SIMBF(14)
"Masih jauh lagi ke,zura?" Tanya Hanamaru yang berlari paling belakang sekali. Dia benar-benar sudah kepenatan dan ingin berehat.
"Kita hampir sampai distesen terakhir. Bertahanan sikit lagi." Jerit Kanan yang berada paling hadapan. Adik-adik anggotanya yang lain mula merungut kecil mendengar kata-kata Kanan sebentar tadi.
"Kalau nak jadi idola yang hebat dan berjaya,stamina kita mesti kuat." Kata Mari. Dia berlari dibelakang Kanan dan disamping Dia.
"Jangan putus asa!" Teriak Dia bersemangat dan masih terus berlari menuju ke stesen terakhir. Anggota yang lain hanya mampu akur dengan kata-kata kakak kumpulan mereka itu.
"Haa~!" Keluh Yoshiko dan Chika setelah mereka tiba di tempat permulaan mereka iaitu hadapan ruangan kelab mereka.
"Ianya memenatkan,zura." Ujar Hanamaru sambil duduk melepaskan lelahnya. Saat mereka semua sedang menghilangkan penat mereka,sembilan ahli ini dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta hitam yang kelihatan dari luarannya sangat mewah.
Seorang lelaki berkot hitam muncul dari tempat pemandu lalu berjalan menuju ke pintu penumpang dibelakang. Dia membuka pintunya dan keluarlah seorang gadis dalam lingkungan usia sebaya gadis-gadis ini.
"Ciao! Piacere di conoscervi." Sapa gadis itu. Sembilan gadis ini memandangnya pelik kerana tidak memahami perkataannya sebentar tadi kecuali Mari.
"Maafkan saya. Tapi sini bukan Itali. Sini adalah Jepun." Selamba Mari bersuara bagi menyindir gadis itu. Terpana dia dibuatnya dengan ucapan Mari tadi.
"Hai! Hajimemashite! Watashi wa Katsumi Hikari desu. Senang bertemu awak semua." Ujarnya memperkenalkan diri. Pandangan matanya tertumpu kepada seseorang lalu terus saja meluru ke arahnya.
"CHIKA-CHAN!!!" Katanya lalu terus sahaja memeluk Chika. Chika pelik dengan tindakan gadis ini namun dia tidak menghalang pelukan itu.
"Gomen ne. Tapi...awak kenal saya?" Tanya Chika polos. Hikari tersenyum dan terus sahaja berlagak bagaikan dia sudah lama berkenalan dengan Chika.
"Sudah terlalu lama saya tinggal di Itali sehingga awak lupa pada kawan baik awak sejak kecil ini. Atau...mungkin seseorang sudah meracun otak awak agar melupakan saya?" Duganya sambil merenung tepat ke arah You. You yang menyedari hal itu hanya beriak biasa.
"Hehehe! Tiada siapa yang meracun saya. Cuma..mungkin disebabkan awak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal dan kembali mengejut." Jelas Chika sambil tertawa kecil.
"Tak mengapalah kawan. Saya dengar awak sudah menjadi ketua satu kumpulan idola yang bernama Aqours. Adakah khabar angin itu betul?" Duga Hikari lagi. Chika terus sahaja tersenyum.
"Hm! Itu tepat sekali. Awak sekarang berada diruang kelab kami. Dan kami semua adalah Aqours." Jawab Chika memperkenalkan ahli kumpulannya juga. Hikari tersenyum sambil mengangguk kagum.
"Hebat dan menarik. Tapi saya tak percaya pula yang seorang pelaut boleh menjadi seorang penari dan penyanyi?" Kata Hikari bertujuan mahu menyindir You.
"Sudah pastilah saya boleh! Sesiapa saja boleh lakukan jika mereka ingin dan bernekad." Balas You. Hikari tertawa. Sekali lagi cuba menyindir You.
"Jadi...baiklah! Saya pergi dulu. Mungkin lain kali saya akan selalu melawat awak semua. Jumpa lagi." Kata Hikari ingin berjalan pergi dari situ. Ketika itu,dia sempat membisikkan sesuatu ke telinga You.
"Kalau awak tak mahu peristiwa 10 tahun terjadi lagi,jagalah kawan awak tu baik-baik dan lindungi tempat awak di hatinya,Watanabe You." You mengepal tangan dan mengetap giginya sebaik sahaja mendengar bisikan itu. Dia hanya memerhati kelibat Hikari yang semakin menghilang.
"Kedengarannya seperti gadis itu kenalan rapat kalian berdua. Siapa dia?" Tanya Dia setelah kereta hitam itu pergi. Chika dan You saling berpandangan. Mungkin mencari memori dalam pandangan mata masing-masing.
