SIMBF(9)
You menutup matanya ketika mesin kemoterapi mula bergerak. Dia cuba bertenang. Bukankah sakit berada di dalam mesin itu cuma dia agak lemas berada di dalamnya setelah melakukan X-Ray sebentar tadi. Setelah beberapa minit,You keluar dari mesin itu dan duduk ditempat yang disediakan. Seorang doktor lelaki yang merawatnya duduk dihadapannya sambil memaparkan hasil keputusan ujian.
"Jika diikutkan pada gambar X-Ray ini dan ujian sebentar tadi,hanya pembedahan adalah jalan terakhir yang awak ada untuk sembuh. Dan ianya perlu dilakukan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih buruk." Kata doktor itu.
You merenung doktor dihadapannya lama berfikir. Apakah sewajarnya untuk dia menjalani rawatan itu secepat mungkin. Dia sudah berjanji dengan Chika bahawa dia akan pulang bagi menyempurnakan acara Love Live mereka nanti.
"Adakah kemungkinan saya akan selamat itu tinggi jika saya lakukannya dalam kadar segera?" Tanya You ingin tahu. Dotor itu diam memikir. Dia kembali merenung gambaran X-Ray kepala You dan kertas keputusan ujian You.
"Keadaan ketumbuhan awak ini sudah semakin besar. Peratusan untuk awak selamat menang masih ada. Tapi tidaklah tinggi. Jika pembedahan itu berjalan lancar awak mungkin akan mengalami 'tidur' yang panjang. Jangka hayat awak akan semakin panjang nanti jika awak melakukannya dengan segera." Jelas doktor itu.
You menghela nafas. Dia faham apa yang doktor itu maksudkan. Jika dia mengalami tidur yang panjang,dia tidak akan mampu beraksi bersama Chika dan yang lain dalam acara Love Live akhir.
"Saya akan putuskannya nanti. Saya akan beritahu awak nanti." Kata You lalu dia berjalan keluar dari bilik rawatan itu. Dia berjalan sambil menundukkan wajahnya memandang lantai. Tapi mujurlah You seorang yang peka kerana dia tidak sehingga melanggar orang.
Langkahnya berhenti dihadapan pintu hospital. Dia memandang langit dan menghirup udara segar. Dirinya terasa bagaikan terbang di udara. Suasana yang sangat menenangkan ketika ini. Bunyi deringan telefon membuatkan You terpana. Dia mencapai telefon dari dalam beg sandang kecilnya. Nama Riko terpampang jelas di skrin lalu dia terus menjawabnya.
"Mochi-mochi?" Sapa You.
"Awak dimana You-chan?" Suara Riko kedengaran cemas dihujung talian. You juga turut berasa gementar.
"Daijoubu desuka Riko-chan? Apakah semuanya baik baik di sana? Ada masalah ke? Mahu saya pulang?" Tanya You bertalu-talu tanpa sempat Riko menjawab dihujung sana. Riko tersenyum mendengar soalan You tadi.
"Bawa bertenang,You-chan. Semuanya baik baik saja di Uchiura. Semuanya baik baik saja untuk awak? Apakah awak jalani rawatan?" Kini Riko pula bertanya setelah dia menjawab soalan You tadi.
You menghela nafas lega. Mendengar soalan Riko tadi membuatkan semyumannya mati. Entah apa yang harus dia jawab pada Riko. Dia berjalan meninggalkan kawasan hospital.
"Hai! Rawatan saya berjalan lancar dan semuanya baik-baik. Jangan risaukan saya,okey." Balas You.
"Baguslah begitu. Lega saya mendengarnya akhirnya awak setuju untuk jalani rawatan itu." Ujar Riko pula. You tertawa kecil dengan ucapan Riko tadi. Tiba-tiba,dia teringat pada sesuatu.
"Bagaimana dengan Chika-chan? Apakah dia baik baik saja?"
"Chika-chan baik baik saja. Ahli Aqours yang lain juga baik baik." Jawab Riko. You menghela nafas lega. Mujurlah teman kesayangannya yang satu itu tidak apa-apa. Dia masih asyik berbicara bersama Riko dihujung talian itu.
"Saya harapkan awak,Riko-chan." Beritahu You sebelum talian mereka ditamatkan. Riko hanya mengangguk sebagai tanda bersetuju dengan cadangan You sebentar tadi. Panggilan mereka tamat dan You berjalan pulang ke pusat latihan semula.
******
Hari yang agak panas namun lapan orang gadis masih bersungguh menari dibawah terik mentari. Bagi mereka,panas terik mentari itu tidak pernah menjadi penghalang semangat mereka daripada terus memperbaiki rentak tarian mereka agar keluhatan lebih baik.
"Baiklah! Rehat beberapa minit."
Lima orang gadis terbaring lesu dilantai menghilangkan lelah mereka. Terasa latihan hari itu sungguh berat memandangkan cuaca yang memang terasa sangat menguji.
