SIMBF(21)
Riko membuka pintu bilik rawatan dan terlihat Puan Watanabe sedang mengelap tubuh You dengan tuala basah. Wajah wanita tua itu cukup pilu mengenangkan nasib puterinya itu. Yoshiko yang berada disampingnya hanya berdiam diri dari tadi.
"Ohayou,puan Watanabe." Sapa keduanya serentak sambil menunduk. Puan Watanabe menoleh lalu melihat Riko dan Yoshiko. Dia terasa pilu namun dia gagahkan diri untuk tersenyum.
"Oh,kamu berdua." Ujarnya kesal. Dua gadis ini hanya tersengih dan duduk bagi melawat You yang masoh koma. Alat pengukur degupan jantung elektronok itu menunjukkan bahawa keadaan You stabil ketika ini. Suasana sunyi seketika sehinggalah Yoshiko bersuara.
"You-chan sudah dapat penderma hati,puan?"
Puan Watanabe tersenyum lemah. "Masih belum. Namun makcik tak putus asa berdoa. Pasti ada insan yang sangat baik sudi dermakan hatinya untuk anak makcik." Ujarnya. Yoshiko dan Riko menghela nafas kesal.
"Apakah Chika-chan ada kesini,puan?" Tanya Riko inginkan kepastian. Jika Chika ada datang melawat You,pasti setiap kata-kata Chika ketika itu adalah tipu. Senyuman nipis Puan Watanabe itu mati. Dia memandang Yoshiko dan Riko silih ganti.
"You-chan pasti tidak akan keberatan jika Chika-chan tidak melawatnya kerana ketika ini dia sedang sibuk melakukan persediaan untuk Love Live akhir itu,kan? Kamu semua juga pasti sibuk dan jangan sesekali mengecewakan Chika-chan." Kata Puan Watanabe membuatkan Riko dan Yoshiko terkedu. Berusaha mengawal riak wajah sedih mereka.
"Sudah tentu puan. Kami tak akan sesekali kecewakannya. Awak juga janganlah risau,You-chan." Kata Riko. Puan Watanabe tersenyum. Setelah beberapa ketika mereka keluar dari wad dan terlihat Tsuki yang sememangnya sedang menanti mereka berdua.
"Tsuki-chan,awak menangis?" Duga Yoshiko. Tsuki tidak menjawab soalan Yoshiko itu. Hanya dibiarkan sepi seperti angin.
"Kenapa ni?" Tanya Riko pula.
"Sebenarnya sudah tersenarai beberapa orang yang ingin menderma hati kepada You-chan." Jelas Tsuki membuatkan mata dua gadis ini bersinar terang.
"Tapi....tiada satu pun hasil ujian yang menunjukkan bahawa hati mereka sesuai dan You-chan tidak mungkin mampu menerimanya." Sambung Tsuki pula. Senyuman dua gadis ini menipis dan hilang. Terkedu mereka dibuatnya.
"Apakah jika tiada penderma hati untuk You-chan,dia tidak boleh selamat?"
"Boleh tapi jangka hayatnya kemungkinan singkat." Penjelasan Tsuki itu membuatkan mereka berdua menghela nafas. Dia berjalan menghampiri Riko dan Yoshiko.
"Tolonglah berikan ini kepada Chika-chan. Ianya harta paling berharga You-chan." Ujar Tsuki sambil menghulurkan sebuah pendrive yang pernah diberikan You kepadanya satu ketika dulu. Riko mengambilnya tanpa sedikit pun ragu-ragu.
*******
Mari berjalan disepanjang tempat kejadian bersama Kanan dan Dia. Langkah mereka itu diikuti oleh seorang penyiasat terhebat keluarga Ohara. Setiap kesan dan sebarang perkara yang boleh dijadikan bahan bukti diambil dan diselidik. Ketika itu juga,Mari turut berfikir.
Tiga sahabat ini semakin tidak puas hati. Mereka berjalan lagi disekitar kawasan itu dan tiba disatu lorong yang sunyi,terdengar satu bunyi seorang sedang bercakap dalam telefon. Terus saja mereka bersembunyi bagi mengintip perbualan itu.
"Bagus! Pastikan tiada sesiapa yang dermakan hati kepadanya. Saya mahu dia hilang dari dunia ni."
