SIMBF(2)


You bermain main dengan pensil ditangannya.
Matanya memandang ke arah potret gambarnya bersama Chika dan juga Shiitake ditepi pantai. Ketika itu usia mereka baru tujuh tahun. Tidak You sangka,dia sudah menyimpan potret gambar itu lebih sepuluh tahun.

Pensil ditangan mula bekerja. You menuliskan sesuatu diatas kertas putih diatas meja. Dia menulisnya sambil tersenyum gembira. Membayangkan saat Chika dan ahli Aqours yang lain membacanya. Ianya pasti menjadi saat yang paling indah bagi You.

"Berjaya! Saya sudah siapkannya." Jerit You sendiri. Dia membaca kembali isi yang ditulis tadi. Setelah dia merasa puas hati dengan hasil tulisannya,dia berlari keluar dari bilik dan rumah.

"Mama,saya berangkat dulu!" Pinta You. Ibunya yang berada di dapur segara memandang ke arah anak tunggalnya itu.

"Kamu nak ke mana,You?"

You menoleh kearah ibunya. Helaian kertas yang penuh tulisan itu ditunjukkan dilangit kearah ibunya. "Saya mahu tunjukkan pada Chika-chan dan ahli Aqours yang lain ini. Pasti mereka sukakannya." Jawab You. 

Puan Watanabe hanya tersenyum. Dia tahu betapa sayangnya anak tunggalnya ini kepada Aqours. Dia tetap akan menyokongnya semampu yang boleh. 

"Hati hati dan jangan lewat pulang." Katanya. You memberi tabik kepada ibunya. 

"Arahan diterima kapten! Yousoro!" Kata You lalu berlari meninggalkan rumah. Puan Watanabe menggeleng kepala dengan sikap anak perempuannya ini. Sikapnya tidak ubah seperti suaminya. You memang bercita cita mahu menjadi kapten yang memiliki kapal sendiri. Tapi dimasa yang sama,dia sukakan Aqours.

*****

"You-chan? Doushite?" Tanya Chika pelik ketika melihat You yang sudah berada dihalaman rumahnya dalam keadaan tercungap cungap. Kolar baju You basah kerana peluh.

"Saya ada sesuatu nak tunjuk pada awak,Chika-chan."

"Nani?

You menunjukkan kertas yang dibawanya bersama tadi kepada Chika. Chika segera mengambilnya dan dibaca. You hanya diam menanti reaksi dari Chika. Setelah itu...

"Wah!!! You-chan!!!" Jerit Chika. You pelik dengan reaksi Chika. Sepertinya bukan ini yang pernah dia gambarkan. Tanpa sengaja tibuhnya dipeluk Chika.

"You-chan!! Saya sungguh terharu. Ianya sebuah lirik yang bagus." Puji Chika. You tertawa kecil dengan kata kata Chika. Dia memang sudah jangka reaksi yang melampau akan diterima daripada Chika yang beremosi orangnya.

"Mari tunjukkannya pada Riko-chan!" Ujar Chika lalu pantas menarik tangan You dan mereka berlari menuju arah rumah Riko yang berada disebelah rumahnya saja. 

"Saya sukakan lirik ni. Jika Hanamaru-chan membacanya pasti dia juga sukakannya." Kata Riko memberi komen. 

"Apa kata kalau awak mainkannya,Riko-chan?" Cadang You. Chika bersetuju dengan cadangan You tadi. Riko bangkit dan mendapatkan pianonya. Kertas lirik yang ditulis oleh You diletakkan dihadapannya. Jari jemarinya mula menekan papan kekunci piano itu.

Sebuah melodi piano yang merdu kedengaran ke seluruh bilik. You dan Chika menghayati nelodi yang dimainkan oleh Riko. Seketika kemudian...

"Genki de imasu ka? Daiji na hito wa dekimashita ka? Itsuka yume wa kanaimasu ka?" Riko mula bernyanyi lirik itu. Suaranya kedengaran sangat indah dan sesuai dengan lirik yang ditulis oleh You. You yang mendengar nyanyian Riko itu tersenyum puas.

"ARGHHH!! Nyanyian yang sempurna,Riko-chan." Puji Chika sambil menaikkan dua ibu jarinya pada Riko. Riko hanyatersenyum malu dengan pujian Chika tadi. Melihat sajanreaksi Riko yang sudah menahan malu itu,You juga turut mengusik.

"Awak memang sesuai menjadi pemain piano yang profesional,Riko-chan." Ujar You pula.

"Ish! Awak berdua ni sudah-sudahlah tu. Saya hanya lakukan yang terbaik untuk Aqours. Saya kagum dengan semangat Chika yang sentiasa tidak putus asa memastikan Aqours terus hidup walau apa cara sekali pun. Jadi,saya juga mahu menyokong dan membantu semampu saya."balas Riko.