"Entahlah. Tapi apa yang saya ingat,dia pernah menjadi rakan sekelas kami ketika di tadika dan dia berpindah ke Itali mengikuti ayahnya." Jawab Chika. You berdiam diri dengan jawapan Chika tadi. Sesuatu yang dilupai oleh Chika namun masih kukuh dalam ingatan You.
"You-chan? Daushite?" Tegur Riko. You terus tersedar dari lamunannya dan tersengih. "Nandemonai. Daijoubu,Riko-chan." Dalih You. Riko ragu-ragu dengan jawapan You tadi. Dia mengenali You. Dia tidak pandai berbohong. Jika dia berbohong,pasti mudah dikenalpasti. Begitu juga dengan keadaannya sekarang.
"Saya mahu ke tandas sebentar. Saya akan datang sebentar nanti." Pinta You lalu dia berjalan keluar dari ruangan kelab. Riko dalam diam mengekori langkah You.
You pantas berjalan menuju ke satu arah. Dia tahu pasti gadis itu tidak beredar lagi seperti yang lain sangka. Sehingga tiba disatu lorong,dia lihat kelibat Hikari yang sedang bersandar ditiang lampu sambil menunggu You.
"Sampai pun awak. Apa khabar,You-chan? Sudah lama kita tak berjumpa?" You mengetap guginya lalu berjalan menghampiri Hikari dan mencengkam kolar bajunya.
"Kenapa awak kembali ke sini?! Awak mahu apa lagi? Apa yang tidak puas lagi bagi awak setelah awak rosakkan semuanya selepas 10 tahun?!" Tanya You marah. Hikari tersenyum dan cuba membuat You tenang.
"Wow! Tenang You! Nampaknya awak masih ingat lagi dengan peristiwa itu. Saya sangka awak sudah melupakannya. Jadi kerana itu saya kembali." Tenang Hikari bersuara. You mengeratkan lagi cengkaman pada kolar baju Hikari.
"Tak mungkin saya lupa! Disebabkan perbuatan awak,Chika hampir saja mengakhiri hidupnya sendiri ketika itu. Tak mungkin saya lupa!" Ujar You. Hikari menghela nafasnya. You dengan terpaksa melepaskan cengkamannya.
"Nampaknya kepulangan saya bukanlah sesuatu yang baik. Tapi...awak jangan risau,saya akan betulkan semuanya semula." Pujuk Hikari penuh sirat.
"Tak perlu! Kembalinya awak ke Jepun semula akan menimbulkan masalah. Chika sudah pulih dari kemurungannya dan saya tak akan izinkan awak merampas apa yang sedang dia usahakan kini." Amaran You.
Hikari berpeluk tubuhnya. Gadis ini kelihatan biasa saja kerana dia sudah merancangnya dengan cukup rapi sekali. Mungkin 10 tahun lalu dia cuba merampas impian Chika,tapi kali ini bukanlah Chika hasrat utamanya,tetapi gadis tomboy dihadapannya kini.
"Baiklah. Saya juga tidak berhasrat mahu merampasnya dari Chika-chan. Dia sangat gembira sekarang." Katanya.
"Jadi...kalau awak sendiri sudah merasakannya. Baik awak jangan sesekali sentuh dia kerana saya akan bertindak diluar jangkaan awak." Sekali lagi You memberi amaran. Hikari tersenyum penuh makna dan You sangat membencinya.
Setelah itu,You berjalan pergi dari situ. Hikari hanya memerhati kelibat You yang semakin menghilang dari pandangan mata. Bibirnya tidak lekang dari senyuman penuh erti.
"Permainan kita bermula sekarang Watanabe You. Mari lihat sejauh mana awak mampu bertindak dengan keadaan awak yang seperti itu." Katanya pada diri sendiri.
You berjalan lesu kembali ke kelab idola. Kepalanya terasa berat. Berat memikirkan tentang Chika,kawan kesayangannya. Malah,dia juga ligat menduga kemungkinan tindakan Hikari terhadap temannya itu.
"Nampaknya ada sesuatu yang ChikaYou sembunyikan dari Aqours. Tak! Ada sesuatu yang seorang You-chan sembunyikan dari Aqours." Suara itu membuatkan langkah You terhenti. You terpana saat melihat kelibat Riko. Hilang arah dia dibuatnya.
"R...Riko-chan?"
"Terkejut nampak saya disini? Ya,sepatutnya awak terkejut. Tapi sudahlah! Saya dengar semuanya. Perbualan antara awak dan perempuan tu,saya dengar semuanya,You-chan. Apa yang telah awak sembunyikan dari Aqours?!" Tanya Riko ingin tahu.
You sudah tidak boleh lari lagi. Riko sudah mendengar perbualannya bersama Hikari. Jalan yang You ada kini hanyalah menceritakan semuanya kepada Riko atau mungkin...kepada seluruh anggota Aqours mengenai kenyataan masa kecilnya bersama Chika.
"Baiklah. Saya akan ceritakan semuanya." Ujar You pasrah.
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan