SIMBF(4)


Chika berlari dengan penuh gembira. Tidak sabar mahu berjumpa dengan sahabatnya sejak kecil di Hokaido esok. Senyuman sentiasa terpapar dibibirnya. Riko dengan jelas melihat keadaan Chika mula merasa tidak sedap hati. Apa yang telah terjadi sehingga membuatkan Chika terlalu ceria berbanding biasa.

Deringan bunyi telefon membuatkan mereka yang sedang berehat setelah habis larian itu memandang ke arah Chika. Chika segera mendapatkan telefonnya lalu panggilan itu segera diangkat. Tidak mahu membiarkan si pemanggil menunggu lama.

"Helo? Hontou? Wah! Saya sangat gembira! Saya akan segera beritahu yang lain." Ujar Chika bersama si pemanggil. Ahli Aqours yang lain turut tertanya,siapakah gerangan pemanggil yang menghubungi Chika?

"Saya rasa lebih baik jika awak sendiri yang beritahu." Kata Chika kepada pemanggil. Dia membuka pembesar suara llau dihalakan telefonnya ke arah ahli Aqours yang lain.

"Ohayousoro,min na! Saya ada satu berita gembira untuk awak semua. Kalian seluruh ahli Aqours telah dijemput sebagai tetamu kepada pelatih Watanabe You 10 hari di pusat latihan pelaut Hokaido."

Suara milik si pemanggil itu membuatkan tujuh manusia ini terkejut. Apa yang telah Chika rancangkan bersamanya yang tidak diketahui oleh mereka? 

"Kehadiran kami nanti tidak menjejaskan latihan awak ke,You?" Tanya Kanan. Suara tawa dihujung talian.

"Kanan-chan,awak selalu risau macam selalu. Daijoubu! Kehadiran Aqours tidak menjejaskan latihan saya kerana...saya akan jelaskan esok setelah awak semua tiba distesen kereta api Hokaido. Saya akan menunggu ketibaan awak semua sebagai tuan rumah."

Tujuh mata memandang ke arah Chika. Chika mengukir senyuman lebar dan manis. Perasaan teruja semakin membuak buak. Lalu Riko bersuara.

"Baiklah,kami akan tiba. Nantikan kami,You-chan."

"Baiklah. Jika begitu,jumpa awak semua esok." Talian dimatikan dan tujuh pasang mata memandang tajam ke arah Chika. Mereka minta penjelasan daripada ketua Aqours.

"Gomen ne. You-chan meminta saya rahsiakannya daripada awak semua. Dia memang sudah lama merancang untuk membawa kita semua melawat pusat latihannya. Jadi selama 10 hari ini akan jadi hari paling santai buat You-chan dan dia sangat gembira." Jelas Chika.

*****

Chika turun dari kereta api gembira. Beg yang mengandungi pakaiannya selama 10 hari itu digalas kemas. Dia mencari kelibat seseorang. 

"Seingat saya,kita pernah ke sini dulu." Duga Yoshiko.

"Yes! Kita pernah ke sini kerana menerima jemputan sebagai penonton acara Love Live disini." Jawab Mari. 

"Mana You-chan?" Tanya Ruby yang sedang memeluk lengan Dia. Jelas dia sangat gugup berada ditempat asing. 

"Disana,zura!" Teriak Hanamaru saat melihat kelibat seorang gadis dalam pakaian seragam pelaut sedang berjalan menghampiri mereka. Mereka semua terkejut melihat You. You kelihatan sangat kemas dalam serangam itu walaupun ianya sekadar seragam seorang pelatih.

"Yousoro! Bagaimana dengan perjalanan awak semua?" Tanya You sambil memberi tabik seperti biasa. Senyuman tidak pernah lepas dari bibir gadis tomboy ini. 


"Bagus sekali. Perjalanan kami lancar." Jawab Riko. You hanya tersenyum. Dia membawa mereka semua keluar dari stesen kereta api dan menuju ke pusat latihan yang menjadi tempat You menerima latihan sudah hampir setahun.

"Kita sudah sampai. Selamat datang ke pusat latihan pelaut." Ucap You sambil menghulurkan lapan lencana kepada kawan kawannya. Walaupun masih pelik,mereka tetap menyambut huluran You. 

