Wonder Egg Priority? Ep1

Salah satu siri anime musim sejuk 2021 yang menarik untuk korang tonton. Hm... apa tajuknya ya? Ha! Wonder Egg Priority. Bila tengok episod pertama memang rasa agak pelik kenapa genrenya slice of life sedangkan kisahnya lebih kurang macam menjurus ke arah... Fantacy or Magical. Ok...sebelum aku sambung ke review episod pertama... aku nak kongsikan tentang sinopsisnya dulu. Mengisahkan tentang seorang Otto Ai,gadis berusia 14 tahun yang mengalami kemurungan setelah kematian sahabatnya kerana bunuh diri. Bertemu dengan seekor kumbang mati yang boleh bercakap pada malam hari yang telah memberinya sebiji telur dan membawanya kepada sebuah pengembaraan yang luar biasa. Pada mulanya.. Ai tidak percaya kepada kata kata itu malah cuba menafikannya walaupun dia sebenarnya ingin tahu apakah yang ada dalam telur itu. takdir telah membuatkan dia bertemu dengan seorang gadis yang muncul dari dalam telur yang dibawa bersama kedunia itu. Cuma...yang menyebabkan Ai pelik,m...