SIMBF(6)
Keesokkannya..
"Wah!!" Terpegun mata lapan manusia ini melihat kapal layar yang ada dihadapan mereka kini.
"Mirai zura!!" Teriak Hanamaru teruja.
"Ini adalah kelebihan yang dikurniakan oleh malaikat jatuh,Yohane!"
You tersenyum memandang tingkah sahabat sahabatnya ini. Rasa bahagia saat melihat mereka begitu teruja melihat kapal simulasi dipusat latihan ini. You masih berjalan menuju ke bilik latihan simulasi. Sudah tiba masanya untuk dia memulakan latihan simulasi. Dia berdiri dihadapan pengemudi lalu memakai topi kapten. Mikrofon dibuka sebelum dia bersuara.
"Perhatian kepada semua anak kapal! Kita akan mula berlayar menuju ke destinasi masa depan kita. Sedia semua? Zenshoku zenshi,yousoro!!!"
Kapal yang dinaiki mereka terasa bagaikan bergerak. Biar pun ianya hanyalah simulasi,namun mereka merasai pengalaman pelayaran sebenar. You mengemudi dengan samgat baik. Dia sudah biasa mengemudi kapal sepanjang berlatih dipusat latihan ini.
"Kemana kapal ini akan membawa kita?" Duga Kanan. Mari memeluk tubuhnya.
"Entahlah. Apa kata kita bertanya kepada kapten kapal ni." Jawab Mari.
"You-chan! Kemana destinasi kapal ini akan berlayar?" Teriak Yoshiko sambil memandang ke arah atas,dimana bilik kapten kapal berada.
Buk!
"Aduh! Sakitlah,Lili!!" Rungut Yoshiko sambil menyapu kepalanya yang sakit diluku oleh Riko.
"Beginikah caranya awak melayan tuan awak,iblis kecil?" Marah Yoshiko.
"Begitu jugakah cara awak memanggil kapten kapal,Yoshiko-chan?" Tanya Riko.
"Yohane! Lagi pun dia merupakan salah seorang daripada iblis kecil kepunyaan Yohane." Selamba Yoshiko menjawab persoalan Riko.
"You-chan! Kemana kapal ini akan berlayar?" Teriak Chika pula. Riko memandang Chika sebal. Ini seorang lagi...
"Mungkin dia tidak mendengar kita di dalam bilik itu. Lagi pun inikan hanya simulasi. Dia membawa kita menaiki kapal ini untuk merasai pengalaman berlayar yang sebenar." Ujar Dia pula.
Bunyi mikrofon sekali lagi kedengaran. Suara tawa manusia juga turut kedengaran ditelinga mereka.
"Perhatian kepada semua anak kapal! Takami Chika,Sakurauchi Riko,Matsuura Kanan,Ohara Mari,Kurosawa Dia,Kurosawa Ruby,Kunikida Hanamaru dan Tsushima Yoshiko. Nama yang disebut tadi,sila berkumpul di dek dengan kadar segera." Mikrofon dimatikan lagi membuatkan mereka terpinga pinga.
"Apa maksudnya,zura?"
"Entahlah. Tapi rasanya kita perlu berjumpa dengan You dibilik itu." Jawab Mari.
Mereka semua berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan. Setelah daun pintu dikuak,terlihat seorang gadis yang cukup mereka kenali sedang memakai T-shirt dan seluar bottom biasa.
"Kenapa dengan pakaian itu,You-chan?" Tanya Riko.
"Bukankah ini adalah simulasi kapal pelayaran. Jadi banyak perkara yang boleh dilakukan semasa pelayaran seperti berlatih. Mari kita bersedia untuk Love Live yang seterusnya." Ujar You. Chika bersinar sinar matanya.
"Mari lakukannya!" Sorak Chika semakin teruja. Ahli-ahli lain tidak mampu berkata apa-apa. You terlalu menyokong Chika sehingga sanggup berlatih dibilik latihan simulasi. Mereka juga hanya menurut saja.
