SIMBF(1)
Ketika usia Chika dan You tujuh tahun...
"Cepat turun Chika-chan! Airnya sangat nyaman. Awak pasti akan suka." Watanabe You yang sudah lama berada di dalam kolam renang itu bertariak. Takami Chika yang masih berdiri ditepi memegang kedua tangannya kerana ketakutan.
"Tak nak! Kalau saya jatuh dan lemas macam mana?" You hanya tersenyum dengan soalan itu.
"Bukankah saya ada disini? Saya akan selamatkan awak sekiranya ada apa apa terjadi." Pujuk You memberi semangat.
"Betul ni? Awak tak akan tipu saya,kan?"
"Mana mungkin saya tipu awak,Chika. Awak hanya perlu percayakan saya." Chika menarik nafasnya panjang sebelum dihembuskan perlahan lahan. Dia melomlat turun ke dalam kolam renang itu.
BLUSHHH!!
"Chika-chan!" Teriak You lalu terus sahaja dia mengendong Chika dibelakangnya. Dengan erat,Chika memeluk leher You.
"Bagaimana rasanya?"
"Memang nyaman dan selesa. Tapi ianya masih menakutkan." Jawab Chika. You hanya tertawa kecil. Dia berenang bersama Chika ke tengah kolam. Walaupun pada hakikatnya hanya You sahaja yang berenang,tapi dia masih seronok dapat lakukan sesuatu bersama Chika.
"Hey,You-Chan!" Panggil Chika yang masih digendong oleh You saat mereka ingin keluar dari kolam itu.
"Hmm..,"
"Boleh awak janji dengan saya satu perkara?" Kening You sedikit berkerut mendengar permintaan Chika tadi, tapi dia hanya melayan saja.
"Katakan saja,Chika-chan. Apa dia?"
"Janji yang kita tak akan tinggalkan antara satu sama lain dan sentiasa ada untuk sesama sendiri." Minta Chika. You yang masih pelik dengan permintaan itu hanya berdiam diri seketika memikir. Seketika kemudian,dia menjawab.
"Sudah tentu,Chika-Chan. Saya janji." Balas You.
Chika hanya tertawa mendengar balasan daripada You tadi. Seperti yang dia kenali diri You,dia tidak akan pernah mengecewakan. Terus sahaja tubuh You dipeluknya dari sisi.
"Arigatou,You-chan! Daiiiisuki!" Ucap Chika sambil menjerit. You hanya tersenyum dengan kata kata Chika tadi.
"Emm...Chika-chan,boleh awak lepaskan pelukan awak? Ianya terlalu kuat." Kata You. Chika terus sahaja melepaskan pelukannya pada You. Dia tersengih sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal dan kembali menyambung perjalanan mereka.
10 tahun kemudian...
"Riko-chan,selamat pagi!" Sapa Chika dari tingkap biliknya. Riko yang sedang asyik dengan pianonya menoleh lalu terus sahaja berjalan menuju tingkap. Kelihatan Chika seperti baru selesai mandi kerana masih terdapat lilitan tuala pada kepalanya.
"Awak masih lewat bangun lagi,Chika-chan?" Duga Riko. Chika hanya tersengih sambil melepaskan lilitan tuala dirambutnya.
"Sekarang sedag cuti musim panas. Jadi saya mahu nikmati cuti ini seadanya." Jawab Chika selamba. Riko merenung tajam ke arah Chika. Tidak percaya jawapan seperti itu yang dia terima daripada ketua Aqours itu.
"Awak ni biar betul?" Tanya Riko sekali lagi. Kali ini hanya sekadar untuk kepastian. Mana mungkin Takami Chika yang dikenali sangat bersemangat boleh bersikap sambil lewa seperti ini. Setelah itu,Chika tertawa membuatkan Riko binggung.
"Kenapa dengan awak,Chika-chan?" Tanya Riko pelik.
"Hari ini adalah hari You-chan akan pulang ke Uchiura kerana ingin melengkapkan Aqours bagi acara love live yang kita sertai selepas cuti musim panas nanti. Saya sungguh teruja sampai tak sabar nak berjumpa dengannya di stesen kereta api." Beritahu Chika sambil tersenyum sendiri.
Riko juga turut tersenyum ketika melihat senyuman Chika. Dia gembira melihat Chika sentiasa menghadiahkan senyuman ikhlas seperti itu. Tapi sesuatu membuatkan senyuman Riko mati. Terus dia memandang Chika.
"Tapi,awak sudah siapkan lirik lagunya?" Jawapan yang dia terima dari gadis pengemar limau mandarin ini adalah satu sengihan bagaikan tidak bersalah. Tahulah Riko apa makna daripada senyuman itu.
Dasar budak ni...
"Saya akan cuba usahakan dengan lirik itu. Awak janganlah risau. Saya akan sediakan sebuah lirik yang bagus untuk Aqours." Terang Chika sekadar mahu menyedapkan hati Riko. Riko hanya menghela nafasnya sahaja.