"Sepanjang 10 hari disini,awak semua perlu memakai lencana itu. Dengan lencana itu menunjukkan bahawa awak adalah tetamu di sini. Jadi awak bebas meminta apa saja bentuk bantuan kepada tuan rumah awak." Beritahu You. 

"Tapi siapa tuan rumah kami?" Tanya Dia. You menunjukkan sebuah lencana yang bentuknya sama seperti yang diberikan cuma berwarna emas yang sudah terlekat kemas di seragamnya kepada Dia sebagai jawapan bagi soalan si tsundare Aqours itu.

"Awak tuan rumah kami?" Tanya Kanan. You sekali lagi menangguk. Pantas You melambai tangannya.

"Jangan risau dengan latihan saya disini. Walaupun saya masih perlu jalani latihan seperti biasa. Tapi kelebihan diberikan kepada tuan rumah. Tuan rumah diberi keringanan tamatkan latihan awal ataupun terlambat tiba ditempat praktikal dan amali. Tuan rumah juga diberi kebenaran khusus untuk tidak hadir latihan atas sebab memenuhi kehendak tetamu. Itulah peraturannya." Jelas You panjang lebar.

"Jadi apa pula kelebihan kami sebagai tetamu disini?" Tanya Chika.

"Awak semua bebas untuk melihat kawasan latihan kami sepanjang berada disini. Awak juga bebas menentukan denda kepada tuan rumah awak sekiranya prestasi latihannya pada hari itu kurang memuaskan bagi awak." Ujar You lagi.

Lapan manusia ini mengangguk dengan penjelasan You itu. Seseorang berjalan menghampiri mereka. Dia memakai seragam yang sama dengan You. Mungkin dia juga merupakan pelatih disini. 

"Hai semua. Gembira dapat berjumpa sekumpulan idola yang bersemangat seperti Aqours." Sapanya. Rupanya manusia itu adalah sepupu You,Watanabe Tsuki. Mereka saling berjabat tangan. 

"Tsuki-chan adalah pembantu saya. Awak juga boleh berurusan dengannya. Tapi kelebihannya tidak seperti saya. Dia tetap perlu jalani latihan seperti biasa." Semgih You. Tsuki juga turut tersengih.

*****

"Seronoknya dapat makan,zura!" Ujar Hanamaru sambil menyuap sebuku roti yang dipegangnya. Ahli lain sedang berbaring dan berehat dibilik yang dikhaskan untuk tetamu. Mujurlah You sudah kemaskannya agar mampu membuatkan mereka berlapan. 

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu membuatkan mereka memandang ke arah pintu. You tiba dengan sedulang besar makanan tengah hari untuk mereka. Dulang itu diletakkan dilantai dan You mula duduk.

"Jemput makan semua. Ini adalah hidang istimewa hari ini. Hanya seminggu sekali kami dapat makan hidangan seperti ini." Beritahu You. Mereka menghampiri You dan mula duduk. You mengagihkan hidangan itu kepada ahli Aqours. Mangkuk terakhir yang masih berbaki dicapai dan dia turut makan bersama.

Riko memerhati lama ke arah You. Tidak pernah dia lihat You makan begitu berselera seperti itu. Seleranya jauh lebih besar daripada Hanamaru yang sudah dikenali memang kuat makan. Namun,You dihadapan mereka ini jauh berbeza. Wajah You juga kelihatan sedikit cengkung. Seperti....

"Laju lagi,You-chan!' Teriak Chika memberi sokongan kepada You yang sedang berlatih dikolam renang. Ahli aqours hanya melihat ditempat penonton. You memang tekun dengan latihannya. Sepertinya memang You begitu ingin menjadi seorang pelaut. Tapi mengapa dia terlalu memaksa diri untuk turut menjadi idola bersama Aqours.

Riko memandang You yang sedang tekun berlatih. Dia memang cukup mengenali You. Mungkin dia tidak mengenali You sepertimana Chika mengenalinya. Tapi dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan seorang Watanabe you.


Bersambung...

Apa yang tak kena dengan You?

Tunggu episod seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)