SIMBF(3)


"You-chan!!" Teriak Watanabe Tsuki yang turut bersama You menjalani latihan menjadi pelaut melambai tangan ketika melihat You sudah tiba di stesen kereta api Hokaido. You hanya tersenyum dan terus menghampiri Tsuki lalu mereka bertepuk tangan bersama.

"Bagaimana dengan cuti awak di Uchiura? Seronok?" Duga Tsuki. You hanya tertawa kecil sambil mengemaskan beg sandangnya.

"Sejujurnya ianya hebat walaupun saya masih tidak mendapat rehat yang mencukupi sepanjang seminggu disana." Jawab You. Tsuki turut tertawa dengan jawapan You itu. Dia tahu disebalik kata kata itu sebenarnya You sangat menikmati cutinya bersama lapan ahli Aqours terutama sekali Chika.

"Baguslah kalau begitu. Saya harap tubuh awak sudah bersedia untuk latihan panjang dalam air esok." Ujar Tsuki sambil membantu You membawa begnya kembali ke pusat latihan mereka.

*****

Debaran semakin terasa bagi lapan manusia ini. Hari ini merupakan hari keluarnya keputusan Love Live yang mereja sertai. Semua berdebar debar menanti keputusannya terutama sekali Chika.

"Keputusannya sudah keluar,zura!" Jerit Hanamaru saat mereka telah menerima e-mel dari pihak Love Live. Semua menghampiri Hanamaru yang duduk dihadapan komputer riba.

 Aqours: Pass!!

Semua mata terbuntang setelah membaca keputusan itu. Mereka layak untuk ke pusingan seterusnya. Semua bersorak gembira. Mungkin kali ini mereka juga mampu menjuarai Love Live sama seperti kumpulan idola mereka u's.

"Kita berjaya,zura!" Sorak Hanamaru.

"Ruby sangat gembira." Sambut Ruby sambil memeluk Hanamaru. Yoshiko juga turut meraikan dengan caranya.

"Ini adalah hasil kerja keras semua iblis kecil dan nasib baik malaikat jatuh Yohane! Mari raikannya!" Katanya.

"Saya setuju dengan cadangan Yoshiko. Ayuh raikannya." Ujar Dia setuju.

"Yohane!"

"Kita boleh adakan BBQ berhampiran pantai. Lagi pun sekarang ni memang sangat seronok untuk berkhemah di tepi pantai." Saran Kanan.

"Good idea! BBQ adalah cara terbaik untuk meraikan kejayaan. Saya sediakan semua bahannya." Sokong Mari.

Ketika mereka semua sedang sibuk berbincang tentang acara meraikan kejayaan mereka,Riko memandang ke arah Chika yang hanya berdiam diri sejak mereka memulakan perbincangan itu. Chika hanya merenung syiling bilik kelab mereka itu.

"Chika-chan? Daijoubu desu ka?" Tanya Riko prihatin. Bukan kerana You memberinya kepercayaan untuk menjaga Chika sepanjang dia tiada,tapi menang seorang Sakurauchi Riko adalah sangat prihatin terhadap kawan kawannya.

"Saya rasa tak adil kalau kita meraikannya tanpa You-chan kerana dia juga sudah bekerja keras untuk melengkapkan formati yang Kanan-chan cipta dan sanggup memohon cuti dalam latihannya." Beritahu Chika. Mereka semua berdiam diri setelah mendengar penjelasan Chika itu.

"Lebih kejam jika kita memanggil You pulang kesini semata mata meraikan kejayaan kita." Beritahu Kanan terus terang. Dia turut memeluk tubuhnya memikirkan sesuatu. Kemudian...

"Saya setuju dengan Kanan. Lagi pun pasti kita akan menganggu latihannya dan menyebabkan tempoh latihannya lebih panjang. Jangan hanya kerana kepentingan diri sendiri,kita menjadi terlalu kejam terhadap You. Kita perlu hormati impiannya untuk menjadi pelaut." Sokong Dia rasional. Dia berfikir dari sudut pandangan You.

Mereka yang mendengar penjelasan Dia tadi hanya berdiam diri kecuali Kanan dan Mari. Mereka bertiga menang sependapat cuma adik adik Aqours mereka ini saja yang adakalanya agak keras kepala terutama sekali Chika.

"Kalau macam tu,apa kata kalau kita saja yang pergi ke sana! Kita boleh melihat You-chan menjalani latihannya." Cadang Chika lagi.

"Maru suka cadangan tu,zura!" Sokong Hanamaru.

"Ruby juga aetuju kalau Hanamaru-chan setuju." Sokong Ruby.


"Masa untuk malaikat jatuh terbang ke Hokaido. Di sana pasti Yohane akan mendapatkan lebih banyak iblis kecil." Ujar Yoshiko.

Riko memandang Chika lama. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja dikatakan oleh Chika tadi. Matanya mengerling ke arah Kanan,Mari dan Dia. Dia berharap agar tiga manusia rasakan apa yang dia rasa. 

"Tak boleh!"

Suara itu membuatkan mereka memandang ke arah punca suara. Rupanya ianya adalah Kanan. Chika terkejut dengan keputusan itu.

"Tapi kenapa? Kita tak minta You pulang ke sini. Sebaliknya kita akan ke sana. Bukankah itu dikira adil bagi kedua belah pihak?" Jelas Chika berkeras.

"Kalau kita ke sana dan melihat You. Itu juga pasti akan menyebabkan latihan You terganggu. Pusat latihan You itu ada peraturannya sendiri. Kitantidak bolsh suka suka hati untuk datang melawat." Jelas Mari.