"CHIKA-CHAN!!!"
Suara teriakan memanggil namanya itu membuatkan Chika dan Riko menoleh ke arah punca suara itu datang. Rupanya enam manusia yang mereka kenali sudah berada di halaman rumah Chika.
"Awak semua! Buat apa disini?" Tanya Riko pelik. Bukan mereka adakan perjumpaan sehingga membuatkan seluruh ahli Aqours harus berada disini.
"Kami mahu mengajak awak berdua untuk menjemput You-chan. Bukankah dia akan tiba di stesen kereta api sekejap lagi. Mari kita pergi sekarang." Beritahu Hanamaru. Chika semakin lebar senyumannya.
"Mari kita pergi sekarang. Kita tak mahu buat You-chan menunggu." Beritahu Riko pula. Chika mengangguk lalu dia terus sahaja bersiap.
*****
Chika berlari setelah mereka tiba di stesen kereta api Numazu. Rasa tidak sabar mahu berjumpa dengan kawan sejak kecilnya itu. Dia mencari cari kelibat You.
"You-chan!"
Terus sahaja dia menjerit apabila kelibat yang dicarinya berjaya ditemui. You baru sahaja keluar dari gerabak kereta api yang dinaikinya. You memandang ke arah suara yang berteriak memanggilnya. Setelah Chika dan teman temannya yang lain kelihatan dia melambai tangan dan berjalan mendapatkan mereka.
Tubuh You terus sahaja dipeluk erat oleh Chika. Terasa rindu pada You walaupun You sentiasa pulang ke Uchiura sebulan sekali. Kini,You sedang mengikuti kursus untuk menjadi seorang kelasi. Tidak lama lagi,pasti cita citanya untuk menjadi kapten kapal pasti akan tercapai.
Biarpun begitu,dia tetap membantu melengkapkan jumlah sembilan ahli Aqours kerana dia sangat menyukainya. Biar pun masa latihannya bersama Aqours adalah terhad dan agak terbatas,namun dia tetap menjalaninya dengan santai.
"Saya sangat rindukan awak,You-chan." Beritahu Chika sambil memeluk You. You membalas pelukan Chika. "Saya juga rindukan awak,Chika-chan." Balas You.
"Bagaimana dengan kursus latihan awak,You-chan?" Seperti biasa,Kanan yang lebih berperanan seperti bapa dalam Aqours bertanya kepada You tanda prihatin. You hanya tersenyum sebelum mengangkat tangannya lalu diletakkan ke dahi.
"Ohayousoro! Semuanya baik,Kanan-chan. Saya akan berjaya menjadi kelasi kapal tidak lama lagi." Beritahu You jujur. Kanan memeluk tubuhnya sambil tersenyum. Ketika itu Kurosawa Dia juga turut melakukan perkara yang sama.
"Oleh kerana You-chan sudah kembali,apa kata kalau esok kita mulakan latihan." Beritahu Dia. Lima pasang mata memandang ke arahnya terkejut.
"Eh? Tapi You-Chan baru saja tiba. Tak bolehkah berikan rehat untuk sehari lagi?" Chika bersuara. Dia menggelengkan kepalanya tanda keputusan yang dibuat tidak boleh diubah.
"Lagi pun,tujuan You kesini pun adalah untuk membantu melengkapkan jumlah kita menjadi sembilan orang. Jadi jangan jadikan kepulangannya ke sini sia sia,Chika-chi." Jelas Mari memihak kepada Dia. Mendengar kata kata sokongan dari Mari tadi membuatkan Chika sedikit murung. You yang dengan mudah menyedari perubahan itu,segera menegur.
"Bukankah masa depan Aqours adalah untuk bersinar,Chika-chan. Atau...awak sudah menyerah untuk menjadi seorang idola sekarang?" Dengan sengaja You menekan perkataan 'menyerah' sambil memegang dagunya dengan jari telunjuk. Mendengar saja kata kata You tadi,Chika pantas mengepal kedua tangannya. Mukanya menjadi serius.
"Mana mungkin! Saya berusaha membentuk Aqours dengan sembilan ahli. Saya perlu pastikan Aqours akan terus bersinar dan mencapai cahaya!" Kata Chika bersemangat. Dia berlari sehingga dia membelakangi yang lain.
"Ayuh kita berlari! Tidak ada masa untuk berehat,ayuh!" Katanya lalu berlari meninggalkan stesen kereta api. Lapan ahli lain melihatnya kembali bersemangat tersenyum senang. Riko memengang bahu You.
"Walaupun sudah berada jauh,awak masih tetap Watanabe You yang Chika kenali,You-chan." Ujar Riko memuji You. You hanya tersenyum mendengar pujian Riko tadi. Ketika itu,hanya tinggal mereka berdua sahaja.
