SIMBF(7)


"Seronok habiskan masa selama 10 hari disini bersama awak You-chan." Ujar Chika ketika You menghantar lapan ahli Aqours ke stesen kereta api. 

"Senang mendengarnya dan saya harap awak semua senang dengan perkhidmatan tuan rumah awak semua." You berharap. Seluruh ahli Aqours tersenyum.


"Kami memang cukup senang dengan perkhidmatan itu,zura." Jawab Hanamaru. You tersenyum puas. Namun dia sempat memandang ke arah tiga kakak senior Aqours itu serta Riko silih ganti. Pandangan yang cukup bererti baginya. Riko menepuk bahunya lembut.

"Kami tak akan beritahu Chika-chan. Tapi ambillah masa awak untuk dapatkan rawatan segera." Bisik Riko. You tersenyum. Dia percayakan Riko,Kanan,Mari dan Dia. Mereka tidak akan memungkiri janji mereka. Itu You begitu yakin.

"Jaga Chika-chan dengan baik untuk saya,Riko-chan." Kata You juga turut berharap. Riko mengangguk sebelum dia melangkah masuk kedalam keretapi api yang akan membawa mereka pulang ke Numazu. You melambai tangan ke arah seluruh ahli Aqours.

"Jumpa awak untuk acara Love Live nanti,You-chan." Jerit Chika sambil mengeluarkan kepalanya ditingkap gerabak yang dinaikinya. You tertawa dengan tingakh temannya yang satu itu. 

"Baiklah,Chika-chan!" Balas You juga turut menjerit. Dia memerhati sehingga kereta api yang akan membawa pulang teman-temannya kembali ke Numazu hilang dari pandangan mata. Setelah kereta api hilang dari pandangan mata,dia menghela nafas berat.

"Awak tak boleh mungkiri janji pada mereka,You-chan. Awak mesti dapatkan rawatan segera sebelum terlambat." Suara itu membuatkan You menoleh. Tsuki sudah berada disana menunggunya. Sekali lagi You menghela nafas. Dia mengangguk lemah lalu berjalan beriringan bersama Tsuki menuju ke sebuah teksi yang akan membawa mereka ke hospital.

"Gomen ne,terpaksa libatkan mereka berempat. Saya cuma tak mahu awak terus paksa diri. Awak juga mesti tak mahu Chika-chan mengetahui yang awak sakit,kan? Jadi kerana itu awak mesti sembuh demi dia." Tsuki mula bersuara saat melihat You hanya diam sepanjang perjalanan.

Tsuki tahu,dia sudah melanggar janjinya pada You dan dia tahu bahawa You membenci orang yang memungkiri janji. Dia sudah berjanji bahawa dia akan merahsiakan penyakit kronik You pada ahli Aqours. Tapi dia sudah memberitahu perkara itu pada Riko,Kanan,Mari dan Dia.

Flashback...

"Kenapa awak nak berjumpa kami,Tsuki-chan?" Tanya Kanan sambil bersandar dipalang pelindung kapal simulasi. Tsuki mahu berjumpa dengannya dan tiga lagi ahli Aqours yang lain. Tapi mereka tidak mengetahui tujuan Tsuki mahu berjumpa mereka.

"Saya cuma mahu tanyakan bahawa awak berempat cukup selesa berada di pusat latihan kami?" Tanya Tsuki berbasa basi.

"Terus terang saja! Jangan buat kami terus menunggu begini!" Marah Dia. Tsuki tersengih sebelum menghela nafasnya. Dia kelihatan resah sekali. 

"Daijobou,Tsuki-chan?" Tanya Riko prihatin. Sekali lagi Tsuki menghela nafasnya.

"Saya tak okey. Saya risaukan keadaan You." Katanya.

"Kenapa dengan You?" Duga Mari pula. Tsuki mengeluarkan satu fail coklat dari beg galas yang dibawanya bersama lalu dihulurkan kepada empat orang gadis didepannya. Riko mencapainya lalu dibuka satu persatu. Empat pasang mata terkemut lalu memandang Tsuki tidak percaya.

