SIMBF(12)


BAM!

Meja di dalam kelab idola itu hampir pecah akibat ditampar oleh Dia. Mereka yang berada di dalam bilik itu juga turut terkejut dengan situasi itu termasuk Kanan dan Mari. 

"Saya benar-benar tak boleh terima semua ini. Kita masih ada masa sebulan saja lagi untuk berlatih dan memantapkan diri kita sebagai Aqours! Jadi...kenapa awak semua boleh terfikir untuk bermain-main pada saat-saat penting macam ni. Bukankah kita semua ingin menang Love Live? Awak semua ni memang buat saya marah betullah!" Rungut Dia marah.

"Wow! Pertama kali saya lihat Dia-chan marah begini. Sememangnya dia adalah Kurosawa Dia." Ujar Kanan selamba. 

"Bukankah apa yang saya katakan ini adalah perkara serius dan kita semua perlu ambil berat tentang perkara ini dengan lebih teliti." Rungut Dia lagi. Kanan dan Mari saling berpandangan lalu mereka mula tertawa. 

"Nampaknya angin awak memang tak baik ketika ini,Dia." Ujar Kanan.

"Apa kata kalau kita pergi bersiar-siar malam ni. Mungkin mencari dan melihat bintang." Sambung Mari pula. Ahli yang lain hanya diam memerhati ketiga-tiga kakak senior mereka. Sudahlah mereka masih pelik dengan sikap Dia yang tiba-tiba saja mahu marah dan meradang terhadap mereka.

Dia memandang kedua teman ini. Anginnya cuba untuk direndahkan sedikit dan mula menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan. Jika difikirkan semula,tidak perlu juga untuk Dia marah seperti itu sekali sedangkan mereka berada dalam situasi perbincangan. 

"Baiklah. Jika itu yang awak berdua inginkan. Ayuh pergi bersama." Balas Dia. Mari dan Kanan saling tersenyum. Senang saja mahu memujuk si tsundere Aqours yang berhati lembut ini jika mereka sudah bersahabat sejak kecil.

Seluruh ahli Aqours hanya tersenyum lega. Mujurlah angin Dia mudah untuk diredakan. Riko menyentuh meja dihadapannya. Terasa bgaikan ada sesuatu yang asing lalu dia melihatnya. Rupanya ianya adalah segumpal kertas yang sudah dironyokkan. Riko mula membuka gumpalan kertas itu dan membaca isinya.

'Mari kita pergi ke tempat biasa. Ermmm...jika Lili tidak keberatan untuk menurut kehendak tuannya ini.'

Riko tersenyum sendiri membaca isi surat itu. Terus sahaja matanya memandang ke arah Yoahiko yang pasti sedang berpura memandang ke arahnya. Dengan menggunakan isyarat mata,Riko mengangguk. Chika yang menyedari perbuatan itu terus sahaja menegur Yoshiko yang duduk disebelahnya.

"Wah,Yoshiko-chan! Adakah awak akan keluar berdua Riko-chan? Mahukah awak jika saya ikut serta sekali?" Bisik Chika.

"YOHANE! Itu adalah salah satu perkara biasa yang pasti sorang iblis kecil lakukan bersama tuannya. Itu adalah perkara biasa jika awak sudah menjadi iblis kecil tahap elitku seperti Lili. Bukan begitu,Lili?" Balas Yoshiko sambil memandang Riko. Riko yang juga menyedar perbualan antara mereka berdua tadi hanya memutar bola matanya malas.

"Kami cuma pergi jalan-jalan sekitar bandar Numazu. Jika awak rasa sunyi,marilah sertai kami,Chika-chan." Pelawa Riko walaupun dia tahu,Yoshiko pasti tidak menyukainya. Chika hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hehehehe. Tak mahulah! Pasti ada sesuatu yang awak berdua ingin lakukan bersama. Jadi...saya tak mahu menganggunya." Jawab Chika. Dia memandang ke arah Hanamaru dan Ruby yang sibuk berbual bersama.

"Hey,awak berdua! Apa yang awak berdua sedang bualkan?" Tanya Chika mesra. Hanamaru dan Ruby turut kemandang ke arah Chika serentak.

"Kami berbincang tentang sebuah kedai buku yang baru dibuka di kota Numazu. Kami bercadang mahu pergi kesana bersama,zura." Jawab Hanamaru.

"Apakah Chika-chan juga mahu ikut kami bersama? Kita akan temui banyak buku-buku yang menarik disana." Pelawa Ruby pula.

"Pasti! Kerana ianya adalah sebuah kedai buku baru,zura." Balas Hanamaru pula. Chika sekali lagi tersengih.

"Daijobou! Saya tak berapa sukakan buku-buku. Jadi,awak berdua boleh perginya bersama." Jawab Chika. Ruby dan Hanamaru saling berpandangan dan kembali memandang Chika.

"Apakah nanti Chika-chan tidak kesepian?" Duga Ruby. Chika menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

"Iie! Saya juga sudah rancang satu aktiviti yang sangat menarik bersama...," kata-kata Chika terhenti ketika mengingati bahawa You tidak ada bersama mereka di Numazu. Gadis itu masih berada di Hokaido.

