SIMBF(10)

You melangkah masuk ke dalam biliknya. Bau haruman aqua mengingatkannya pada laut yang bakal menjadi rumah keduanya satu hari nanti. Terus sahaja dia meletakkan beg sandang di atas meja tulis lalu dia merebahkan dirinya ke katil. Matanya asyik merenung syiling. Terasa sakit dikepala menyerang lagi. Dia menutup matanya rapat dan cuba bertenang. Dia langsung tidak memikirkan soal kesakitan yang dirasai. Setelah sakit itu mula berkurangan,dia mula bangkit dari pembaringan dan menuju ke meja tulis. Laci meja ditarik lalu dikeluarkan sebuah buku yang menjadi catatan hariannya ketika kecil. You menyelak helaian buku itu dan mula membaca catatannya sendiri. Adakalanya,catatan itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Lucu dengan rupa tulisan tangan masa kecilnya dan lucu dengan isi pada setiap catatannya. Tiba sahaja mindanya terkenang kenangan lamanya bersama sahabatnya yang satu itu. Watanabe You POV Chika. Takami Chika. Dia adalah anak dalam keluarga yang mengusahakan penginapan dan mandi...