SIMBF(5)
Angin malam menyapa rambut maroon panjang kepunyaan Riko. Berada dibumbung pusat latihan ini membuatkan Riko terkenangkan kenangannya bersama lapan ahli Aqours yang lain ketika sama sama memperthankan sekolah lama mereka yang kini sudah ditutup sepenuhnya, Sekolah Menengah Perempuan Urahonoshi.
"Disini rupanya awak,Riko-chan." Suara itu membuatkan Riko menoleh ke belakang. Rupanya suara itu adalah milik You. Dia sedang mencari Riko. Terus sahaja Riko tersenyum.
"Gomen ne kalau saya menganggu awak,You-chan." Ujar Riko. You pantas menggeleng kepalanya lalu berjalan menghampiri Riko dan berdiri disampingnya.
"Iie. Saya begitu senang awak semua disini. Sekurang kurangnya selama 10 hari ini,saya dapat pulihkan tenaga saya semula untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan." Kata You tanpa memandang ke arah Riko. Riko memandang You pelik. Dia tidak faham maksud ungkapan You tapi dia tahu maksud kata kata itu cukup mendalam.
"Apa maksud awak,You-chan?" Tanya Riko berani. You juga turut menoleh ke arah Riko. Senyuman manis diberikan kepada Riko.
"Boleh janji dengan saya satu perkara tak,Riko-chan?" Tanya You selamba. Riko semakin pelik dengan You tapi entah kenapa kepalanya mengangguk automatik. Seolah otaknya menerima permintaan You berbanding hatinya.
"Boleh awak sentiasa bersama Chika-chan dan menyokongnya? Walau dalam apa jua yang dia lakukan,awak akan menyokong dan bersamanya." Tanya You. Riko mengerutkan keningnya.
"Kenapa awak minta seperti itu,You-chan? Bukankah awak yang sentiasa bersama Chika-chan dan menyokongnya. Awak jauh lebih mengenali Chika-chan berbanding saya. Awak berdua sudah bersama lebih 10 tahun. Dan...Chika-chan tetap akan mencari awak untuk mendapatkan sokongan kerana awak tidak pernah membantah kata katanya." Ujar Riko.
Benar! Dia menyedari perkara itu. Biar pun You sudah menyertai kelab renang,tapi You juga tetap memilih untuk menjadi idola bersama Chika pada saat Chika menubuhkan Aqours. Sejak kecil lagi,You dan Chika sudah lakukan semua perkara bersama biar pun keduanya mempunyai impian yang berbeza.
"Saya tahu itu. Tapi untuk pastikan Chika-chan tidak mencari saya untuk mendapatkan sokongan adalah...awak perlu menyokongnya. Awak perlu percayakannya. Awak perlu yakinkan dan berinya semangat. Awak perlu lakukannya,Riko-chan." Sambung You tanpa menjawab soalan Riko.
"Tapi kenapa awak memilih saya?"
"Saya percaya awak boleh lakukannya,Riko-chan."
You tersenyum lagi. Tapi kali ini,senyumannya cukup berbeza di mata Riko. Senyuman itu seolah mengandungi banyak rahsia yang tersimpan. Bahunya ditepuk lembut oleh You.
"Oyasumi. Jangan tidur lewat sangat. Kesihatan itu penting untuk seorang idola." Ucap You lalu dia beredar pergi dari bumbung itu meninggalkan Riko sendirian. Riko memandang belakang You yang perlahan lahan menghilang dari pandangan mata. Dia menghela nafas. Apa yang sebenarnya dirahsiakan oleh You?
*****
You merebahkan tubuhnya dikatil. Dia memandang tingkap yang ada disisi. Matanya dipejam rapat cuba menahan sakit yang meresap keseluruh tubuh badannya kini. Kesakitan yang paling kuat terasa adalah dibahagian kepalanya.
"Awak sepatutnya berhenti lakukannya,You-chan. Saya risau dengan keadaan kesihatan awak. Keadaan awak jelas sangat membimbangkan." Tsuki yang juga masih belum tidur lagi mula bersuara.
"Beri saya sikit masa lagi,Tsuki-chan."
"Sebanyak mana lagi masa yang awak perlukan,You? Sudah tiga tahun awak katakannya. Awak perlu memilih. Menjadi pelaut atau menjadi idola? Keadaan awak seperti ini,awak tidak mampu lakukan keduanya sekali gus." Nasihat Tsuki.
"Aqours sangat penting bagi saya. Bersama dengan Aqours membuatkan saya hidup dan bersinar. Pelaut adalah impian saya sejak kecil. Chika juga turut menyokong saya."
"Hontou? Dia benar-benar menyokong impian awak? Saya rasa tidak! Sepertinya hanya awak saja yang terlalu menyokongnya. Awak menyeksa diri awak sendiri hanya kerana....,"
PANGGGG!!!