"Kore wa nan desuka?" Tanya Kanan tidak percaya.

"Seperti apa yang awak lihat,itulah apa yang ditulis." Selamba Tsuki menjawab. Mereka merenung Tsuki tajam. Tsuki meneguk liurnya gerun melihat pandangan tajam mata empat gadis idola ini,terutama sekali Riko.

"Baiklah. Saya akan jelaskan. Tapi sebelum tu,boleh tak kalau awak semua berhenti andanga saya macam tu. Ianya begitu mengerunkan." Ujar Tsuki. Mereka berhenti memandang Tsuki tajam begitu. Tsuki menghela nafasnya. Dia sedikit risau. Tapi rakan rakan karib You harus tahu mengenai perkara ini.

"Seperti yang awak lihat,dikepala You terdapat satu ketumbuhan yang kemungkinana besar akan menyebabkan kanser. Jika dia tidak jalani rawatan dan lakukan pembedahan dengan segera,ketumbuhan itu akan semakin membesar dan akan membahayakan. You mungkin tidak dapat diselamatkan." Beritahu Tsuki. 

"Bukankah awak dah berjanji yang awak tak akan beritahu sesiapa termasuk ahli Aqours?" Suara itu membuatkan lima gadis ini terkejut terutama sekali Tsuki. Tidak dia sangka bahawa manusia itu ada disini.

"You-chan,mereka perlu tahu. Awak perlu dapatkan bantuan. Awak perlu dirawat."

"Tak! Jika saya lakukannya semuanya akan musnah! Kenapa awak tak pernah mengerti,Tsuki?"

Riko,Kanan,Mari dan Dia yang melihat pergaduhan antara sepupu itu berdiam diri. Mereka juga seperti tidak dapat menyangka bahawa You sedang menghidapi penyakit kronik seperti ini. 

"You-chan..,"

"Gomen ne,minna. Tsuki ni suka mengarut. Dia memang suka merepek begini. Jadi jangan percaya cakap dia sangat." Dalil You jelas. Namun empat ahli Aqours ini tidak bodoh mahupun polos seperti ahli Aqours yang lain.

"Jangan cuba sembunyikannya dari kami,Watanabe You!" Suara Dia membuatkan You terkedu. Dia menelan liurnya. Dia tidak dapat mengelak lagi. Tsuki sudah pun membuka rahsianya. Dia menghela nafasnya sementara empat orang temannya sudah menanti jawapan pasti daripada You.

"Jawab sekarang You-chan! Apakah yang dikatakan oleh Tsuki tadi satu kebenaran? Apakah surat kesihatan awak ni bukannya palsu?" Riko bersuara sambil menunjukkan fail pemeriksaan kesihatannya dihadapan You. Wajah You pucat lesi. Jelas sekali dia sudah tidak dapat mengelak lagi. 

"Kami menunggu jawapan awak,You." Mari mendorong agar You berterus terang semntara Kanan dan yang lain hanya berpeluk tubuhnya. You memerhati wajah itu satu persatu. Berat sekali untuknya berterus terang kepada mereka mengenai penyakit yang sedang dihidapnya.

"Benar. Semuanya benar. Apa yang awak semua lihat itu adalah benar." Jawab You sambil menundukkan wajahnya memandang lantai. Semakin terkejut mereka mendengar kejujuran You. Kenyataan yang perit harus mereka terima kini adalah setelah mengetahui kebenaran daripada manusia paling aktif dalam Aqours.

"Jadi...latihan awak?" Tanya Kanan.

"Latihan saya diringankan kerana masalah kesihatan saya. Ketua jurulatih kami memberi saya rehat selama 10 hari dengan menjadi tuan rumah disini." Jelas You. Kanan dan yang lain saling berpandangan. Kini mereka faham mengapa You menjemput Aqours untuk ke sini. Dia perlu berehat daripada latihan dengan menjadi tuan rumah. 