"One,two,three,four! One,two,three,four! One,two,three,four!" Kanan memerhati teliti setiap langkah dan gerak tari ahli ahlinya. Chika,You dan Riko sebagai double center menjalankan tugas mereka dengan baik sekali. Setiap langkah mereka disempurnakan dengan baik sekali.
"Baik! Cukup setakat ini dulu." Beritahu Kanan. Dia tersenyum kepada You sambil bercekak sebelah pinggangnya.
"Awak lakukan tugas yang bagus dengan langkah tarian awak,kapten." Puji Kanan kepada You.
"Bukanlah luar biasa pun. Setiap dari kita memberi impak yang luar biasa dalam tarian dan nyanyian. Sebab itulah kita semua memang serasi bersama." Balas You merendah diri.
"Awak memang rendah diri,You-chan." Ujar Dia juga turut memuji. You sekali lagi tertawa dan tersenyum.
"Awak juga begitu,Dia-chan." Balas You. Dia yang malu mendengar pujian You itu cuba beriak biasa dengan menggaru tahi lalatnya. Namun begitu,Kanan dan Mari cukup mengenali Kurosawa Dia.
Malam harinya..
Kanan terjaga dari tidurnya. Tidurnya terasa diganggu oleh seseorang. Dia malas sungguh mahu membuka matanya. Tapi semakin gasak dia diganggu. Akhirnya dia gagahkan diri untuk membuka mata lalu terlihat dua manusia yang cukup dia kenali sedang memandang tepat ke arahnya.
"Apa yang kalian berdua buat ni?!" Mulutnya pantas ditutup sebelum dia menghamburkan kemarahannya. Jari telunjuk diletakkan dibibir mengisyaratkan agar Kanan diam kerana jeritannya mungkin menganggu tidur ahli yang lain.
Terus Mari dan Dia menarik kanan keluar dari bilik tetamu yang menempatkan seluruh ahli Aqours. Dia dibawa hingga ke hujung kaki lima.
"Apa saja awak berdua ni? Ada apa sebenarnya?" Tanya Kanan berpeluk tubuh. Sungguh tidak puas hati dengan dua sahabatnya ini yang sanggup menganggu tidurnya.
Mari atau Dia tidak menjawab soalan Kanan tadi sebalik suara kecil pertengkaran yang membuatkan Kanan tertanya tanya. Dia memandang ke arah Mari dan Dia silih ganti. Dia cukup mengenali suara pertengkaran yang berada disebuah bilik dihujung koridor itu. Itu adalah suara Tsuki dan....
You!
"Apa sebenarnya yang berlaku?" Tanya Kanan berbisik secara spontan. Dua temannya ini hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu tapi disebalik semua itu ketiga mereka cukup mengetahui. You tidak akan mudah meninggikan suaranya kepada orang lain. Dia lebih memilih untuk berdiam diri. Itulah peribadi Watanabe You yang mereka kenal.
"Awak tak boleh tipu mereka lagi,You! Awak mesti lakukan pembedahan itu sementara ianya masih boleh diselamatkan."
"Saya tak apa apa,Tsuki! Saya tak apa-apa."
"Awak tak boleh paksa diri lagi macam ni. Lambat laun seluruh ahli Aqours akan tahu awak sakit. Mesti mereka akan memaksa awak untuk berhenti."
"Tidak! Sebab itulah saya tak mahu mereka tahu. Saya tak mahu berhenti! Saya tak mahu Chika hilang semangat kerana saya sakit. Saya tak nak."
"You..."
Tiga manusia ini dalam diam mencuri dengar perbualan antara Tsuki dan You. Terkejut besar mereka dibuatnya. Apakah sebenarnya You sakit? You sakit apa sebenarmya? Pelbagai persoalan keluar di minda mereka. Tiga sahabat ini saling berpandangan lalu mereka mengangguk mengerti.
"Apa yang awak bertiga buat disini?" Tanya You terkejut ketika melihat tiga kakak seniornya dalam Aqours ada di depan mata. You menjadi resah seketika. Apakah mereka bertiga terdengar perbualannya bersama Tsuki? Namun You masih tetap berusaha beriak biasa.
