SIMBF(29)
Setahun kemudian
Chika tersenyum senang dengan perhiasan pentas yang disediakan oleh semua kru kapal Yousoku. Tema utamanya yang memang sangat kena dengan tema utama Aqours sempena persembahan kemunculan semula Aqours. Chika begitu teruja dengan perhiasan pentas dengan sekelilingnya.
"Sedap betul makanan ni,zura." Ujar Hanamaru sambil mulutnya yang dipenuhi dengan makanan yang disediakan oleh ketua tukang masak kapal Yousoku. Yoshiko dan Ruby juga turut menikmati makanan itu sebelum persembahan kemunculan semula mereka beberapa jam lagi.
"Awak patut berhenti makan sekarang,zuramaru. Nanti awak akan ada masalah untuk langkah tarian awak." Pesan Yoshiko yang agak risau dengan Hanamaru yang kini sudah lima mengisi makanan kedalam pinggannya.
"Jangan risau,zura. Langkah tarian kita kali ini bukan rumit seperti biasa,zura." Balas Hanamaru dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan. Ruby dan Yoshiko saling berpandangan dan hanya mampu tersenyum dengan jawapan daripada sahabat mereka itu.
"Ruby risau nanti kostume Hanamaru tidak muat untuk dipakai." Seloroh Ruby cuba mahu mengenakan Hanamaru yang masih asyik dengan makanannya. Hanamaru pantas menggeleng kepalanya menyangkal kata-kata Ruby sebentar tadi. "Sekirnya pakaian Maru tak muat,zura bukankah Ruby ada untuk membetulkannya."
"Lebih parah lagi kalau awak terpaksa menambah lagi beberapa meter lagi untuk sepasang kostume untuk awak zuramaru." Sambung Yoshiko pula. Hanamaru hanya akur dengan kata-kata Yoshiko yang mungkin menganggap dirinya sebagai malaikat jatuh itu. Setelah itu mereka bertiga tertawa bersama.
beberapa minit sebelum persembahan
"Nampaknya persembahan langsung ini memang meriah." Kata Mari yang juga turut terkejut dengan jumlah penonton yang datang menyaksikan persembahan kemunculan semula mereka ini. Dia memandang disebalik tirai.
"Saya juga tak sangka yang Aqours masih diingati walaupun sudah menarik diri dari acara akhir Love Live tahun lepas. Dan tak sangka juga yang persembahan kali ini akan jadi sangat gempak." Kata Hanamaru yang juga sudah tidak sabar.
"Baiklah,sudah sedia semua. Sudah tiba masanya untuk awak semua beraksi diatas pentas yang menjadi impian awak semua selama ini. Jadi ini adalah pentas awak sendiri dan jangan kecewakannya." Ujar Tsuki yang segak dalam pakaian seragam kelasi laut. Dia kini memegang jawatan sebagai pembantu kapten dalam kapal Yousoku.
Mereka semua mengangguk setuju dengan kata-kata Tsuki. Benarlah,berada diatas pentas sendiri dan membuat persembahan langung merupakan impian mereka sebagai Aqours. Kini impian itu berjaya mereka wujudkan.
"Jangan berlengah lagi. Jangan buatkan semua penonton yang hadir menunggu lama." Kata Chika lalu mereka menyatukan tangan mereka seperti biasa. Keadaan sunyi sepi seketika.
"Kenapa Chika?" Tanya Dia lalu memandang ke arah Chika yang masih diam menyepi tanpa sebarang kata. Semua mata juga tertumpu kearah Chika.
"Adakah ini kali pertama kita akan beraksi sebagai Aqours dengan lapan ahli?" Tanya Chika sedikit kesal. Riko tersenyum mengerti lalu berusaha menenangkan sahabatnya itu. "Jangan risau Chika-chan. Dia tidak pernah mengecewakan awak seperti biasa. Dia akan segera datang memandangkan ini persembahan kemunculan kita yang pertama."
Chika mengangguk setuju. "Baiklah. Setelah setahun,hari ini muncul juga. Disini kita akan memulakan semuanya dan disini juga kita akan menyinarkan cahaya yang ada dalam hati kita. Jadi ayuh jadikan ini satu permulaan baru untuk Aqours!"
Tirai dibuka dan kedengaran ditelinga mereka suara sorakan para penonton serta peminat yang menang sudah lama menantikan mereka bersama dengan tarian dan lagu baru. Chika mengukir senyuman sedikit hambar. MUngkin kali ini mereka akan beraksi dengan hanya lapan ahli,namun dia tetap akan jayakan dan capai cahayanya kembali.
