SIMBF(13)

puan Watanabe masuk ke dalam bilik anak tunggalnya sambil membawa sedulang bubur nasi dan juga minuman. Dia berjalan menghampiri katil You dan meletakkan dulang itu di atas meja tidur. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil You lalu mengusap kepala anak tunggalnya. 

"Doktor Aki ada menghubungi ibu sebentar tadi. Dia minta kamu tinggal dihospital agar mudah menjalani rawatan." Beritahu Puan Watanabe.

"Tapi ibu,acara akhir Love Live itu hujung bulan ni. Saya hanya perlu berehat agar saya benar-benar bersedia untuk menyembunyikannya pada Chika-chan." Jawab You yang masih berbaring di katilnya. Kepalanya terasa amat sakit sehingga tidak mampu untuk dia bangun.

Puan Watanabe tersenyum paksa melihat anak tunggalnya ini. Apakah yang sedang bermain dalam fikiran You ketika ini sehingga dia sanggup pergi sejauh ini dan mencapai had kemampuannya.

"You sayang. Kalau kamu tak keberatan,boleh ibu minta sesuatu daripada kamu?" Tanya Puan Watanabe. You tersenyum dan mengangguk lemah. Melihat reaksi You,terus sahaja wanita ini mencapai kedua tangan anaknya lalu merenung You lama.

"Jika kamu sayang pada ibu dan juga Chika,tolonglah beritahu dia tentang penyakit kamu. Lakukanlah pembedahan itu secepat mungkin. Ibu tak sanggup melihat anak ibu seperti ini. Ibu juga rasa mahu mati melihat kamu seperti ini."

You terkedu mendengar rayuan ibunya itu. Hatinya sakit melihat ibunya seperti ini. Namun..ada sesuatu yang pasti menyakitkan jika dia berterus terang kepada Chika mengenai keadaan dirinya.

"Tapi ibu..saya...,"

Ding! Dong!

Dua beranak ini terkejut mendengar bunyi loceng rumah itu. Puan Watanabe mengucup kening You penuh kasih.

"Ibu pergi lihat siapa yang datang." Ujar Puan Watanabe lalu berlalu pergi meninggalkan You dibiliknya sendiri.

Chika sabar menanti pintu dibuka. Dia sangat tidak sabar mahu berjumpa dengan wanita yang telah dianggap sebagai ibunya sendiri ini. Maklumlah,ibu kandungnya sendiri terlalu sibuk dengan pusat penginapan di Tokyo bersama ayahnya. Jadi..mereka akan sangat jarang bertemu.

"Oh,Chika-chan!" Sapa Puan Watanabe sebaik sahaja membuka pintu. Chika tersenyum lalu memberikan sebungkus penuh limau mandarin kepada ibu sahabat terbaiknya itu.

"Ah,kenapalah susah-susah kamu datang dan membawa buah tangan ini." Ujar Puan Watanabe ketika melihat Chika sedang menanggalkan kasutnya di depan pintu. Chika yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri itu.

"Kenapa nak rasa susah pula,makcik. Makcik pasti sunyi kerana You-chan masih belum pulang bercuti. Jadi saya kesini mahu nikmati limau mandarin ini bersama ibu kepada kawan terbaik kesayangan saya." Chika memeluk Puan Watanabe.

Puan Watanabe terharu dengan kata-kata itu. Dia dengan perlahan membalas pelukan Chika. "Arigatou,Chika-chan." Ucap Puan Watanabe sambil meleraikan pelukan mereka. Chika hanya tersenyum. 

"Boleh makcik tanya kamu sesuatu?"

"Silakan! Tanyalah apa saja yang makcik ingin tanyakan."

"Apakah anak makcik tidak ada menyusahkan kamu? Apakah kamu selesa berkawan dengannya? You tidak pernah mengecewakan kamu,bukan?" Chika memandang lama kearah wanita ini. Lama kelamaan dia tertawa kecil.

"Mouchiron,makcik! You-chan tak pernah menyusahkan saya. Malahan saya pula yang saya terlalu banyak menyusahkan dia sepanjang 10 tahun lebih kami berkawan." Jawab Chika jujur.

"Hontou?"

"Hm!" Chika mengangguk. "You-chan memang tidak pernah menyusahkan saya. Dia seorang kawan yang sangat baik dan memahami. Saya sangat selesa berkawan dengannya. Malah...,"

"...tidak ada sekali pun You-chan mengecewakan saya. Dia sentiasa menjadi kebanggan saya." Jelas Chika lagi kepada Puan Watanabe. 

