SIMBF(15)


 You menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah tujuh manusia dihadapannya ini dipandang lama. Kanan dan Riko memandang ke arah tajam.

"Jadi...tunggu apa lagi?" Duga Riko. You sekali lagi menghela nafasnya. Seluruh anggota Aqours sudah ada dalam biliknya kecuali Chika.

"Sebenarnya....,"

                     

                           Flashback 10 years ago....

Kawasan taman permain disekitar sekolah rendah itu kelihatan sangat riuh dengan anak anak kecil yang sibuk bermain. Ada yang berlari-lari dan ada juga yang sedang bermain bersama permainan yang sudah sedia ada di taman itu.

Serang kanak-kanak perempuan sedang memerhati dengan penuh rasa takut ke arah taman permainan tersebut. Tiba sahaja tubuhnya ditolak oleh seseorang dari belakang.

"Oh,gomen ne! Saya tak perasan awak. Saya lari dari You-chan." Kata Chika ketika dia menyedari salahnya telah melanggar budak itu. Budak itu hanya mengangguk tanda memahami dan menerima maaf Chika.

"Saya jumpa awak,Chika-chan!" You terus sahaja meluru ke arah Chika lalu terus memeluknya. Chika hanya tertawa dan membalas pelukan You itu. Budak tadi hanya memerhati kemesraan dua sahabat ini.

"Awak ni mesti budak baru dalam kelas kami yang baru masuk tadi,kan?" Tegur You. Budak itu hanya mengangguk lalu Chika dan You mengangguk sambil tersenyum. Tangan mereka terus berjabat tangan dengan budak itu.

"Selamat berkenalan. Saya Takami Chika."

"Watanabe You. Yousoro!" Ucap You lalu dia terus mengangkat tangan dan diletakkan di dahi lalu mengenyetkan sebelah matanya.

"Anata no onamae wa?" Tanya keduanya serentak.

"Watashi wa...Katsumi Hikari desu." Ucap budak perempuan itu. You dan Chika tersenyum.

"Mahukah awak menjadi kawan kami?" Tanya keduanya. Hikari terpana. Belum pernah ada manusia yang meminta ingin menjadi temannya sebelum ini. Dia tersenyum lalu pantas mengangguk setuju.

Sejak dari hari itu,Hikari berteman baik bersama Chika dan You. Namun dalam diam dia menyimpan cemburu terhadap keakraban antara Chika dan You. Chika yang terlalu cuai dan alpa itu terlaku dijaga oleh You sehingga membuatkan Chika terlalu mengambil berat tentang keadaannya.

You terlalu peka dengan Chika. Hikari sering merasakan kesunyian biarpun dia sudah bersahabat dengan mereia berdua. Namun sebaliknya,Chika dan You cukup menyanyanginya.

Sebulan kemudian,pesta sekolah diadakan dan emerlukn penglibatan seluruh pelajar. Chika begitu teruja dengan pesta sekolah. You adalah orang yang paling sibuk menghias kelas seumpama aquarium.

Dalam diam,Hikari merancang sesuatu. Chika yang dikenalinya selama sebulan itu adalah seorang manusia yang sangat polos yang pernah dia temui. Dia merancang mahu memalukan Chika dan ingin membuatkan Chika merasakan otu adalah perkara yang paling memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

"Hikari-chan? Apa yang awak cuba buat?" Tanya You terkejut saat melihat Hikari seolah ingin merosakkan persembahan Chika.

"Nandemonai,You-chan! Daijoubu. Saya cuma ingin memeriksa apa-apa yang tidak kena disini sebelum persembahan Chika-chan." Kata Hikari. You hanya mengangguk biar pun dia sedikit ragu dengan kata kata itu.

Persembahan itu bermula. Tetamu yang datang turut menyaksikan persembahan itu berasa teruja. Masing-masing tidak sabar untuk menyaksikan persembahan itu. Dan segala-galanya berjalan dengan lancar.

Namun perjalanan yang baik itu tidak lama. Malang juga tidak berbau. Salah satu soket pada suis lampu terbakar dan menyebabkan kemusnahan yang teruk. Semua orang sangat takut dan gementar. 

"Macam mana perkara ini boleh berlaku?" 

"Gomen ne. Mungkin saya tak periksa suis itu dengan baik. Mungkin ada berlaku beberapa kegagalan."

"Jadi...ini semua salah awak,Chika-chan! Jika awak tidak lakukan kesalahan itu,pasti sekolah kita tak akan malu." 

Chika terpana! Dia dipersalahkan atas tindakan yang tidak disengajakan berlaku. Tapi sebelum persembahan tadi,dia sudah menyaksikan semuanya dalam keadaan baik. You mengetap bibirnya menahan marah. Dia tahu itu bukanlah salah Chika tapi sebaliknya salah Hikari.

Sejak peristiwa itu,Chika sering dipersalahkan disekolah. Dia juga sering dimarahi oleh guru-guru. Sejak dari peristiwa itu juga hubungan antara mereja dan Hikari semakin renggang. Biarpun hampir semua orang memulaukan Chika,hanya You sahaja yang setia bersamanya.

Sejak peristiwa itu juga,Chika sudah menjadi murung. Dia langsung tidak pernah bersuara mahupun ketawa. Malahan buah mulutnya hanya mengingati peristiwa itu saja.

