirnya dia merendahkan juga sikap pentingkan diri sendirinya itu. Walaupun aku tahu sifat seperti itu juga perlu ada,tapi bagi aku,jika kerana Chika-chan,tidak perlu lagi untuk ada sikap pentingkan diri sendiri itu.
"Baiklah,jika itu yang awak sudah maksudkan,saya tidak lagi mampu menghalang awak. Jadi Watanabe You,apakah jalan yang akan awak ambil ketika ini?"
Aku tersenyum mendengar soalan itu. Aku sudah bersedia melangkah dan pergi. Aku juga akan capai cahayaku sekali lagi kerana sesungguhnya aku masih lagi diberi peluang. Aku masih lagi belum terlambat.
bersambung.......
Hanya tinggal satu part lagi nak habis.
harap kalian sabar menunggu.
Ulasan
Catat Ulasan