SIMBF(11)

Chika menepuk tangannya setelah mendengarkan melodi terbaru yang dicipta oleh Riko. Sungguh dia sangat sukakan pada melodi baru itu. 

"Wah,Riko-chan! Sugoi!! Melodi yang sangat bagus dan sangat sesuai dinyanyikan di pusingan akhir." Puji Chika. Riko hanya tersenyum mendengar pujian Chika tadi. Mujurlah Chika tidak ada sebut tentang You. Jika tidak,Riko puas memerah otak mencipta alasan yang tidak pernah wujud.

"Apakah awak lapang hari minggu ni,Riko-chan?" Tanya Chika berbasa basi. 

Riko merenung lama ke arah Chika. Bibirnya mengukir senyuman. Dia sangat tahu,jika Chika mengajaknya keluar,pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan. Dia sudah mengenali Chika. Biasanya,Chika akan mengajak You untuk keluar bersama. Sejak dua menjak ini,Chika kerap kali mengajaknya untuk keluar berdua. Mungkin Chika faham bahawa You sibuk.

"Mochiron,Chika-chan. Mari kita jalan-jalan hujung minggu ini. Awak ingin kemana?" Tanya Riko.

"Macam mana kalau kita ke tempat kegemaran saya dan You-chan? Mungkin ianya akan jadi tempat kegemaran untuk kita bertiga." Ujar Chika mencadang. 

"Kedengaran bagus. Baiklah!" 

                                                    Hujung minggu itu....

"Riko-chan! Hayaku! Hayaku!" Teriak Chika memanggil Riko saat mereka tiba di aquarium Numazu. Riko yang sudah bersedia dengan kemera ditangan mula bekerja. Dia mengambil beberapa keping gambarnya bersama Chika untuk dijadikan kenangan. 

"Hayaku! Dalam sana jauh lebih menarik berbanding di sini." Pelawa Chika sambil menarik tangan Riko lalu mereka berlari masuk ke dalam aquarium itu. Riko terpaksa akur dan turut berlari mengikuti langkah Chika.

"Lihat! Itu adalah kegemaran You-chan. Setiap kali kami ke sini,dia pasti akan mengenakan kostume itu. Kami menggelarnya 'uchichi'." Beritahu Chika sambil tersenyum manis. Riko hanya menjadi pendengar setia kepada Chika.

"Maskot aquarium Numazu juga mempunyai nama? 'Uchichi' kedengaran sangat kawaii." Riko memberi komen. Chika mengangguk setuju. 

"Bukan itu saja. Maskot ini juga merupakan maskot kesayangan You-chan. You-chan begitu menyayangi 'uchichi'. Setiap kali saya berasa sedih,dia pasti akan hiburkan saya dengan mengenakan kostume ini dan lakukan pelbagai aksi lucu." Chika tersenyum sendiri saat bercerita kepada Riko mengenai sahabat terbaiknya itu. 

Riko tersenyum gembira. Namun dimasa yang sama,dia berasa kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri kerana dia tidak pasti bahawa dia mampu menjaga Chika sebaik You menjaganya. Bagi Chika,You itu ibarat permata berharga buatnya.

"Pasti di kota Numazu ini terlalu banyak cerita mengenai ChikaYou kan? Jadi awak tak mahu kongsikannya bersama saya?" Duga Riko. Chika tersengih lalu dia membawa Riko ke tempat isitimewanya bersama You.

Disetiap tempat,ada kisah tersendiri. Riko melihat semuanya dengan jelas. Tempat-tempat ini kedengaran sangat istimewa dalam persahabatan Chika dan You. Memang ada sedikit rasa cemburu dalam hati Riko. Tapi,dia menyayangi You sama seperti dia menyayangi Chika. Dia tidak mahu kerana dia,hubungan yang lebih 10 tahun itu musnah.

"Hmm...rasa macam ada yang kuranglah." Kata Chika sambil memegang dagunya. Riko tertarik. Ada lagikah tempat yang tidak ditunjukkan oleh Chika kepadanya?

"Nani,Chika-chan?" Tanya Riko ingin tahu.

"Apa kata kalau kita berdua cipta tempat istimewa kita sendiri?"

"Nani?!" Tanya Riko sedikit terkejut. Apakah dia sedang bermimpi atau ini benar-benar realiti. Kedua pipinya dicubit oleh Chika.

"Ini adalah kenyatannya,Riko-chan. Mari kita bina tempat istimewa kita berdua. Sama seperti apa yang saya buat bersama You-chan." 

"Demo...daushite?" Tanya Riko semakin pelik. Chika tersengih lalu dia melepaskan cubitannya pada pipi Riko.

"Kerana saya menyayangi Riko-chan! Mari kita cipta kenangan kita bersama." Ujar Chika ceria. Riko terpana! Ini adalah kali pertama Chika mengucapkan kata kata itu padanya. Lama kelamaan,Riko mengangguk setuju.

Hari itu,mereka berdua pergi ke tempat yang sangat menarik di seluruh kota Numazu. Tanpa Chika sedar,ada beberapa tempat lagi yang sangat menarik yang tidak pernah dia pergi lagi bersama You. Dia rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk pergi bersama Riko.

"Demo...Riko-chan, macam mana awak tahu tentang tempat ini sedangkan awak baru saja dua tahun berpindah ke sini." Tanya Chika ingin tahu. Riko tersenyum mendengar soalan Chika itu. 