"Awak tak mahu saya teman awak pulang Chika-chan?" Tanya You prihatin. Dia begitu risau dengan keadaan Chika. Chika pantas menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu menyusahkan You untuk menemaninya pulang ke rumah.

"Hontou ni?" Soal You sekali lagi. Dia benar-benar risau. Chika tersenyum paksa cuba memujuk You.

"Daijoubu,You-chan. Saya tak akan apa-apa jika saya pukang sendiri." Dalih Chika. You hanya mengangguk pasrah laku dia berjalan masuk ke dalam bas yang sudah lama menunggu.

                                        Malam itu...

Deringan telefon rumah keluarga Watanabe mencemaskan You. Terus sahaja dia enjawab panggilan itu. Suara perempuan dihujung talian membuatkan jantungnya semakin berdegup laju.

"You-chan? Apakah Chika-chan ada dirumah kamu?"

You terkedu dengan soalan itu. Dia kenal dengan pemilik suara itu. Itu adalah suara milii kakak sulung Chika,Takami Shima. 

"Tak. Nee-chan,daushite? Laki terakhir saya bersama Chika-chan adalah diperhentian bas petang tadi. Katanya dia tak mahu saya teman dia pulang." Jelas You. Suara keluhan kedengaran dihujung talian. 

"Begini,You. Kami sangat risau dengan dia. Dia benar-benar berbeza sejak peristiwa itu. Pernah sekali dia menanyakan kepada kami sekiranya dia tiada di dunia ini,semuanya akan baik-baik saja." You terkedu. Tak mungkinlah Chika terfikir....

"Daijoubu dayo! Saya akan pergi cari dia. Saya janji saya akan bantu dia." Ujar You cuba menenangkan keluarga Chika. Panggilan segera diputuskan. Setelah mendapat kebenaran daripada ibunya,dia pantas mencapai basikal dan mengayuhnyanselaju mungkin.

"Chika-chan!"

"Chika-chan!"

Dalam kegelapan malam musim luruh ini You berusaha mencari Chika. Biar pun dimana saja dia berada,dia akan tetap mencari dan menemuinya. Dia tidak akan benarkan Chika mengakhiri hidupny sendiri. Tidak akan sama sekali!

"Chika-chan!"

You masih terus berusaha. Semakin laju dia mengayuh basikalnya. Dia semakin risau dengan keadaan mental Chika kini. Kayuhan You terhenti ketika dia terlihat satu susuk tubuh sedang berdiri diatas jeti nelayan. Bersedia untuk menerjunkan dirinya. You sepantas kilat terus meluru ke arah budak itu.

"Chika-chan! Jangan!!" Jerit You lalu dia terus memeluk Chika dari belakang. Chika meronta-ronta agar You melepaskan pelukannya.

"Lepaskan saya,You-chan! Saya perlu pergi dari dunia ni." 

"Tidak Chika-chan! Awak akan lemas dan mati kesejukan nanti! Saya tak benarkan awak terjun!"

"Demo..demo...,"

Semakin erat pelukan You terhadap Chika dikala budak berambut oren ini menangis teresak. You mengusap kepala Chika dari belakang.

"Daijoubu Chika-chan. Daijoubu. Saya sentiasa bersama awak. Saya bukan sendirian. Saya dan keluarga awak masih sayangkan awak. Kami semua sayangkan awak. Jadi...jangan pernah terfikir untuk bunuh diri lagi."

"Demo...saya tak kuat You-chan."

"Daijoubu. Saya akan jadi kekuatan buat awak. Saya tak akan pernah sekali pun tinggalkan awak. Saya akan sentiasa bersama awak selamanya,Chika-chan. Selamanya!"

Chika menangis sepuasnya dalam pelukan You. Dalam diam,You lega kerana Chika melepaskan semua perasaannya yang telah dipendam selama ini. Namun,You masih bimbang terhadap Chika. Lalu membawanya agar dirawat. Dan secara perlahan-lahan,keadaan Chika semakin pulih sehingga dia mampu tersenyum lebar kembali.

"Tak percaya pula yang Chika ada kisah gelap seperti itu." Komen Dia setelah dia mendengar cerita You. 

"Begitu kisahnya. Adakah kerana risau Chika-chan akan mengalami kemurungan kembali,awak sentiasa menjaganya walaupun dari jauh?" Duga Riko. You mengangguk. Tujuh manusia ini mengangguk mengerti. 

"Jadi...apa rancangan You-chan sekarang,zura?" Tanya Hanamaru.

"Awasi Hikari. Mungkin dia sedang merancang sesuatu. Saya tak pasti apa masalah dia dengan Chika-chan tapi rasanya dia berhasrat mahu membuatkan Chika-chan murung lagi." Cadang You.

"Kalau begitu,You-chan juga perlu sembuh dari penyakit You-chan agar boleh tunaikan janji pada Chika-chan." Beritahu Ruby. You terkedu. Dia memandang ke arah kakak senior Aqours dan Riko silih ganti. Mereka berempat hanya tersengih.

"Daijoubu. Kami bertiga tidak akan beritahu iblis kecil Chika." Ujar Yoshiko. You tersenyum. Mujurlah adik Aqlurs mereka ini cukup memahami keinginanya yang satu itu.

"Arigatou,minna." Ucap You.



Bersambug....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)