"Baiklah,jom kita mula." Kata Chika mengisyaratkan untuk mula memainkan musik. Tiba-tiba....,
"Tunggu dulu Chika-chan!" Chika dan seluruh anggota Aqours memandang ke arah suara teriakkan itu. Satu susuk yang memang sedang dinantikan oleh mereka kini telah tiba bersama kostume yang juga disediakan oleh Ruby khas untuknya. Tiada sesiapa yang boleh gantikan tempatnya dalam Aqours dan...
Hati Chika sendiri.
"Awak sudah lupakan kiraan terbaik Aqours ke Chika-chan?" Duganya. Chika mengukir senyum lantas menjawab. "Mana mungkin saya lupakannya. Saya sedang menantikan awak untuk lengkapkannya kerana hanya awak yang layak berada dikedudukan itu,You-chan." Balas Chika.
***flashback 1 year ago***
Disaat mereka sudah bersedia untuk melepaskan,disitulah keajaiban muncul. Chika walaupun masih tidak mampu menerima kenyataan itu bahawa dia akan menjalani kehidupannya tanpa seorang sahabat seperti You,namun dia harus menerima kematian ini.
Pada ketika itu,bunyi pada alat elektrokardiograf membuatkan perhatian mereka tertumpu kepada alat itu. Garis panjang yang ditunjukan oleh alat itu perlahan-lahan mula menunjukkan peningkatan. Tsuki terpana dan segera memanggil doktor.
Beberapa saat setelah itu,seorang doktor masuk dan terus memeriksa keadaan You. Sedikit pergerakan pada jari-jemari You. Bibir You mula bergerak dan perlahan-lahan matanya kembali terbuka setelah sekian lama terpejam. Mereka semua terkejut dengan keadaan itu. Masakan ianya adalah satu keajaiban yang sangat disyukuri oleh mereka.
"Watanabe-san? Anda boleh mendengarkan saya?" Tanya doktor itu. You mengangguk perlahan menandakan bahawa dia memang jelas masih mendengar kata-kata doktor itu sebentar tadi. Puan Watanabe mendapatkan You lalu dikucup kening anak tunggalnya penuh kasih.
Chika berjalan menghampiri You yang masih terbaring lemah. Dia sudah tidak sabar ingin berjumpa kembali dengan sahabat terbaiknya itu. You memandang ke arah Chika membuatkan Chika berhenti melangkah. Senyuman manis You ukirkan buat Chika walaupun agak sukar buatnya.
"C..Chi..Chi..Chika..Chika-chan?" Seru You perlahan dalam kepayahan. Chika mengetap bibirnya. Air matanya langusng tidak dapat ditahan lagi lantas terus saja dia memeluk You dan menangis dalam dakapan You lagi.
You berusaha mengerak baki tenaganya untuk membalas pelukan Chika. Dia juga ingin memeluk sahabat yang sudah lama dia rindukan ini. Akhirnya dia kembali ke sini dan berpeluang bertemu Chika lagi. Kali ini dia tidak akan mungkiri janjinya lagi.
"Ma..ma..maafkan saya,Chika-chan." Ujar You. Maaf kerana tinggalkan awak terlalu lama dan menipu awak selama ini,Chika-chan. Saya hampir tewas untuk kembali dan hampir saja memungkiri janji pada awak. Sungguhnya maafkan saya,Chika-chan. Sekiranya tenaganya banyak,sudah pasti kata-kata itu yang akan dilontarkan kepada Chika kerana sudah membiarkan gadis itu hidup dalam kekeliruan dan penantian yang panjang.
Chika meleraikan pelukan antara mereka. Dia tersenyum manis pada sahabat yang pasti sangat dia rindukan itu. "Saya gembira kerana awak telah kembali ke sini semula,You-chan. Terima kasih dan selamat kembali." Ucap Chika. You membalas senyuman Chika itu.
"Saya sudah kembali,Chika-chan." Balas You. Chika tertawa ceria. Kini hatinya kembali gembira dan ceria. Kanan memandang ke arah Riko dan mereka mengukir senyuman penuh erti. Hanya You yang mampu buatkan Chika tersenyum seperti itu.
Hanya You saja yang mampu lakukannya.
***Seminggu kemudian***
"You-chan!" Teriak Chika lalu berjalan masuk ke dalam wad dengan penuh ceria. Sikunya dicuit pantas oleh Riko tanpa sedikit pon rasa bersalah. Chika sedikit mengaduh dengan perbuatan Riko sebentar tadi. "Awak sepatutnya sapa dengan lebih sopan daripada itu,Chika-chan." Tegurnya tegas.