"You,apakah awak baik baik saja?" Tanya Dia prihatin. You segera mengangguk. Dia memang baik baik saja. Namun tidak dirasakan begitu oleh tiga manusia dihadapan you ini. Tangan You segera dipegang oleh Kanan. Dia dibawa ke sudut dihujung koridor. Tibuh You ditolak sehingga mencapai dinding. You semakim gugup dengan reaksi mereka bertiga ini.
"Jujur saja dengan kami,Watanabe You! Kenapa dengan awak? Apa yang awak sembunyikan dari kami?" Tanya Kanan. You segera menggeleng kepalanya. Dia enggan menjawab pertanyaan Kanan. Dia ingin terus berahsia.
"Buu buu desu waa! Awak masih mahu berbohong sedangkan awak memang langsung tidak pandai berbohong,You-chan?" Ujar Dia berang. You menghela nafasnya. Dia tiada pilihan lain. Beritahu mereka atau kebenaran akan terbongkar sendiri tanpa dia menjelaskan segalanya.
"Baiklah...saya akan beritahu awak semua." Ujar You. Kanan terus melepaskan tangan You. You memerhati setiap ruang yang ada. Dia tersenyum penuh makna. Tiba-tiba....
"You-chan! Matte kudasai!" Teriak Mari terkejut kerana You berjaya melarikan diri dari mereka. Tiga manusia ini hanya memerhati kelibat You yang semakin menghilang dari pandangan mata. Bukan Kanan tidak mampu mengejar You tapi dia tidak mahu mendatangkan kekecohan di pusat latihan You ini.
"Adakah kita terlalu memaksa dia?" Tanya Kanan. Mari dan Dia juga saling berpeluk tubuh. Mereka juga merasakan perkara yang sama. Mungkin mereka terlalu memaksa You untuk berlaku jujur pada mereka. Mungkin mereka perlu memberi ruang dan waktu kepada You.
You bersandar di dinding. Dia tercungap cungap kepenatan. Melarikan diri dari Kanan memang jauh luar biasa berbanding berlari sejauh 15 kilometer setiap hari. Kanan bukan calang calang orang. Dia merupakan orang yang paling cergas sebelum You. Dikatakan bahawa tenaganya dan Kanan tiada bezanya.
"Penat larikan diri?" Suara itu membuatkan You menoleh ke arah punca suara. Terlihat Tsuki sedang bersandar di dinding yang sama sambil berpeluk tubuh. Dia berjalan menghampiri You. Renungan penuh simpati diberikan kepada sepupu kesayangannya ini.
"You-chan,awak masih tak sedarkah? Ramai yang sayangkan awak. Jadi,lakukan pembedahan itu dan awak tak perlu paksa diri lagi seperti ini." Pujuk Tsuki. Bahunya dipegang erat oleh You. You menundukkan mukanya. Seluruh tubuhnya mengigil. Tsuki tidak dapat melihat wajah You dengan jelas dalam kegelapan yang samar itu. Namun dia dapat menangkap suara tangisan milik You.
"Saya takut Tsuki-chan. Jika saya jalani pembedahan itu,mungkin saya akan mati diatas meja bedah. Mungkin saya tiada peluang untuk selamat dan saya tinggalkan chika-chan sendirian. Saya tak mahu itu terjadi! Mahu terus bersamanya dan menyokongnya. Saya tak mahu dia rasa kecewa. Saya tak mahu dia terus memaksa dirinya sendiri."
Tsuki sekali lagi terkejut. Sampai begini sekali sayangnya You kepada Chika sehingga dia sanggup mencederakan dirinya sendiri. Tsuki memeluk You dan membiarkan sepupunya ini menangis dalam pelukannya. Tsuki menoleh ke sisi. Terlihat tiga manusia yang sedang memerhati mereka ketika ini. Tsuki hanya tersenyum lalu senyumannya itu dibalas oleh tiga manusia itu.
Bersambung....
You sakit apa sebenarnya?
Adakah Kanan,Mari dan Dia akan mengetahui kebenaran daripada You?
Tunggu episod seterusnya...
Ulasan
Catat Ulasan