SIMBF(8)
Chika membuka tingkap biliknya. Terlihat di jendela sebelah Riko sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala. Terus sahaja mulutnya ringan menyapa.
"Ohayou,Riko-chan!" Teriak Chika riang seperti biasa. Riko yang tidak menyedari bahawa Chika sedang memerhatinya terus sahaja tersenyum.
"Ohayou,Chika-chan. Hari yang cerah,bukan?" Balas Riko.
"Awak baru selesai cuci rambut?" Tanya Chika spontan. Riko hanya mengangguk mengiyakan. Tiba tiba telefon Riko berdering. Nama Kanan terterap diskrin. Terus sahaja Riko mengangkat lalu membuka pembesar suara. Mungkin Kanan ingin membri tahu mereka beberapa info baru.
"Mochi-mochi? Kanan-chan?" Sapa Riko.
"Riko-chan? Saya yakin awak sedang bersama Chika-chan. Jadi saya tak perlu menelefonnya lagi." Suara Kanan kedengaran jelas dihujung talian. Chika yang juga turut mendengar mengembungkan pipinya.
"Eh? Kanan-chan! Ada saja idea awak untuk mengusik saya!" Marah Chika. Kanan hanya tertawa.
"Begini,untuk dua hari kebelakangan akan ada satu event bunga api dipusat bandar Numazu. Penganjur event itu menjemput Aqours untuk melakukan persembahan semasa bunga api dilancarkan diudara." Beritahu Kanan.
"Pesta bunga api! Bunyinya kedengaran menarik." Chika tidak sabar dan mulai teruja.
"Nampaknya kita tidak perlu susah payah untuk pujuk leader kita kerana dia sudah terlebih dahulu teruja." Suara Kanan lagi.
"Tapi mungkin Aqours akan beraksi hanya lapan orang saja." Riko mula bersuara.
"Eh? Kenapa pula? Bukankah Aqours itu sembilan orang?" Duga Chika sedikit ragu.
"Awak sudah lupa,Chika-chan? You-chan masih di Hokaido dan kita baru saja seminggu selepas berjumpa dengannya disana. Jadi..perlukah kita beraksi dengan hanya lapan ahli?" Tanya Riko lagi.
Chika berdiam diri seketika. Mungkin sedang berfikir. Dalam diam,Riko mengharapkan bahawa Chika tidak terfikir untuk memanggil You pulang hanya kerana pesta bunga api itu. Kanan juga begitu. Bagi mereka berdua,You perlukan masa agar dia dapat jalani rawatannya dengan aman.
"Saya lupa. You-chan tidak bersama kita. Baiklah! Kita akan beraksi dengan hanya lapan orang saja." Ujar Chika pantas. Riko memandang Chika terkejut. Kanan yang dihujung talian juga turut terkejut. Tidak pernah pula,Chika bertindak seperti itu.
"Pesta bunga api itu akan diadakan hujung minggu ni. Jadi...saya rasa tidak menjadi masalah jika You-chan tidak bersama kita. Cuma...saya akan hubungi You-chan untuk melengkapkan kiraan kita saja nanti." Jelas Chika. Riko tersenyum. Itu saja sudah cukup baginya. Sekurang kurangnya,Chika sedikit memahami You.
Seminggu kemudian...
"Ramainya orang!!" Ujar Ruby dibelakang pentas. Mereka sudah bersedia lengkap dengan kostum yang dibuat oleh Ruby dan Dia. Mereka mengenakan Yukata model kerana menggabungkan unsur kontemperari yang bersesuaian dengan rentak tarian yang dicipta oleh Kanan.
Lirik yang asalnya hasil dari You dan dinaik taraf oleh Riko dan Hanamaru membuatkan ianya kelihatan sempurna. Mereka masih menunggu detik sehingga penganjur memberi isyarat untuk mereka boleh memulakan persembahan.
"Ianya luar biasa,zura. Maru sukakannya.,zura." Hanamaru sudah semakin tidak sabar umtuk memulakan persembahan. Yoshiko juga turut mengintai dibalik tirai. Perlahan lahan dia menelan liurnya tapi berusaha untuk kekal tenang.
"Ini tidak seramai penonton di Love Live! Iblis kecil disana jauh lebih ramai berbanding ini." Ujar Yoshiko cuba menenangkan dua iblis kecilnya ini. Hanamaru dan Ruby saling berpandangan lalu mereka tersenyum. Mula muncul idea untuk mengusik shinobyo Aqours yang satu ini.
"Yoshiko-chan kata begitu kerana dia juga sedang gugup,zura." Ujar Hanamaru. Ruby mengangguk mengiyakan kata kata Hanamaru.
"Ruby juga setuju. Yoshiko-chan juga pasti sangat gugup sepeti kita." Sambung Ruby. Yoshiko menahan geramnya dengan dua iblis kecilnya ini.
"Jangan cuba menjatuhkan maruah,Yohane!" Dia memberi amaran. Namun Hanamaru dan Ruby semakin asyik mengusik. Mereka suka mengusik Yoshiko yang bagi mereka sungguh lucu.
"Jangan bimbang,zura. Kita semua pasti tidak akan apa apa."
"Hm..hm..ganbaruby!" Sorak Ruby. Yoshiko mengetap giginya. Lalu dia mula menangkap Ruby dan Hanamaru. Seperti yang sudah mereka jangkakan. Jika Yoshiko sudah diusik,pasti mereka tidak akan lepas daripada 'hukuman'nya.
