Hujan☔☔
Hujan?
Kakau hari hujan,apa agaknya yang tengah kita buat sekarang? Pastilah kita akan berada diatas katil dan tilam empuk di dalam sehelai selimut tebal.
Fuh! Memang nikmat sungguh saat itu😎
Tapi.....tak ramai yang tahu sebenarnya hujan itu adalah satu 'siraman' yang paling berharga buat semua hidupan dimuka bumi ini. Tanah yang telah lama tandus akhirnya lembap disirami hujan. Pokok-pokok dan rumput-rumput kering akhirnya basah kerana hujan.
Itulah hujan. Hujan ini adalah nikmat. Nikmat yang tak semua manusia sedar. Jika tidak hujan ada yang akan berkata: "panasnyalah cuaca hari ni. Kenapa tak hujan?" Tapi....bila hujan sudah turun,lain pula yang dikatanya; "Alamak,hujan pula! Macam mana aku nak main futsal petang ni?"
Begitulah lumrah manusia. Manusia memang memiliki sifat itu. Mereka tidak pernah puas dengan apa saja yang ada dan ianya dihadapkan di depan mata. Tapi...jiKa manusia itu memiliki sifat syukur,in sha Allah segalanya akan kelihatan sempurna dan cukup untuk mereka.
Memang susah nak tanamkan sifat syukur. Saya juga...bukanlah sempurna dan terlalu baik sehigga tidak melakukan dosa. Saya bukan nabi yang maksum dah sudah diampunkan dosanya. Saya hanya manusia biasa yang setiap saat saya melakukan dosa.
Jadi...catatan ini buat kalian yang membaca dan juga diri saya sendiri. Saya sedar,saya bukanlah sesiapa. Tapi tak salah jika kalian menerima catatan ini sebagai nasihat walaupun saya tahu saya bukan ustaz mahupun ustazah.
Tapi,saya hanya mahu menasihat buat kalian yang membaca dan juga diri ini. Syukur itu memang susah,tapi belajarlah selangkah demi selangkah untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Didik lidah untuk sentiasa mengucapkan "alhamdulillah." Walau dalam apa juga keadaan. Walaupun saat itu kita merasa sempit dan tidak yakin,percayalah pasti satu hari nanti,setiap masalah itu perlahan-perlahan akan terus diangkat dari bahu kita dan diberikan ketenangan.
Syukur sentiasa dengan setiap nikmat Allah. Bukan mudah untuk melakukan itu! Saya faham. Saya juga begitu. Tapi didiklah hati. Bermulalah dari sekarang dan in sha Allah satu hari nanti kita akan merasai betapa nikmatnya syukur itu.
Sekian......
P/S: hanya sekadar catatan semata-mata. Walaupun begitu,maaf jika ada perkataan dalam penulisan saya yang menguris hati kalian yang membaca. Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf. Maafkan saya.
-Ordinary Girl-
Ulasan
Catat Ulasan