"Hari yang panas ni buatkan Maru mengantuk,zura." Hanamaru yang terbaring dilantai itu bersuara lesu. Ruby yang juga turut berbaring itu bangun lalu terus mencucuk pipi Hanamaru lembut.
"Awak tak boleh tidur di sini,Maru-chan." Katanya.
Chika sedang leka meneguk minuman. Badannya lihat dibasahi peluh keringat. Saki baki minuman dalam botolnya dicurahkan ke atas kepalanya. Terasa memang sangat menyegarkan ketika itu.
"Saya rasa keadaan cuaca menang tidak mengizinkan kita untuk terus berlatih." Kata Kanan.
"Eh?!" Terkejut ahli yang lain mendengar kata kata Kanan tadi.
"Tapi kenapa? Kita baru saja selesaikan rutin pertama. Kita masih ada dua rutin lagi yang perlu diperbaiki." Chika yang agak tidak puas hati bersuara.
"Memang begitu. Tapi awak kena lihat sendiri keadaan ahli ahli yang lain. Keadaan mereka semua memang tidak mengizinkan kita untuk teruskan latihan." Terang Kanan. Chika memandang ke arah tiga adik kelas mereka. Hanamaru yang masih terbaring lesu. Ruby yang duduk disisinya kelihatan sangat keletihan. Yoshiko juga tidak kurang tenaganya.
"Mungkin Kanan-chan betul." Kata Chika akhirnya bersetuju.
"Kalau macam tu apa kata kalau kita keluarkan 10 yen seorang." Kata Kanan lagi. Sekali lagi semua ahli terkejut dengan gadis ini.
"Kenapa pula? Bukankah kita boleh gunakan duit kelab untuk tampung segala keperluan aktiviti kita." Riko sedikit janggal bersuara.
"Bukankah sekarang ni dah masuk pertengahan musim panas. Jadi peluh akan semakin banyak keluar,jadi sebagai seorang idol yang bertanggungjawab,kita semua perlu kekal terhidrasi kalau tak nanti kita akan terkena strok haba." Jawab Dia.
"Kami bercadang kalau kita berehat di dalam sambil menikmati ice cream." Kata Mari pula. Yoshiko pantas bangun.
"Khu..khu...khu...,kuasa kegelapan Yohane! Sesiapa yang gagal ujian kesetiaan haris membayar seluruh harga ice cream." Katanya.
"Biasanya Yoshiko-chan yang akan membayarnya,zura." Bisik Hanamaru.
"Yohane! Kali ini,tuah kegelapan meresap dalam diri malaikat jatuh. Jadi Yohane tak mungkin akan kalah." Ujarnya lagi.
"Nani?" Hanamaru dan Ruby ingin tahu. Yoshiko terus sahaja menarik tangan Riko dan mengangkatnya keudara.
"Kerana iblis kecil nombor satu Yohane,Lili akan membayarnya." Jelas Yoshiko. Mendengar sahaja kata-kata Yoshiko itu,Riko terkejut lalu terus menarik kembali tangannya dari pegangan Yoshiko.
"Hey! Siapa kata saya akan membayar untuk semuanya! Awak jangan macam macam!" Marah Riko. Yoshiko hanya tertawa bersahaja. Dia memang sudah lama mahu membuat Riko,iblis kecil kesayangannya ini marah. Selama ini dia hanya melihat Chika membuatnya marah sahaja.
"Seperti dalam perjanjian,seorang Lili perlu mematuhi arahan Yohane yang menjadi tuannya." Kata Yoshiko.
"Saya tak ingat pula saya ada buat perjanjian mahu menjadi iblis kecil awak." Kata Riko sambil memeluk tubuhnya. Yoshiko berjalan menghampiri Riko lalu dia memeluk bahu gadis berambut maroon ini.
"Sama ada pernah berlaku perjanjian atau tidak Lili tetap menjadi iblis kesayangan dan iblis kegemaran Yohane." Kata Yoshiko lagi. Riko memutar bola matanya malas. Mahu tidak mahu,terpaksalah dia melayan perangai shinobyou Yoshiko ini. Tapi mujurlah sikapnya yang satu itu sudah dapat dikawal berbanding dahulu.
"Jadi,bermakna...Riko-chan....," kata-kata Chika dipotong oleh Riko.
"Saya terpaksa patuh arahan tuan saya,Yohane." Katanya terpaksa sambil memeluk tubuhnya. Hanamaru memandang mereka berdua dengan rasa terjengkel.
"Tak percaya yang dia akan terpengaruh dengan Yoshiko-chan,zura." Bisiknya perlahan namun masih mampu didengari oleh Ruby. Ruby hanya tersenyum sahaja.