"Makcik tahu? Saya sayang You-chan seperti saya sayang diri saya sendiri. Malah...saya sanggup korbankan dan lakukan apa saja untuknya jika dia meminta. Demo...,"

"Demo?"

"Demo You-chan tak pernah meminta apa-apa pun dari saya. Katanya,keinginan You-chan tidaklah penting seperti keinginan dan impian saya. You-chan pernah katakan biarlah hanya dia saja yang berkorban dan lakukan segalanya demi saya kerana saya telah pun berikan segalanya kepada seorang Watanabe You."

Puan Watanabe terpaku. Sebegitu sekali sayangnya You kepada anak dihadapannya ini. Tiba saja dadanya terasa sebak namun dia cuba menahannya agar Chika tidak menyedarinya.

"Chika-chan seorang yang polos ibu. Saya tak mahu dia salah faham dengan apa yang dia lihat kerana itu mungkin akan menyebabkan emosinya terganggu dan mungkin dia akan hilang keyakinan diri."

Kata-kata pesanan You kepadanya terhadap Chika itu sentiasa diingatinya. Dia tahu pasti You sangat marah jika ada sesiapa saja yang cuba ataupun menyakiti hati anak berambut oren ini.

Tanpa sesiapa tahu,You berdiri sambil bersandar didinding tersembunyi tingkat dua. Dia mendengar segalanya juga turut merasa terharu dan bangga dengan ibunya. 

Dia faham ibunya inginkan jawapan mengapa dia tidak tidak mahu jalani pembedahan dalam masa terdekat daripada Chika. Dia tersenyum sendiri.

"Bila You-chan akan pulang,makcik?" 

Soalan itu membuatkan You terpaku. Rasa seperti dia ingin menunjukkan dirinya dihadapan Chika sekarang juga. Namun dia bimbang sekiranya dia tidak mampu menahan sakitnya jika berhadapan Chika.

"Chika-chan!"

Suara itu membuatkan dua manusia ini memandang ke arah tangga dan melihat satu susuk gadis tomboy sedang tersenyum manis kepada keduanya. Puan Watanabe terus sahaja memulakan lakonannya.

"Kamu sudah bangun,You-chan? Bagaimana keadaan badan kamu. Sudah mula membaik?" Tanya Puan Watanabe. You pantas mengangguk.

"Pastilah,ibu. Sayakan Watanabe You. Cuma...mungkin saya perlukan rehat sedikit lagi untuk kembali berlatih." Jawab You berseloroh. Chika terus berlari mendaki tangga dan mendapatkan You.

"Bila awak sampai,You-chan? Kenapa tak beritahu kami awak nak balik?" Tanya Chika ingin tahu. You menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum tidak bersalah.

"Hahahaha! Sebenarnya saya tiba di stesen Numazu malam tadi. Tak sempat nak beritahu seluruh ahli Aqours bahawa saya dah balik dan saya terlalu penat untuk lakukan apa-apa." Jelas You berbohong.

Chika mengangguk. Dia mengerti dan memandang You lalu meletakkan belakang tangannya di dahi You. Seketika kemudian dia terkejut.

"Wah! You-chan! Apakah sekarang ni awak sedang tidak sihat? Badan awak ni sangat panas." Marah Chika lalu terus sahaja berlari sambil menarik tangan You masuk kedalam biliknya. 

"Awak tak sentuh bubur awak ni? Kesian ibu awak masakkan untuk awak. Mengapa awak tak makan?" Tanya Chika dingin sambil menolak You dan memaksanya untuk berbaring semula dikatil. 

"Saya tiada selera untuk makan,Chika-chan." Ujar You. Dia tahu,Chika memang tidak suka lihat dia berada dalam keadaan sakit dan tidak pandai menjaga diri. Chika terus mencapai mangkuk bubur itu lalu menyuakan bubur itu ke mulut You.

"Saya tahu awak tak akan minta pada saya untuk jaga awak semasa awak sakit. Tapi atas kehendak saya sendiri sebagai kawan baik awak selama lebih 10 tahun,saya mahu menjaga awak. Jadi...makan!" Arah Chika. 

"Hai,Chika-chan." Jawab You patuh lalu dia makan bubur yang disuap oleh Chika. Mereka sempat bergelak tawa. Dibalik pintu,Puan Watanabe memerhati sambil menahan sebak yang teramat. Kini dia faham mengapa You tidak mahu menjalani pembedahan dan sanggup menahan kesakitan itu.

Dia sangat memahaminya...






Bersambung....







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)