Wonder Egg Priority? Ep1

 Salah satu siri anime musim sejuk 2021 yang menarik untuk korang tonton. Hm... apa tajuknya ya?

Ha!

Wonder Egg Priority.

Bila tengok episod pertama memang rasa agak pelik kenapa genrenya slice of life sedangkan kisahnya lebih kurang macam menjurus ke arah...

Fantacy or

Magical.


Ok...sebelum aku sambung ke review episod pertama... aku nak kongsikan tentang sinopsisnya dulu.

Mengisahkan tentang seorang Otto Ai,gadis berusia 14 tahun yang mengalami kemurungan setelah kematian sahabatnya kerana bunuh diri. Bertemu dengan seekor kumbang mati yang boleh bercakap pada malam hari yang telah memberinya sebiji telur dan membawanya kepada sebuah pengembaraan yang luar biasa.

Pada mulanya.. Ai tidak percaya kepada kata kata itu malah cuba menafikannya walaupun dia sebenarnya ingin tahu apakah yang ada dalam telur itu.

takdir telah membuatkan dia bertemu dengan seorang gadis yang muncul dari dalam telur yang dibawa bersama kedunia itu. Cuma...yang menyebabkan Ai pelik,mengapa raksasa pelik yang ditemui tidak menyerangnya dan hanya menyerang 'gadis telur' itu dan dia hanya perlu terus berlari sehingga bunyi loceng sekolah berbunyi.

tidak mempunyai keinginan untuk membantu membuatkan gadis telur itu terpaksa berjuang diri untuk bertahan sehingga tamat masa. Namun Ai tersedar sesuatu bahawa dia tidak harus lari dan menganggap ianya tidak wujud sedangkan dia harus membantu. Dengan menggunakan pen yang ditinggalkan oleh gadis telur itu yang boleh berubah menjadi senjata bagi Ai telah membuatkan Ai bersemangat membantu dan melindunginya.


Adakah Ai berjaya melindungi gadis itu daripada 'bos' raksasa itu?

Mestilah berjaya.

Ai berjaya melindunginya dan keadaan kembali aman tanpa gangguan sehinggalah gadis telur itu menghilang. Dan tanpa sedar,Ai telah kembali ke dunia asal. 


Kerana keinginan yang kuat untuk mengembalikan sahabatnya semula telah membuatkan Ai bersemangat mahu melindungi lebih ramai lagi gadis telur dengan harapan agar dia boleh berjumpa sahabatnya lagi sekali.

Namun dalam perjalanan menuju ke ruang membeli telur,Ai telah bertemu seseorang yang juga memiliki keinginan yang sama sepertinya.


Dan...semuany akan bersambung di episod 2

Itulah sinopsis ringkas tentang wonder egg priority ep 1. 

Bukanlah review sebenarnya artikel ni lebih kepada ringkasan kepada episod pertama anime ni kan😅.

Maklumlah saya baru pemula. Mohon bantuan,ya.

Saya akan berikan sinopsis untuk episod 2 pula nanti.

Dan untuk fanfiction saya juga akan teruskan.jangan bimbang.😊

Cukup sampai sini dulu.

Bye~bye~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)