SIMBF(22)

Riko memerhati dengan penuh debaran. Chika kelihatan begitu rapat dengan Hikari sehingga Hilari dibenarkan bermalam di rumah bersama Chika. Dari jauh Riko memerhati,Chika langsung tidak pernah lagi bercakap dengannya melalui jendela seperti selalu sejak peristiwa pembubaran Aqours. Malah dia langsung tidak percaya dengan apa yang sudah terjadi.

"Hikari-chan,awak ni luculah." Suara gelak tawa itu membuatkan Riko tertarik. Apakah perbualan yang lucu sehingga suara gelak tawa Chika boleh kedengaran sehingga kebiliknya ini?

"Jangan risau Chika-chan! Awak pasti memang. Percayalah!" Sorak Hikari. Riko sedikit tertanya. Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka berdua dibalik jendela itu. Suara gelak tawa itu semakin kedengaran lantang.

"Boleh tak kamu berdua jangan terlalu kuat?! Kamu berdua akan mengganggu pengunjung kita!" Suara kakak Chika,Mito-nee kedengaran menegur mereka. 

"Gomen ne..Mito-nee. Kami berdua hanya habiskan masa bersama seperti dulu. Maklumlah sewaktu kecil duku,kami jarang dapat habiskan masa bersama. Jadi..kami ingin lakukan banyak perkara bersama selepas ini." Balas Chika dari dalam sana. 

Riko masih berdiri di balkoni biliknya. Niat dihatinya untuk memanggil Chika ditangguhkan. Dimasa yang sama,dia mencuri dengar perbualan mereka berdua. Walaupun dia tahu itu salah,tapi dia mahu lakukannya!

Kerana Chika adalah temannya!

"Wah,sugoi! Hikari-chan,awak menang lagi!!" Sorak Chika. Hikari membuat muka bangga dengan pujian yang baru dia terima daripada Chika tadi. Terus dia melemparkan alat permainan video ditangan kepada Chika. Chika menyambutnya cantik dan mereka tertawa bersama.

Riko merasa pelik. Mengapa Chika terlalu gembira bagaikan tiada apa yang baru terjadi kepadanya selama ini. Sepertinya dia sedang memulakan sesuatu yang baru. Tapi apa? Mengapa Hikari terlalu rapat dengan Chika dan terlaku menyokongnya? Perbuatan Hikari terhadap Chika itu membuatkan Riko teringatkan seseorsng yang mirip sama. Tapi siapa?

"Tak mungkin?!"

Riko terkejut. Sekarang,dia tahulah rancangan sebenar Hikari yang pernah dikatakan oleh You dulu. Terus saja dia mencapsi telefon dan nombor Kanan didail. Lama dia menunggu agar panggilan itu diangkat.

Kanan-chan,tolonglah angkat cepat!

"Mochi-mochi? Riko?"

"Kanan-chan! Saya aksn segera ke kedai awak! Tunggu disana!" Ujar Riko lalu menutup panggilan. Kanan terpinga-pinga selepas mendapat balasan daripada Riko tadi. Kedengarannya seperti Riko begitu tergesa-gesa dan bagaikan ada sesuatu yang penting yang ingin Riko sampaikan padanya. Jadi...dia harus menunggu sehingga Riko tiba.

********

"Lihat ini Hanamaru-chan! Ianya kelihatan sangat cantik." Ujar Ruby seronok. Hanamaru terus memandang ke arah yang ditunjuk oleh Ruby,teman sejak sekolah menengah rendah itu. 

"Ianya sangat berkilau,zura!" Komen Hanamaru yang juga turut suka dengan pakaian yang dipamerkan di dalam majalah idol yang sering mereka dapatkan di kedai buku pada setiap bulan. 

"Apa yang kamu berdua lakukan itu?" Tanya Dia setelah melihat adiknya dan Hanamaru sedang bergelak tawa bersama. Ruby dan Hanamaru memandang ke arah Dia lalu menunjukkan majalah idol yang sedang dilihat mereka.

"Ruby dan Hanamaru-chan sedang lihat ini." Beritahu Ruby.

"Ruby-chan kata,dia mahu hasilkan kostume yang jauh lebih bagus untuk kita semua jadi dia minta Maru untuk turut membantu. Jadi...Maru sangat teruja,zura." Jelas Hanamaru. Dua sahabat ini saling berpandangan dan tersrnyum bersama. Dia yang melihat situasi itu hanya tersenyum nipis.

"Kenapa onee-chan?" Tanya Ruby. Dia terus mematikan senyumannya segera setelah mendapat teguran daripada Ruby tadi. Dua gadis ini sedang memandang ke arah Dia. Ruby tersenyum. Begitu juga dengan Hanamaru.

