SIMBF(10)
You melangkah masuk ke dalam biliknya. Bau haruman aqua mengingatkannya pada laut yang bakal menjadi rumah keduanya satu hari nanti. Terus sahaja dia meletakkan beg sandang di atas meja tulis lalu dia merebahkan dirinya ke katil.
Matanya asyik merenung syiling. Terasa sakit dikepala menyerang lagi. Dia menutup matanya rapat dan cuba bertenang. Dia langsung tidak memikirkan soal kesakitan yang dirasai. Setelah sakit itu mula berkurangan,dia mula bangkit dari pembaringan dan menuju ke meja tulis.
Laci meja ditarik lalu dikeluarkan sebuah buku yang menjadi catatan hariannya ketika kecil. You menyelak helaian buku itu dan mula membaca catatannya sendiri.
Adakalanya,catatan itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Lucu dengan rupa tulisan tangan masa kecilnya dan lucu dengan isi pada setiap catatannya. Tiba sahaja mindanya terkenang kenangan lamanya bersama sahabatnya yang satu itu.
Watanabe You POV
Chika.
Takami Chika. Dia adalah anak dalam keluarga yang mengusahakan penginapan dan mandian air panas. Jika dilihatkan kepada kedua orang kakaknya,Mito-nee dan Shine-nee. Chika sangat beruntung kerana memiliki keluarga harmoni seperti mereka.
Bukan aku tidak bersyukur dengan keluarga aku. Sangat bersyukur sekali kerana aku sentiasa ada ibu yang sangat memahami dan menyokong aku. Aku rasa sangat bahagia sekali.
Aku sendiri juga adalah seorang anak yang sangat mudah mesra dengan orang baru dan peramah. Hehehe,jadi tidak dinafikanlah mengapa aku memjadi agak terkenal di Numazu biarpun sebelum aku menjadi school idol.
Chika pula merupakan seorang anak yang bersemangat waja. Kali pertama aku menemuinya adalah ketika kami masih tadika. Dan...dari situlah bermulanya hubungan kami berdua.
Flashback*
"Baiklah anak-anak sekalian. Hari ini cikgu mahu kamu ceritakan tentang cita-cita kamu dihadapan seluruh kelas." Guru itu bersuara. Aku sudah mula teruja. Hari ini aku akan ceritakan mengenai impian aku mahu menjadi seorang kapten kapal kepada seluruh kelas.
"Baiklah,siapa yang mahu bermula?" Tanya guru itu lagi. Sunyi. Aku memandang sekeliling dan tiada sesiapa pun yang berani tampil sebagai yang pertama. Lalu dengan penuh yakin,aku mengangkat tanganku ke udara.
"Baiklah You. Kamu ke mari dan ceritakan tentang cita cita kamu pada semua orang." Katany lagi. Aku memandang kehadapan. Seluruh pelajar di dalam kelas ini memandang ke arah aku. Aku langsung tidak gugup. Ayah sudah melatih aku agar berani tampil dihadapan orang ramai jika benar mahu menjadi seorang kapten.
"Cita-cita saya ialah untuk menjadi kapten kapal!" Aku bersuara. Kelas jeda seketika. Beberapa detik kemudian,seluruh kelas ketawa. Aku terkedu. Entah apa yang kelakar,aku sendiri tidak tahu.
"Apa seorang perempun boleh menjadi kapten kapal,You-chan?"
"Kamu pasti sukakan kostumnya. Kostum seorang kelasi kapal sangat kawaiii."
Barulah aku sedar apa yang mereka sedang ketawakan. Rupanya mereka ketawakan mengenai impian aku. Apa sesuatu yang sangat mustahil bagi seorang perempuan seperti aku untuk menjadi kapten kapal?
Guru baru sahaja ingin menenangkan suasana kelas yang agak kecoh ini. Tiba-tiba seorang budak perempuan mula menjerit teruja.
"Wah!! Seronoknya!! Itu satu impian yang hebat." Katanya lalu berlari mendapatkan aku yang masih berdiri dihadapan kelas. Budak berambut oren ini tersenyum memandang aku.
"You-chan boleh mengembara ke seluruh dunia dengan menggunakan kapal. Ianya kedengaran sangat menyeronokkan. Alangkah indahnya jika saya juga boleh melihat keindahan alam dari laut. Pasti sangat cantik."
Aku terpana. Seluruh kelas mengejek dan mempersendakan impian aku. Tapi budak ini...hanya dia saja yang menyokong impian aku malah dia juga turut teruja dan membayangkannya. Aku tersenyum.
"Jadi,kalau macam tu apa kata kalau kita lihatnya bersama. Bila saya sudah menjadi kapten kapal satu hari nanti,saya akan bawa Chika-chan naik atas kapal saya dan kita mengembara bersama." Kataku. Dia turut tersenyum dan mengangguk.
Sejak hari itu,hubungan kami menjadi rapat. Dimana saja aku,pasti akan ada Chika. Begitu jugalah sebaliknya. Aku tidak sangka kerana impian aku yang dianggap pelik bagi orang lain ini menjadi sesuatu yang sangat unik bagi seoramg Chika.
"Chika-chan?"
"Hmm?"
"Apa impian awak?"
Chika berdiam diri dengan soalan tadi. Pandangannya dibuang jauh ke laut. Angin lembut laut menampar wajah kami lembut dan terasa sangat nyaman.