"You-chan,You-chan! Kesiannya jadi awak. Malang sekali awak tak mungkin akan dapat penderma hati dalam tempoh terdekat. Pihak hospital akan berputus asa mencari dan akan berbincang dengan keluarga awak supaya alat bantuan awak dicabut dan...pop!"
"Watanabe You is gone!" Katanya sambil tertawa. Dia pantas bertindak dengan merakam suara manusia misteri itu dari tadi. Mungkin ini akan jadi bahan bukti mereka yang paling penting.
"Tapi awak jangan risau,You. Saya akan jaga kawan kesayangan awak baik-baik. Budak polos tu memang mudah percaya apa yang saya cakap tanpa berfikir dulu. Malah dia juga sudah bubarkan Aqours. Awak pasti sedihkan You? Tapi jangan risau,saya akan buat dia gembira dan bahagia."
Semasa Dia merakam ungkapan itu,Kanan mengambil kesempatan untuk melihat siapakah gerangan manusia yang sungguh tidak berhati perut itu. Matanya terbuntang. Dia terkejut! Sangat terkejut! Mari dan Dia terkesima dengan reaksi Kanan tadi. Mereka juga turut mengintai sedikit dan melihat wajah manusia itu.
TAK MUNGKIN!!
Chika duduk dipasir pantai berhampiran rumahnya. Angin musim panas menyapa lembut ke muka serta rambutnya. Sesekali dia menghela nafasnya kesal.
"Kenapa mereka semua dungu?!" Teriaknya lalu menolak tubuh kebelakang dan baring dipasir pantai. Matanya memandang langit dengan penuh marah.
"Aqours tidak akan menang kalau macam ni!! Lembap betullah mereka semua tu!!" Amuknya sambil meramas rambutnya.
"Kenapa saya rekrut ahli yang seperti itu? Kenapa saya tubuhkan Aqours jika tiada keinginan untuk menang? Kenapa You...," kata-katanya terhenti ketika dia mula teringatkan sesuatu. Dia masih belum melawat You di hospital lagi.
"Kenapa saya mesti melawat dia?! Dia bukan lagi kawan saya. Dia pengkhianat dan saya bencikannya! Saya terpaksa rekrut dia dulu kerana...," kata-katanya terhenti lagi. Dia bangkit dari baringan dan berdiri. Dia merenung lautan yang membiru dan kelihatan begitu cantik akibat dari sinaran bulan.
Sejujurnya dia merindui You. Dia terlalu ingin melawat You dihospital dan menjaganya. Tapi...apa yang telah dia dengar mengenai perasaan sebenar You terhadap persahabatan mereka selama ini darioada Hikari membuatkan dia kecewa dengan You.
Sangat kecewa!
Tanpa dia sedar,air matanya mengalir lagi. Setiap kali dia teringatkan kata-kata Hikari seminggu lalu membuatkan hatinya sakit yang teramat. You tidak pernah mengecewakannya. Tapi...kali ini bukan saja You mengecewakannya malah You telah menghancurkan hatinya seperti mana rosaknya persahabatan mereka selama ini.
"Awak mengecewakan saya kali ini,You-chan. Kenapa?" Tanya Chika kepada lautan. Mengharapkan bahawa dia memperolehi jawapannya. Semakin deras air matanya yang mengalir dan dia hanya biarkan saja.
"Kenapa awak kecewakan saya kali ni,You-chan? Kenapa? Adakah kerana saya bukan kawan yang cukup memahami awak? Hanya kerana itu awak marahkan saya?" Tanya Chika sendiri. Ya! Biarpun dia telah membina persahabatan bersama You selama bertahun-tahun lamanya,sebenarnya dia masih belum cukup memahami You sepenuhnya. Sepertinya....
Ada sesuatu yang sangat istimewa yang You sembunyikan daripadanya!
"Percaya pada hati awak sendiri dan awak akan jumpa jawapan yang awak cari,Chika-chan."
Chika menoleh kebelakang. Terasa seperti ada seseorang sedang bercakap dengannya. Suara itu cukup dia kenali,tapi dia langsung tidak lihat pemilik suara itu.
"Jawapan dari semua soalan itu ada pada hati awak sendiri. Tanya padanya dan awak akan temui jawapannya. Percayalah!"
Suara itu bergema lagi. Namun tiada sesiapa dipantai itu bersamanya ketika ini. Hanya Chika sendiri. Chika terkedu. Dia berdiri terpaku ditempatnya.
You-chan....
Bersambung.....
Ulasan
Catat Ulasan