Semua mata tertumpu ke arah Chika. Kelihatannya dia sungguh rindukan You. Riko memandang ke arah Kanan,Mari dan Dia. Mereka sedar,sudah hampir sebulan You tidak hubungi mereka dan berikan khabar berita. Apakah You menerima rawatannya dengan baik atau...

Ada sesuatu yang gadis periang ini cuba sembunyikan.

"Daijoubu,Chika-chan! Saya yakin pasti You-chan akan segera pulang ke sini. Bukankah dia sudah berjanji dengan awak bahawa dia akan hadir melengkapkan Aqours dalam acara akhir Love Live." Pujuk Ruby bagaikan memahami perasaan Chika.

Chika kembali tersenyum. Dia memandang ke arah tujuh ahli Aqours yang sudah dianggap kawan dan keluarganya itu. Dia mengepalkan kedua tangannya.

"Hm! Saya perlu semangat untuk menjadi juara! Aqours memerlukan seorang ketua yang bersemangat seperti Takami Chika. Jadi...ganbatte ne." Ujarnya memujuk diri sendiri.

Mereka semua tersenyum lega. Riko senang melihatnya. Bolehlah dia tinggalkan pesanan ringkas kepada You biar pun dia tahu You jarang membalasnya. Sekurang-kurangnya dia membaca pesanan yang dihantar. Pasti You senang mendengar perubahan Chika ini.

"Sememangnya dia tetaplah Chika." Ujar Dia. Mereka semua turut tertawa bersama dengan karenah Chika itu. Melihatkan dirinya yang sedang diketawakan oleh ahli kumpulannya,Chika juga turut tertawa.

                                               *****

'You-chan,apakah segalanya baik disana?'

'Hm...segalanya baik Riko-chan. Arigatou.'

'Kedengarannya tidak bagus You-chan. Daushite?'

'Semuanya baik saja. Saya seorang yang sangat tekun dalam menjalani rawatan kerana saya mahu sihat.😁'

'Kedengarannya seperti satu penipuan,You-chan.'

'Hahahaha! Apakah sememangnya Riko-chan tak percaya pada saya?'

'Bukan begitu...tapi saya cuma risaukan awak sebagai seorang kawan.'

'Baiklah. Jika begitu,apakah awak menjalankan tugas awak dengan baik,kawan?'

'Sudah tentu,Yousoro! Chika-chan dalam keadaan baik dan...,'

'Dan..?'

'Dia rindukan awak,You-chan. Sangat rindukan awak. Cepatlah kembali dan pulih seperti Watanabe You kami semula.'

'Saya...saya cuba Riko-chan. Saya sedang cuba. Daijobou dayo!'

'Okey! Tapi awak mesti tepati janji awak pada Chika-chan,bukan?'

'Janji?'

'Yup! Janji bahawa awak akan selalu disampingnya.'

'Bukankah sekarang awak disampingnya,Riko-chan. Kini awak sentiasa disampingnya. Bukan saya dan mungkin...saya tak akan kembali semula.'

'Jangan katakan seperti itu,You-chan! Biar pun saya bersama Chika-chan sekarang. Demo...hatinya masih awak. Bukankah hati awak juga masih ingin bersama dengannya.'

'Riko-chan...,'

'Saya sayangkan awak,You-chan. Saya juga sayangkan Chika-chan. Saya sayangkan persahabatan kita dan saya tak akan biarkan ianya berakhir seperti ini. Jadi...,'

'Jadi...?'

'Jadi...tolonglah pulih dan kembali kalau awak juga sayangkan saya,Chika-chan dan Aqours yang telah awak usahakan bersama Chika-chan.'

'Saya akan cuba,Riko-chan.'

'Arigatou,You-chan.'

You menutup telefonnya setelah menamatkan pesanan bersama Riko. Dia menghela nafas lalu berjalan keluar anjung biliknya. Dia melihat langit malan itu penuh dengan bintang. Perbualannyq bersama Riko tadi menginatkan dia kepada satu perkara.

"Sugoi,You-chan! Awak mahu menjadi kapten kapal dan mengelilingi dunia dengan kapal. Sugoi!"

"Yup! Saya juga mahu bersinar bersama Aqours yang telah kita tubuhkan bersama. Saya akan bawa awak dan seluruh ahli Aqours mengembara dengan kapal saya. Aqours akan bersinar di seluruh dunia."

"Sugoi! Demo...awak janji awak akan bersama saya biar pun sudah menjadi kapten kapal nanti."

"Hmm! Kita akan sentiasa bersama! Saya akan bawa awak belajar diatas kapal saya. Bersama-sama!"

"You-chan,daiiiisuki!"

"Hahahahahahaha!!! Daiiiisuki dayo,Chika-chan."

You tersenyum sendiri mengingati peristiwa itu. Dia kembali mengenang keadaan dirinya. Apakah dia masih berpeluang menyempurnakan janji itu pada Chika dan kawan-kawannya yang lain?

Minna,gomen ne.

Riko-chan,gomen ne.

Chika-chan...

Gomen ne...



Bersambung.......




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)