"Sebenarnya...saya dan Yoshiko-chan selalu ke sini bila kami berdua keluar bersama." Beritahu Riko. Chika mengembungkan pipinya ketika mendengar jawapan itu daripada Riko membuatkan Riko tertawa kecil.

"Jadi...tempat ini merupakan tempat kegemaran awak berdua." Kesal Chika. Riko menarik hidung Chika sehingga gadis ini merengek sendiri.

"Tak salah bukan untuk jadikan tempat ini sebagai tempat kegemaran kita berdua? Sama seperti awak. Kita jadikan tempat ini sebagai tempat untuk kita berdua." Kata Riko lalu melepaskan hidung Chika yang ditariknya. Chika memegang hidung yang sakit ditarik Riko.

"Awak ni memanglah,Riko-chan." Rungut Chika lalu dia tertawa. Riko yang melihat Chika yang tertawa itu turut ketawa bersama. Sepanjang hari itu mereka banyak menghabiskan masa bersama sehingga ke petang.

"Hey,Riko-chan!" Panggil Chika saat mereka dalam perjalanan mahu pulang bersama. 

"Nani?" Tanya Riko menoleh ke arah Chika. Chika tersenyum sendiri. Ada sedikit perbezaan cara sambutan Riko dan You. Biasanya You hanya akan membuat bunyi sahaja sebelum bertanya kepada Chika kembali. Namun berbeza dengan Riko. Dia akan terus menyambut panggilan itu.

"Arigatou untuk hari ini. Saya seronok sangat. Rasa seperti You ada bersama saya. Awak memang sangat baik Riko-chan." Beritahu Chika. Riko sekali lagi tersenyum. Dia berasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia berjaya menjalankan tugas yang diberikan You. Namun,dia tidak pasti...sampai bilakah dia akan terus menjaga Chika begini?

Bukan dia tidak sayangkan Chika mahupun You. Cukup dia sayangkan mereka berdua. Cuma...dia tidak mahu manjadi penganti diantara kedua-duanya. Dia mahu menjadi dirinya sendiri dalam persahabatan antara Chika dan You.

"Daijobou,Chika-chan. Tidak menjadi masalah kalau awak nak luangkan masa awak bersama saya jika awak sunyi. Saya akan sentiasa ada masa untuk awak." Balas Riko sambil tersenyum. Chika turut membalas senyuman Riko.

                                                             ********

"Daijobou,Chika-chan! Awak pasti boleh lakukannya."

"Jika awak sunyi,katakan saja pada saya. Saya akan sentiasa ada masa untuk berbual bersama awak."

"Jika awak perlukan seorang rakan,katakan saja pada saya. Saya sentiasa ada untuk awak,Chika-chan."

"Saya akan sentiasa bersama dan akan lindungi awak,Chika-chan."

"Saya janji tak akan tinggalkan awak,Chika."

"You-chan...,"

Chika merenung syiling. Terasa rindunya pada You semakin mendalam. Perjalanan sehariannya bersama Riko tadi telah banyak mengimbas kenangan lamanya bersama You. Entah kenapa sudah terlalu lama You tidak menghubunginya. Apakah yang sedang You lakukan sekarang.

"Apakah You akan menjawab panggilannya jika saya hubunginya sekarang?" Tanya Chika pada dirinya sendiri. Dia masih berkira-kira mahu menghubungi You. Namun...bumyi deringan telefon menghentikan lamunannya. Terus dia menerima panggilan itu.

"Kenapa awak tak hubungi saja,Chika-chan?" Suara di dalam taluan itu mengejutkan Chika.

"You-chan? Apakah awak tahu saya ingin menghubungi awak?" 

"Hahahahaha! Masakan pula saya tak tahu? Awak adalah kawan saya yang paling cuai dan polos sekali. Tak mungkin saya tak dapat rasakan yang awak sebenarnya ingin menghubungi saya."

"Oh,begitu! Lega rasanya bila dengar yang awak sebenarnya masih memiliki firasat yang cukup kuat seperti dulu,You-chan."

"Bagaimana hari awak tanpa saya,Chika-chan?"

"Baik. Tapi tak sebagus hari saya bersama awak. Bila awak akan pulang ke Numazu? Saya sangat rindukan awak." Kata Chika mengadu.

"Mungkin tak lama lagi." Jawab You berbasa basi.

"Oh! Awak tahu You-chan? Hari ini saya menghabiskan masa bersama Riko-chan. Kami pergi jalan-jalan ke seluruh Numazu. Saya tak sangka masih ada banyak tempat menarik di Numazu yang masih belum sempat kita pergi berdua." Cerita Chika.

"Begitu..bunyinya kedengaran bagus. Riko-chan dan Yoshiko-chan kerap kali berjalan-jalan disekitar Numazu. Pasti ianya satu perjalanan yang bagus."

"Hm! Ianya cukup bagus. Tapi lebih bagus jika You-chan ada bersama." 

"Mungkin lain kali jika masih ada peluang kita,Chika-chan."

Atau....mungkin juga tiada peluang itu,Chika-chan.

Chika menutup panggilannya bersama sahabat terbaiknya itu. Banyak cerita yang dia kongsikan bersama You. Dia juga turut berceritakan mengenai 'uchichi'. You juga turut teruja mendengar cerita Chika mengenai maskot kesayangannya di aquarium Numazu itu. Chika tahu bahawa You sangat merindui 'uchichi' dan masa membuatkan dia tidak pernah berpeluang berjumpa dengannya.

"Bila awak pulang bercuti nanti,kita akan berjumpanya di sana,You-chan." Chika mengingati janjinya pada You sebentar tadi.




Bersambung.....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)