Sekali lagi Chika menghela nafas kesal. Hatinya memberontak! Mengapa dia tidak dibenarkan melawat sahabatnya sendiri? Ini sungguh tidak adil.

Telefon Chika tiba sahaja berdering. Segera dia mencapainya dan melihat siapa pemanggil. Semyuman lebar menghiasi bibirnya. Melihat perubahan drastik yang berlaku pada Chika,Riko dapat menganggak siapa gerangan pemanggil dihujung talian.

"Helo? You-chan! Saya gembira awak telefon." Seru Chika. Benar sekali sangkaan Riko. Riko memberi isyarat kepada Chika agar memasang pembesar suara agar yang lain juga dapat mendengar suara You.

"You-chan!" Sapa yang lain setelah Chika menghidupkan pembesar suara. You yang sedikit terkejut dihujung talian itu tertawa kecil.

"Kalian semua ada rupanya. Bagaimana dengan keadaan disana?" Tanya You.

"Semuanya baik saja. Awak tu bagaiman? Kenapa lewat sangat hubungi kami disini?" Selamba Riko menjawab. You dihujung talian tertawa.

"Gomen ne. Sebaik saja saya sampai ke pusat latihan,saya terus dipanggil untuk latihan. Jadi tak sempat hendak beritahu awak semua bahawa saya dah sampai. Sekarang barulah saya sedikit terluang." Beritahu You. 

"Bagaimana latihan awak,You-chan? Maru tertanya tanya?" Kata Hanamaru.

"Oh! Itu...sepanjang hari kami akan berada di dalam kolam renang dan mempelajari pelbagai jenis skil renang dan juga kami akan dilatih untuk menyelam. Ada juga kami akan diajar tentang struktur kapal dan juga jenis jenisnya. Setelah itu,latihan praktikal dan simulasi untuk mengemudi setiap jenis kapal juga akan diajar dan diuji." Jelas You.

Mendengar saja penjelasan You,mereka merasakan bahawa latihan You adalah sangat berat. Pasti keadaannya cukup tertekan dengan semua latihan yang perlu dia jalani itu.

"Awak tahu tak,You-chan? Aqours layak kepusingan seterusnya acara Love Live yang akan diadakan lagi dua bulan." Beritahu Chika. Mereka di dalam bilik itu terkejut. Mengapa Chika memberitahu You tentang kejayaan mereka itu?

"Hontou? Saya gembira mendengarnya. Tak sabar nak nantikan persembahan Aqours di pusingan seterusnya dan menjadi juara lagi." Balas You bersama senda tawa. Namun dari tawanya itu terasa sedikit berbeza.

"Awak jangan risau,You-chan. Awak akan lakukannya bersama kami." Ujar Chika selamba. You diam seketika. Namun mereka seolah mendengar satu suara asing dihujung talian sedang berbicara dengan You. Namun mereka kurang faham apa yang mereka bualkan.

"Kalian semua,gomen ne. Saya menang mahu berbual lebih lama dengan awak ssmua. Tapi saya perlu pergi. Ada satu mesyuarat penting para pelatih dengan kakitangan pusat latihan. Saya perlu minta diri. Lain kali,kita berbual lagi." Beritahu You.

Chika sedikit kesal. You kedengaran begitu sibuk. Dia ingin membalas namun pantas dipotong oleh Riko.

"Tak mengapa,You-chan. Lain kali kita berbual lagi. Jaga diri." Setelah itu dia menamatkan perbualan membuatkan Chika terpana.

"Kenapa awak tamatkan talian? Bukankah saya sedang bercakap dengan You-chan?" Duga Chika.

"Jika You ada masa,pasti dia akan hubungi kita lagi. Tapi awak sendiri dengar tadi,dia ada mesyuarat disana. Bukankah itu lebih penting untuk masa depan You?" Kata Riko membalas.

Chika mengembongkan kedua pipinya. Tidak puas hati dengan kata kata Riko tadi. Setelah melihat keadaan dalam bilik itu agak tegang,Dia terus mengarahkan untuk mereka bersurai.


*****

Chika tetap menanti. Masuk kali ini,sudah tiga kali panggilannya ditolak oleh You. Dia menghela nafas dan mencuba sekali lagi. Namun tiada tanda tanda bahawa You akan menjawab panggilannya.

Ting!

Mesej masuk dari You. Terus sahaja Chika membacanya.

'Ohayousoro,Chika-chan! Gomen ne tak dapat balas panggilan awak. Saya sedang latihan ini. Ada apa?'

Chika menaip mesej balasan untuk You. Walaupun dia tidak dapat mendengar suara You,cukup sekadar berbalas mesej dengannya.

Saya cuma mahu curi sedikit masa latihan awak,You-chan. Saya rindukan awak. Kita akan berjumpa dua bulan nantikan?awak akan pulang untuk Love Live?

'Jangan risau,Chika-chan. Pasti kita akan bertemu dan saya akan terus menyokong awak.'

Oh,saya hampir lupa! Sebenarnya awak tak kisahkan kalau Aqours ingin ke Hokaido melawat awak?

'Awak semua ingin ke sini? Saya sangat mengalukannya. Cuma...sebelum awak ke sini,pastikan awak beritahu saya awal awal. Mudahlah saya sediakan kelengkapan nanti.'

Dua minggu lagi kami akan ke sana. Kita akan adakan BBQ meraikan kejayaan Aqours. Mungkin disana,saya akan berjumpa dengan sepupu awak,Watanabe Tsuki.

'Baiklah. Saya akan sediakan semuanya. Jangan risau,Chika-chan.'





Bersambung....

Aqours akan ke Hokaido melawat You-chan?!

Nantikan seterusnya...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)