"Selagi Chika-chan masih perlukan sokongan dan bantuan saya untuk mencapai impiannya,selagi itu saya akan setia bersama dengannya,Riko-chan." Kata You penuh mendalam maknanya. Riko tersenyum penuh makna.
"Maksud awak,You-chan?" Tanya Riko lagi. You menjawab soalan Riko tadi dengan senyuman yang penuh tersirat. Dia menarik tangan Riko lalu mereka berjalan keluar dari stesen kereta api itu bersama.
"One,two,three,four,five! One,two,three,four,five!" Sambil menepuk tangan,Kanan membuat kiraan langkah tarian mereka. Matanya tajam memerhati gerak tari setiap ahli dengan teliti.
"Baiklah,masa rehat." Ujar Kanan setelah dia merasa pergerakan tarian mereka sedikit membaik. Masing masing menghela nafas lega setelah latihan mereka selesai dengan jayanya. Masing masing melepaskan lelah mereka. Riko bertindak mengambil botol minuman kepada lima ahli manakala yang selebihnya mengambil botol minuman sendiri.
"Chika-chan!" Teriak Riko lalu membaling botol mineral ke arah Chika. Chika menangkapnya cantik. You yang berada paling hampir dengan Chika tersenyum sambil memberi tabik hormat kepada Chika.
"Tangkapan yang cantik,yousoro!" Puji You. Chika segera membuka penutup botol dan terus sahaja membasuh mukanya. Terasa segar ketika itu. Matanya memandang ke arah langit. Dia tersenyum sendiri.
"Bagaimana dengan tema dan juga persiapan kostum?" Kanan yang bersandar di dinding bilik latihan mereka mula bertanya. Semua mata memandang ke arah Kanan. Maklumlah,Kanan adalah orang yang bertanggungjawab mengatur gerak tari mereka.
"Onee-chan,saya ada reka beberapa jenis pakaian. Boleh kita jadikan salah satu sebagai kostum kita." Ruby yang merupakan adik kepada Dia bertanya. Dengan pantas dia menunjukkan buku yang menjadi buku reka pakaiannya kepada ahli yang lain.
"Sungguh comel,zura!" Puji Hanamaru.
"Kostume yang sesuai dengan malaikat jatuh,Yohane!" Kata Yoshiko juganturut menyokong ketika helaian beralih kepada rekaan pakaian berwarna hitam.
"Kita akan mati kalau memakai serba hitam pada musim panas,zura." Bicara Hanamaru sambil memandang pelik ke arah Yoshiko.
"Kuh...kuh...kuh...itu adalah identiti bagi Yohane." Balas Yoshiko.
Setiap helaian turut diselak. Mereka menikmati lukisan rekaan Ruby. Dia begitu berbangga dengan adiknya ini. Terus sahaja dia memeluk Ruby.
"Ruby yang sungguh comel. Adik kesayangan onee-chan."
"Arigatou,onee-chan." Pipi tembam Ruby dicubit oleh Dia.
"Ini bukan masa untuk aksi adik beradiklah." Yoshiko yang mula terasa jengkel dengan reaksi Dia yang dikenali sebagai tsundare Aqours bersikap manja terhadap Ruby. Dia yang mendengar kata kata Yoshiko itu mula naik angin.
"Apa yang awak faham dengan hubungan adik beradik,Yoshiko?!" Tanya Dia tegas.
"Yohane!"
Riko memeluk tubuhnya sementara You bercekak sebelah pinggangnya. "Saya tak risau tentang kostum. Kita ada Ruby-chan dan Dia-chan untuk menyediakannya." Kata Riko.
"Kita juga ada Kanan-chan dan Mari-chan sebagai pengatur gerak tari." Sambungnya lagi. You tertawa dengan kata kata Riko yang kedengaran sedikit rungutan itu.
"Awak juga ada sebagai pengatur musik dan Maru-chan sebagai penyempurna liriknya. Untuk apa awak nak risau,Riko-chan?" Tanya You. Riko menghela nafas perlahan.
"Memanglah begitu. Tapi saya dan Maru-chan tak boleh lakukan kerja kami selagi kami tak dapat rangka lirik daripada Chika." Ujar Riko. Chika yang mendengar rungutan Riko itu pantas merapatkan kedua tapak tangannya dan segera menunduk.
"Gomen ne,Riko-chan. Sejujurnya saya tiada sebarang idea untuk lirik lagu baru tu. Ianya pasti sangat menyusahkan awak." Jujur Chika. Riko selaki lagi menghela nafasnya. You yang mendengar kejujuran chika mengenai lirik lagu yang harus Chika tulis itu segera tersenyum.
Bersambung....
Apakah yang sedang difikirkan,You?
Tunggu episod 2
Wah!!!seterusnya tolonglah
BalasPadamApa agaknya idea You-chan?
BalasPadam