"Heheh. Jika begitu,saya memang sangat memerlukan sokongan awak,Riko-chan." Sambut Chika sambil tertawa. Ketika itu,You menyedari ada sedikit kelainan dalam kata kata Chika sebentar tadi. Namun dia abaikan sahaja. Dia tidak mahu prasangkanya merosakkan hubungan mereka.

Chika menemani You ke perhentian bas. Sudah sampai waktu bas terakhir akan tiba. Mereka hanya diam menyepi tanpa sebarang suara. 

"Hey,You-chan!" Panggil Chika setelah dia merasa sedikit janggal. You memandang ke arah Chika. 

"Arigatou untuk lirik itu. Kadang kadang saya rasa saya sudah banyak menyusahkan awak. Sampaikan saya juga mengharapkan awak untuk menulis liriknya." Beritahu Chika sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. You memandang ke arah Chika sebelum tertawa. Bahu Chika ditepuk lembut.

"Kenapa nak rasa bersalah? Bukankah awak tiada idea untuk mencipta liriknya. Jadi saya hanya ingin membantu."  Jelas You.

"Tapi,bagaimana awak boleh mendapat inspirasi untuk mencipta lirik sebagus itu?"

Sekali lagi You tertawa. "Bukan apa pun. Saya hanya mengenang semua kenangan yang indah yang pernah ada dalam memori saya." 

"Eh? Maknanya semua memori indah itu awak salurkannya dalam lirik lagu?" 

Hanya satu anggukan sebagai jawapan kepada soalan Chika tadi. Sebuah bas berhenti dihadapan mereka. Setelah pintunya terbuka,You mula melangkah memasuki perut bas itu.

"Ohayousoro,Chika-chan! Jumpa esok." Kata You sambil memberi tabik hormat kepada Chika. Chika tersenyum dan membalas tabik hormat You itu. Pimtu bas tertutup dan bergerak pergi. 

Seminggu kemudian...

"Jumpa kamu semua lagi nanti." Kata You setelah kereta api yang akan membawanya pulang ke Hokaido untuk meneruskan kursus latihannya. Seminggu sudah berlalu bersama Aqours dan kini You harus tumpukan sepenuhnya pada impiannya.

"Jaga diri baik baik,You-chan." Pesan Ohara Mari. Seperti biasa,dia yang akan berperanan seperti ibu dalam Aqours akan memberi banyak pesana kepada gadis pelaut yang dikenali cukup aktif dalam Aqours itu.

"Baiklah,Yousoro!" Balas You sambil memberi tabik. Dia sudah cukup bersedia untuk berangkat pergi. Namun tangannya diraih oleh Chika. You memandang ke arahnya.

"Awak akan sentiasa bersama saya bukan,You-chan?" Tanya Chika menduga. You tersenyum lalu dia memegang kedua bahu Chika. Teman masa kecilnya. Senyuman dihadiahkan buat Chika.

"Sudah tentu. Saya sentiasa ada dengan awak. Hubungi saja saya jika awak perlukan saya dan saya akan mendengar segalanya." Kata You. Dia memandang ke arah Riko sekilas.

"Sepanjang saya tiada,saya percaya Riko-chan juga mampu menjaga awak dengan baik juga,Chika-chan." Sambung You sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Riko. Riko yang memahami makna You itu hanya mengangguk perlahan.

Mereka menghantar You dengan lambaian tangan. You juga turut membalas lambaian mereka. Mereka berpisah disitu. Entah bila lagi mereka akan dapat berjumpa dengan You.

"Sekarang apa rancangan kita?" Tanya Ruby sewaktu mereka ingin pergi dari stesen kereta api. Masing masing memeras otak berfikir. Acara Love Live yang mereka sertai sudah pun mereka ikuti. Kini,mereka hanya perlu menunggu keputusan bahawa mereka layak ke peringkat seterusnya atau pun tidak.

"Jika kita layak ke peringkat seterusnya,kita akan memanggil You-chan kembali,zura?" Tanya Hanamaru.

"Itu sudah tentu! Yohane memerlukan iblis kecil itu untuk melengkapkan formasi." Jawab Yoshiko

"Tapi bukankah kita sepertinya menganggu masa latihan You-chan?" Kata Ruby yang kurang yakin dengan jawapan Yoshiko tadi. Semua mata memandang ke arah Ruby pelik. Ruby yang sudah tidak tahan malu bersembunyi dibelakang Hanamaru.

"Tapi betul juga apa yang dikatakan Ruby-chan. Kita akan menganggu latihan You-chan." Sokong Dia. Kata katanya juga disokong oleh Mari dan Kanan. 

Chika hanya berdiam diri. Dia juga turut memikirkan solusi yang terbaik untuk Aqours dan juga pasti untuk You sendiri.


Bersambung...

Apakah solusi yang difikirkan Chika?

Tunggu episod seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)