"Jangan risau,onee-chan." Seolah tahu keresahan hati kakaknya,Ruby memujuk. Gadis ini sudah cukup dewasa. Dia memandang tepat kearah Ruby.

"Mungkin Chika-chan sudah pun membubarkan Aqours dan kita semua tak akan beraksi di pentas akhir Love Live. Tapi bagi Ruby...itu bukanlah pengahalang untuk kita semua capai impian cahaya kita,kan?" Sambungnya lagi. Hanamaru pantas mengangguk setuju.

"Maru setuju,zura! Lagipun,Maru percaya Chika-chan akan kembali seperti dulu. Cuma...kita hanya perlu percaya bahawa hati kita akan sentiasa terhubung dan cahaya itu tidak pernah pudar." Kata Hanamru pula. Dia tersenyum bangga. Dia orang adik kelasnya ini memang sudah jauh berkembang berbanding dulu. Dia sanggat bangga.

Yoshiko memandang kosong kemera yang sering dia gunakan untuk membuat Live di salurannya. Tiada rasa untuk berjumpa dengan iblis kecilnya yang berada di alam maya itu. Dia memandangnya kosong sambil membenamkan muka ke permukaan meja. 

"Ini hanya mimpi. Dunia ini adalah realiti. Tiada yang luar biasa sama seperti saya. Saya bukanlah malaikat jatuh. Saya hanya Yoshiko. Tsushima Yoshiko." Ujarnya pada diri sendiri. Mindanya mula mengingati kata-kata Chika ketika dia mengajsk Yoshiko menyertai Aqours satu ketika dulu. 

Dulu...Chika sering katakan tidak mengapa jika menjadi berbeza. Chika dan sekuruh anggota Aqours mampu menerima dirinya yang bagi pandangan orang lain adalah pelik. Namun bagi Chika dan anggota Aqours yang lain,sikap shinobyounya itu merupakan salah satu keunikan dan keistimewaan yang ada pada Aqours. Jadi...dia juga sangatlah istimewa bagi Aqours.

Begitu juga dengan anggota yang lain. Cara mereka direkrut menyertai Aqours adalah dari cara berbeza namun yang pasti,setiap mereka memiliki keunikan diri sendiri. Dan...mereka membawa satu impian yang sama. Imoian yang satu iaitu...

Ingin bersinar!

"Jadi...itulah tujuan sebenarnya." Ujar Kanan setelah mendengar cerita Riko. 

"Tujuan apa?" Tanya Riko kembali. Kanan pantas menggeleng kepala. Dia tersengih sedikit.

"Jadi apa yang awak cuba maksidkan ialah...Hikari bukan menjadikan Chika-chan sebagai sasaran. Tapi sebaliknya You-chan?" Riko mengangguk. Dia merasakan kali ini dia tidak akan tersilap. 

"Hikari menjadikan You-chan sebagai sasaran supaya dia boleh dekat dengan Chika-chan. Memandangkan Hikari tahu tentang penyakit yang dihidapi You,jadi lebih mudah urusannya untuk masik ke dalam hidup Chika." Jelas Riko.

Kanan menangguk yakin. Sebenarnya dia menang sudah lama menduga perkara seperti ini. Dia tidak mahu memberitahu kepada ahli yang lain hanya kerana dia ingin mrlihat corak perjalanan Hiakri. Bagaimans cara Hiajri mdlakuakn tugasnya,jadi Kanan hanya memerhatikannya saja.

*****

Mari memandang lemah ke arah katil You. Dia merasa simpati terhadap apa yang telah menimpa ke atas dirinya. Namun dimasa yang sama,doa bangga dengan You kerana dia mampu bertahan sejauh ini terhadap penyakit berbahaya itu hanya kerana Chika. Mari tersenyum sendiri.

"Saya dah faham sekarang,You. Betapa sayangnya awak pada Chika-chi. Awak buatkan saya cemburu pada awak,tahu?" Katanya.

"Awak memang menakjubkan You Watanabe. Tapi lebih menakjubkan sekiranya awak boekh buka mata awak dan bangun dari tidur panjang ini demi Chika-chi,kan. Pasti perkara itu mudah bagi awak,kan? Kerana awak sangat sayangkannya." Pandangan Mari redup ke arah You yang masih terbaring tidak sedarkan diri itu.

"Jadi..bangunlah. kami akan sentiasa menunggu awak. Chika-chi juga sedang tunggu bantuan dan sokongan dari awak." Sambungnya. 

"Saya akan tangkap manusia yang langgar lari awak dan yang cuba merosakkan hubungan persahabatan awak berdua. Jadi...pastikan awak bangun dan terus bertahan ya,You-chan." Ujar Mari nekad. Setelah selesai berbicara bersama You,dia berjalan keluar dari wad itu.

Saya mesti pastikan dia tertangkap! Nekadnya dalam hati.



Bersambung...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)