"Gomen ne. Saya rahsiakannya daripada awak semua. Sa..saya cuma tak mahu Chika-chan mengetahuinya. Saya tak mahu Chika-chan risaukan saya dan kerana saya menjadi penyebab Chika-chan putus asa dengan impiannya." Sambung You lagi.

"Chika-chan perlu tahu tentang perkara ini,You-chan." Pujuk Riko. Dia memegang bahu You. You memegang kedua tangan Riko. Dia menggeleng kepalanya pantas. 

"Jangan Riko-chan! Jangan beritahu Chika-chan tentang perkara ini. Saya merayu jangan beritahu dia. Tolonglah jangan beritahunya." Rayu You. 

"Kenapa,You-chan? Kenapa perlu rahsiakannya daripada Chika? Bukankah dia kawan baik awak?" Tanya Dia pelik. You menatap Dia lama. Manusia yang dikenali sebagai tsundare Aqours itu adalah seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat.

"Hanya kerana...," kata-kata You terhenti. Mereka lama memandang You menanti jawapan atau penjelasan. Minda You mula terimbas ketika saat dia masih kecil. Zaman kecilnya bersama Chika memang seronok dan indah.

"Selama lebih 10 tahun saya bersama Chika-chan,saya tak pernah lihat dia begitu bersemangat dalam hidupnya. Dia tidak pernah memiliki matlamat yang jelas dalam hidupnya. Dia sentiasa merasakan bahawa dia adalah manusia normal yang tidak mampu melakukan apa-apa. Sehinggalah dia ingin menubuhkan school idol."

"Sejak dari dulu,saya memang teringin untuk melakukan banyak perkara bersama Chika-chan. Malah dia sering menolak setiap kali saya mengajaknya menyertai kelab renang bersama saya dan saya mula risaukan tentangnya yang bersendirian. Jadi kerana itulah saya tetap bersetuju untuk bersamanya menubuhkan Aqours walaupun saya terpaksa membahagikan masa saya dengan kelab renang. Saya hanya mahu lakukannya bersama Chika-chan. Saya...,"

You menundukkan kepalanya. Tangannya yang memegang tangan Riko terlepas sendiri. Riko menyedari bahawa You sedang menahan tangisnya. "Saya cuma mahu lihat Chika-chan berkembang menjadi Takami Chika yang baru. Saya mahu lihat itu dengan mata saya sendiri. Saya mahu lihat dia tersenyum lebar dan menangis gembira setelah berjaya mencapai impiannya. Saya mahu lihat dia berjaya mencapai impiannya setelah mengharungi pelbagai kesusahan bersama dengannya. Saya mahu lihat perubahan itu sendiri..,"

"Jadi..kerana itu,saya tak mahu dia mengetahui tentang perkara ni. Saya tak mahu mengecewakannya. Saya tak mahu lihat Chika-chan kecewa hanya kerana saya!!" Tangis You. Riko pantas memeluk You. Dia berusaha menenangkan You. Kanan,Mari dan Dia saling berpandangan lalu mereka tersenyum. Begitu erat sekali persahabatan Chika dan You sama seperti persahabatan mereka bertiga. 

"Daijoubu,You-chan. Kami akan rahsiakannya daripada Chika-chan. Tapi demgan satu syarat awak mesti dapatkan rawatan sebelum Chika-chan mula menyedarinya." Kata Kanan. Mereka turut bersetuju agar perkara itu dirahsiakan. You tersenyum. Dia juga berjanji bahawa dia akan segera mendapatkan rawatan dan kembali sembuh.

*****

Saya harap saya tak terlambat...


Bersambung....

Sedihnya tengok harapan You besar betul.

Memang setia kawan betullah si Watanabe You ni.

Tapi...apa yang jadi seterusnya? Tunggu episod seterusnya..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)