*******
Chika merenung gambar album lama saat dia masih kanak-kanak. Terasa lucu pada gambar-gambar lama itu. Ada kalanya dia akan tertawa sendiri dan adakalanya dia akan memerah mukanya kerana malu melihat dirinya saat kecil.
"Saya tak percaya ini kelihatan begitu memalukan."
Dia masih terus memerhati album lama itu. Setelah selesai,dia akan tukar yang lain. Sehinggalah pada satu album yang cukup menarik minatnya. Satu album yang dipenuhi dengan gambarnya bersama You ketika mereka masih kecil membuatkan Chika tersenyum sendiri.
"Saya tak sangka saya terlalu banyak kenangan bersama dengan You-chan." Ujarnya perlahan. Matanya masih peka memerhati gambar-gambar dalam album itu. Dia tersenyum sendiri.
Terlalu banyak kenangannya bersama You ketika mereka masih kecil. Pada saat perkenalan mereka ketika di tadika, You begitu terkenal kerana dia seorang yang sangat ceria dan berkeyakinan. Dia begitu terkenal saat tadika kerana sikapnya itu.
Chika pula adalah seorang yang biasa sahaja. Dia tidak memiliki banyak teman seperti You tapi dia masih semang ketika berbual bersama dengannya.tapi kerana satu peristiwa membuatkan hubungan mereka yang tidak saling mengenali itu menjadi begitu akrab sehingga hari ini. Ramai penduduk Uchiura dan numazu yang melihat mereka sering mengatakan bahawa mereka sungguh serasi.
Seperti itu jugalah yang Chika rasakan dalam hubungannya dengan You. Biar pun pada ketika ini,dia jarang dapat masa bersama You namun setiap kali You pulang bercuti ke Numazu,peluang itu tidak pernah dilepaskan mereka berdua untuk menghabiskan masa bersama.
"You-chan? Kenapa kamu nak balik tak beritahu ibu?" Puan Watanabe sedikit terkejut melihat kelibat anak tunggalnya dihadapan pintu membuka kasut. You memandang ibu kesayangannya ini dengan senyuman lalu terus sahaja memeluk wanita itu.
"Doushite? Kamu di gantung latihan ke sampai kamu boleh balik mengejut ni?" Duga Puan Watanabe. You terus sahaja melepaskan pelukan ibunya lalu memandang wanita itu tajam.
"Apalah ibu ni. Tak mungkinlah saya digantung latihan. Saya Watanabe You,anak ibu ni adalah seorang yang paling berdisplin dan sangat menepati waktu,tak mungkinlah saya boleh digantung." Jawab You sedikit tidak puas hati. Puan Watanabe tersemyum dengan jawapan anaknya itu. Dia kembali memeluk You.
"Saya cuma rasa rindu pada ibu saja. Sebab itulah saya ambil keputusan untuk pulang mengejut. Saya mahu beri kejutan pada ibu." Kata You sambil mengeratkan lagi pelukan terhadap ibunya. Tiba tiba sakit menyerang kepalanya. Puan Watanabe seolah dapat merasakan kesakitan anak kesayangannya itu terus mengusap kepala You.
"Sakit kamu menyerang lagi,sayang? Lakukan pembedahan itu dan jangan berlengah lagi. Ibu akan tetap menjaga kamu walaupun apa juga keadaan kamu." Ujarnya.
"Saya percaya ibu akan kata begitu. Tapi ada sesuatu yang membuatkan saya masih berfikir untuk setuju dengan pembedahan itu...,"
"Adakah kerana seorang teman yang tekah kamu anggap sahabat?" Duga Puan Watanabe. Anggukan kecil dari You membuatkan Puan Watanabe tersenyum lembut. Usapan dikepala You dieratkan lagi.
"Jangan risau,sayang. Ramai yang menjaganya untuk kamu. Adakah kamu sudah memberitahunya tentang penyakit kamu ini?" You menggeleng lemah.
"Kenapa tidak beritahunya?"
"Saya tak mahu lihat dia bersedih kerana saya. Saya mahu terus bersamanya dan lakukan semuanya bersama. Saya mahu terus jadi kekuatan untuknya."
"Jadi...kenapa kamu tak mahu dia menjadi kekuatan untuk kamu berjuang untuk sihat?"
"Kerana...," pelukan mereka dileraikan. Puan Watanabe mengusap pipi You.
"Ibu tak mahu kamu berikan jawapan itu pada ibu. Tapi simpan jawapan itu hanya untuknya dan diri kamu sendiri. Kamu lebih mengenalinya berbanding yang lain." Katanya. You tersenyum dengan jawapan ibunya itu. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya.
Bersambung......
Kerana apa? 😨
Korang tertanya-tanya juga kan?
Sebab author sendiri pun tertanya-tanya juga walaupun author dah tahu jalan ceritanya.
Okay,teruskan membaca,ya.
Selamat berhibur dengan cerita yang tak seberapa ini.
Bye~bye~
✌
Ulasan
Catat Ulasan