Chika pantas tersedar lalu tersengih. Belakang kepalanya yang tidak gatal digaru. Tawa janggal kedengaran darinya. "Maaf. Maksud saya selamat tengah hari makcik dan You-chan." Ucapnya kembali.
You tersenyum lalu memberi tabik pada sapaan Chika sebentar tadi. Setelah itu,semakin ramai anggota Aqours yang masuk ke dalam wad ingin melawat You. Mari memandang sekeliling mencari seseorang namun bayangan itu tidak dia temui.
"Maaf,tapi...dimana...,"
"You-chan! Kita berjaya!" Jerit Tsuki lalu terus berlari mendapatkan sepupunya itu. Mendengarkan perkataan itu,semakin lebar senyuman dibibir You. Anggota Aqours yang lain pelik dan tidak faham apa yang sedang dibicarakan oleh dua sepupu ini. Tsuki menyerahkan sehelai kertas kepada You. You segera melihatnya.
"Apakah itu,You-chan?" Tanya Chika ingin tahu. You memandang Chika sambil tersenyum. "Tak lama lagi...Aqours akan berlayar ke seluruh dunia bersama Yousoku." Ujarnya membalas pertanyaan Chika.
"Maksud awak?" Riko yang turut terkejut menyoal pula. "Kami berdua dah lulus dengan cemerlang di akademi latihan pelaut. Sekarang,kami secara rasminya menjadi pelaut dan Watanabe You kini menjadi kapten kapal rasmi untuk sebuah kapal yang bernama Yousoku." Jelas Tsuki.
You mengangguk mengiyakan kata-kata Tsuki tadi. Chika teruja. Terus saja dia memeluk You. "Tapi...kenapa ianya kapal khas untuk Aqours?" Kurosawa Dia bertanya.
"Hanya kerana kapal itu akan membawa Aqours belayar ke seluruh dunia dan menyinar dengan cahaya yang memang ada dalam hati kita." Balas You pula. Mereka semua mengangguk faham. Tsuki berpeluk tubuh.
"Tapi...You-chan perlu jalani kursus kapten kapal selama seminggu setelah kapal itu rasmi menjadi miliknya." Kata Tsuki pula. "Saya merancang ingin mengadakan persembahan pertama Aqours untuk kapal Yousoku yang akan mula berlayar bersama impian kita. Tapi...segala persiapan saya terpaksa serahkannya pada awak semua." Seloroh You.
"Jangan risau,You-chan."
***keadaan kini***
Chika berjalan menghampiri You yang masih berada di dalam kalangan penonton mereka. Chika memandang You atas bawah dan tumpuannya tertumpu pada kepala You yang pernah dibedah setahun lalu sehingga rambut You terpaksa dicukur agar proses pembedahan berjalan lancar. Kini,rambut kelabu milik Watanabe You itu sudah kembali walaupun agak pendek dari besebelum ini.
You juga turut memandang Chika. Senyuman manis sentiasa dihadiahkan kepada sahabatnya itu. "Awak memang tidak pernah mengecewakan saya,You-chan. Saya sayang awak." Ucap Chika. You tertawa kecil.
"Saya juga sayang awak,Chika-chan. Kerana itu saya sentiasa berusaha untuk tidak ingin mengecewakan awak. Saya tak mahu lihat awak kecewa lagi." Balas You. Tangan mereka terpaut lalu mereka berjalan bersama menaiki pentas yang sudah disediakan istimewa untuk mereka sebagai Aqours.
"Sekarang masanya untuk kiraan." Ujar You. Chika mengangguk. tangan mereka membentuk bulatan bersama. Chika menarik nafas panjang.
"Ichi!" Jerit Chika.
"Ni!" Sahut You semangat.
"San!" Riko memyambung.
"Yon!" Hanamaru berteriak teruja. Inilah saat yang paling mengembirakan.
"Go!" Ruby membalas walaupun sedikit gemuruh.
"Roku!" Yoshiko menyahut lantang.
"Nana!" Dia membalasnya tidak kurang kuat.
"Hachi!" Kanan tersenyum gembira.
"Kyuu!" Mari melompat riang.
"Juu!' Para penonton menyambut dengan penuh semangat sehingga langit dapat mendengar suara mereka. Seluruh anggota Aqours memandang tepat kearah penonton mereka dan mula terasa bangga. Chika kembali memandang kumpulannya.
"Ayuh lakukannya! Zero kana ichi e, Aqours...," Kata-katanya terhenti lalu diikuti oleh yang lain.
"SUNSHINE!!!"
The End
the best ending...thank you
BalasPadam