"Saya tak tahu. Apakah impian itu sesuai untuk saya?" Jawabnya bersahaja. Aku pelik dengan jawapan itu. Dia memusing memandang aku lalu disilangkan kedua tangannya kebelakang. Dia memandang aku lembut.
"Apakah boleh jika saya ingin bersama dengan You-chan?" Tanyanya pula. Aku terdiam dengan soalan itu. Aku tahu di tadika,Chika adalah anak yang aktif dan mesra. Tapi sebenarnya aku tidak tahu pula dia sebenarnya tidak memiliki teman rapat.
Jika hari ini dia bergaul dengan pelajar baru,esok harinya,pasti dia akan bergaul dengan orang lain. Teman Chika tidak tetap bukan kerana tiada siapa yang mahu berkawan dengannya,tapi hanya kerana dirinya seorang Takami Chika.
Aku tersenyum. Berlari mendapatkannya lalu berdiri di sampingnya. Menikmati angin laut yang nyaman ini. "Mochiron,Chika-chan. Mari kita bersama dan lakukan banyak perkara bersama." Sela aku. Dia tertawa dan aku juga ikut tertawa.
Sejujurnya,aku senang bersama dengannya. Memang dia adalah seorang yang sering menahan air matanya. Tapi hakikatnya dia adalah seorang yang kuat sekali menangis. Cuma...dia tidak mahu menunjukkan tangisan itu. Bagi Chika,tangisan itu tanda bahawa seseorang itu lemah.
Heh!
Aku tak tahu pula yang kami ni memang sepadan dan serasi menjadi teman. Aku juga berfikiran begitu. Jika orang lain melihat aku menangis,itu bererti aku tewas dan lemah. Jadi...sebaik mungkin aku cuba menyembunyikan tangisanku pada orang lain.
Kami tumbuh membesar bersama. Aku dan Chika,kami masih bersama walaupun sudah lebih 10 tahun persahabatan kami. Ianyantidak pernah rapuh. Cuma..satu perkara yang merisaukan aku.
Chika bagaikan hanyut dalam dunianya sendiri. Dia tidak memiliki apa apa keinginan. Tapi jika dia sudah memulakan sesuatu,dia akan melakukannya sehingga selesai. Haluan kehidupan kami yang berbeza telah sedikit sebanyak memisahkan kami. Aku terpaksa ikuti kelas renang selepas tamat sekolah. Akibatnya,Chika akan bersendirian. Aku sudah acap kali mengajaknya menyertaiku dalam kelas renang. Jawapannya tetap sama setiap kali aku mengajaknya.
"Saya tak pandai berenang seperti awak,You-chan."
Itulah jawapan yang akan aku terima. Setiap kali aku bertanya. Penyudahnya aku membiarkan Chika terus bersendirian sedangkan aku sudah berjanji bahawa aku akan selalu bersama dengannya.
Mungkin takdir sepertinya mendengar dan memahami aku. Chika akhirnya memutuskan untuk membuka kelab sendiri. Iaitu kelab idola! Aku sangat gembira mendengar pengakuan itu dari mulut Chika sendiri. Jelas dari raut wajahnya dia begitu semangat untuk menubuhkan kelab itu. Jadi aku dengan senang hati turut membantunya merekrut ahli.
Tapi keadaan tidak berjalan seperti sepatutnya. Chika gagal merekrut ahli biarpun sudah seminggu dia mengedarkan risalah tentang pertubuhan kelabnya itu. Dan...lebih mengejutkan lagi apabila pertubuhan itu mendapat tentangan yang besar daripada ketua perwakilan pelajar,Kurosawa Dia.
Akhirnya setelah melihat Chika yang masih tidak putus asa merekrut ahli membuatkan aku tersenyum senang. Aku pun memutuskan untuk menjadi ahli dalam kelabnya walaupun aku terpaksa membahagikan masa antara kelab renang dan juga kelab idola. Biar pun begitu,aku tetap gembira kerana akhirnya ada perkara yang boleh aku lakukan bersama Chika.
Kami berdua berjuang dalam kelab idola dan juga memujuk Dia-san agar bersetuju untuk menerim permohonan kami. Sehinggalah Riko-chan yang baru berpindah dari Tokyo menjadi ahli dalam kelab kami. Cukup menyenangkan kerana pencipta musik dan pemain piano dari Otonakizaka ini menjadi sebahagian dari kami.
Semakin lama,kelab kami semakin berkembang dari tiga kepada enam ahli. Dan terus berkembang menjadi sembilan ahli. Kanan-chan,Mari-chan dan Dia-chan juga menjadi sebahagian dari kami. Hubungan antara aku,Riko-chan dan Chika-chan juga semakin akrab. Tapi...aku sedar kini,hubungan antara Chika-chan dan Riko-chan semakin lama semakin akrab.
Itu tidak memberi apa apa kesan kepada aku kerana aku tahu,aku sering menyuruh Riko-chan agar menjaga Chika-chan untuk aku. Jadi...tidak ada gunanya untuk aku cemburu bukan?
Hheheh.
Ya...mungkin selama-lamanya aku terpaksa menyerahkan Chika-chan kepada Riko-chan untuk dijaga.
Mungkin...
Bersambung....
Wow! Stay tune next episod.
Ulasan
Catat Ulasan