Tsuki terpana. Pipi kirinya terasa perit. Benarkah dia sudah ditampar oleh You. You sedang memandang Tsuki tajam. Tangan yang digunakan bagi menampar Tsuki tadi digenggam erat.
"Jangan bercakap seolah awak cukup mengenali Chika,Watanabe Tsuki! Awak hanya mengenalinya berdasarkan cerita yang saya kongsikan bersama awak. Awak tidak pernah berteman dengannya dan tidak pernah menempuh kehidupan bersamanya! Sebenarnya awak langsung tidak pernah mengenali siapa sebenarnya Takami Chika!" Marah You.
Tsuki terkejut! Inilah kali pertama dia dimarahi oleh You. Watanabe You yang dia kenali adalah seorang yang cukup baik dan ceria. Biar pun berperwatakan sedikit kasar,namun You tidak pernah meninggi suara kepada sesiapa pun. You menghela nafasnya lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan Tsuki sendiri. Dia mahukan ketenangan.
Tsuki yang masih terkejut itu hanya memandang You. Dia langsung tidak menyangka bahawa You akan bertindak seperti itu hanya kerana kata katanya terhadap Chika yang merupakan kawan baik You sejak kecil.
"You-chan...,"
******
You duduk dibangku kosong ditanam berhampiran kawasan lapor diri. Disana suasana cukup sunyi sehingga You mampu memulihkan kembali perasaannya yang bercelaru sebentar tadi. Kepalanya didongak memandang langit. Langit kelihatan kosong. Mungkin awan menutupi bintang dan juga bulan.
"Malangnya mungkin malam ini akan hujan. Saya baru nak lihat bintang yang cantik menghiasi langit." Suara itu membuatkan You mencari punca datangnya suara itu. Rupanya itu adalah suara milik Chika yang sedang berdiri di kaki lima pusat latihannya.
"Chika-chan!" Panggil You. Chika terus memandang ke arah You dan You melambai tangannya. Chika tersenyum lalu terus berlari mendapatkan You. Dia duduk disamping You.
"Saya agak kecewa malam ini." Beritahu Chika.
"Kerana awak tak dapat lihat bintang?" Duga You.
"Eh? Bagaimana awak tahu?" Tanya Chika kembali. You tertawa.
"Saya terdengar suara awak tadi. Apakah saya salah?" Balas You. Chika tertawa lalu pantas menggeleng.
"Iie. Awak benar sekali,You-chan." Ujar Chika. You juga turut tersenyum nipis. Suasana kembali sepi buat seketika.
"You-chan..,"
Suasana sepi itu diselangi dengan seruan Chika. You menoleh memandang Chika yang duduk di sisinya.
"Hmm."
"Arigatou." Ucap Chika. You berkerut keningnya pelik. Mengapa Chika tiba tiba sahaja mengucapkan terima kasih kepadanya. Chika memang selalu mengucapkan terima kasih,tapi kali ini atas sebab apa terima kasih itu?
"Doushite?" Tanya You.
"Awak selalu memahami saya. Awak sangat mengenali saya lebih daripada Mito-nee sendiri. Kadang kala saya terfikir,apa yang membuatkan awak sanggup lakukan apa saja demi saya? Adakah saya ni cukup istimewa bagi awak sehingga awak sanggup bahagikan masa awak antara cita-cita sebenar awak dan yang pasti...,"
You masih terus menanti apakah yang akan dikatakan oleh Chika seterusnya.
"Awak sentiasa ada bersama saya walaupun dimana awak berada dan apa keadaan awak ketika itu." Sambung Chika lagi. You memeluk leher Chika spontan. Chika terkejut dengan tindakan You itu.
"Yousoro,Chika-chan! Bukankah itu adalah seperti apa yang pernah kita janjikan dulu? Kita pernah janji bahawa tidak akan pernah tinggalkan satu sama lain. Lebih kurang 10 tahun lalu janji itu." Kata You. Chika kembali terkejut. Dia tidak sangka bahawa You masih mengingati janji persahabatan mereka berdua. Dia sangka bahawa You sudah melupai janji itu.
"You-chan...saya sangka awak sudah lupa."
"Tak mungkin saya lupa,Chika-chan. Itu adalah janji persahabatan. Tak mungkin saya akan lupa mengenainya." Sela You. Chika menahan air matanya yang hampir mengalir. Dia terharu. Sungguh terharu! Terus sahaja dia memeluk You dan air matanya tumpah jua.
You tersenyum kecil. Dia membalas pelukan Chika dan cuba menenangkannya. Biarpun begitu,dia masih risaukan sesuatu. Sampai bilakah dia mampu bertahan seperti ini demi memenuhi janjinya kepada Chika?
Gomen ne,Chika-chan. Satu hari nanti saya mungkin akan serahkan awak kepada orang lain untuk dijaga. Dan ketika itu mungkin saya akan mungkiri janji saya untuk sentiasa disisi dan menyokong awak.
Bersambung....
Kenapa dengan You?
Tunggu episod seterusnya...
Ulasan
Catat Ulasan