"Onee-chan,tolong!!" Teriak Ruby.
"Sakit,zura!"
"Yohane! Jangan pernah main-main dengan Yohane!" Yoshiko juganturut menjerit. Ahli ahki yang lain hanya tersenyum melihat gelagat tiga adik kelas mereka ini. Tidak sangka mereka bertiga sudah jauh berkembang tidak seperti kali pertama mereka mula sertai Chika dan You dalam Aqours.
Deringan bunyi dari telefon Chika membuatkan mereka terkedu. Siapalah yang menghubungi Chika pada saat merek sedang menenangkan diri ini. Chika terus mencapai telefon itu lalu diangkat. Panggilan itu merupakan satu panggilan video.
"Yousoro,minna! Apakah kamu semua sudah bersedia untuk persembahan pesta bunga api?" Suara yang cukup mereka kenali dihujung talian membuatkan Chika tersenyum lebar.
"You-chan?" Mereka terkejut. Bagaimana You boleh mengetahui bahawa malam ini mereka akan mengadakan persembahan sempena pesta bunga di bandar Numazu? Semua mata memandang Chika. Chika juga memansang wajah terkejut seolah dia tidak pernah memberitahu You tentang itu.
"Bagaimana awak tahu,You? Apakah Chika atau Riko yang memberitahu awak?" Duga Dia. You dihujung sana tertawa sehingga menampakkan giginya yang putih bersih.
"Iie. Tiada sesiapa yang memberirahu saya. Bukankah itu adalah tradisi Numazu? Setiap tahu pasti akan ada pesta bunga api sebagai tanda kesyukuran? Saya cukup mengetahuinya sebagai salah satu anak kelahiran Numazu." Jelas You.
"Jadi awak juga sudah tahu yang Aqours akan melakukan persembahan?" Sekali lagi Mari menyoal. You hanya mengangguk.
"Setiap tahun pasti Aqours akan melakukannya. Sejak Aqours ditubuhkan,pesta bujga api merupakan aktiviti tahunan Aqours. Kali pertama kita melakukannya adalah pada saat kali pertama Kanan-chan,Mari-chan dan Dia-chan bergabung dengan Aqours." Cerita You lagi. Masing-masing mereka tersenyum. Memang benar itulah kali pertama mereka melakukan pertunjukkan yang menjadi aktiviti tahunan mereka.
"Gomen ne kerana tidak dapat pulang dan sertai kalian. Nampaknya bahagian solo saya itu saya perlu serahkannya pada kalian semua." Ujar You lagi.
"Tak mengapa. Kami mengerti awak,zura."
"Apakah kalian gugup?" Duga You pula. Sunyi. Sekali lagi You tertawa.
"Daijoubu. Aqours pernah lakukan persembahan dengan hanya lapan ahli. Ingat pada saat Riko-chan bertanding piano di Tokyo? Persembahan Aqours tetap nampak hidup biar pun dengan hanya lapan ahli." You bersuara lagi. Kata kata itu cukup mendalam bagi Kanan,Mari,Dia dan Riko. Mereka tahu itu pasti sangat bermakna bagi You juga.
"Kalian hanya perlu lakukan yang terbaik. Zenshoku zenshi,Yousoro!!" You memberi tabik dan diikuti oleh ahli yang lain. Semuanya tertawa senang. Begitulah cara you menenangkan seluruh ahli Aqours dari mengalami gementar sebelum persembahan. Tidak pernah lagi gagal.
"Sekaranglah masanya,chika-chan." Arah You. Chika mengangguk mengerti. Ahli yang lain juga memahami makna You. Mereka menyatukan tangan mereka dengan bentuk 'L' seperti biasa menjadi bulatan.
"Ichi!" Chika memulakan angka kiraan mereka seperti biasa.
"Ni!" You yang ada dalam talian menyambung. Riko tersenyum. Sudah tiba gilirannya.
"San!"
"Yon!" Hanamaru menyambung teruja.
"Go!" Balas Ruby sedikit gugup.
"Roku!" Yoshiko tidak sabar. Terus sahaja Dia pantas menyambut.
"Nana!"
"Hachi!" Kanan bersorak riang.
"Kyu!" Mari menyambung setelah itu. Chika menarik nafas panjang.
"AQOURS...," Ujar Chika semangat. Ahli yang lain bersedia untuk bersorak bersama.
"SUNSHINE!!!" Balas mereka yang lain. You tersenyum bahagia. Sudah tiba masanya dia menamatkan talian.
"Ganbatte ne,minna." Kata You lagi sebelum panggilan video ditamatkan. Mereka tersenyum sesama sendiri. Masa untuk beraksi. Mereka harus lakukan yang terbaik.
You menghela nafas lega setelah menamatkan panggilan video bersama ahli Aqours. Dia berharap agar Chika mampu lakukan biar pun dia tidak bersama menjayakan event bunga api itu.
"Nampaknya ada yang akan tidur lena malam ini." Seloroh Tsuki ketika melihat You yang asyik tersenyum sejak panggilan video bersama Aqours tadi. You memandang Tsuki lalu dia tertawa kecil.
"Saya bahagia,Tsuki-chan. Melihat senyuman mereka terutama sekali senyuman Chika-chan,membuatkan saya juga turut bahagia." Tsuki juga turut tertawa kecil mendengar kata kata You tadi.
"Sayang sungguh awak padanya,You." Ujar Tsuki. You memandang langit malam yang suram itu. Sama seperti suramnya hatinya dan perasaannya ketika ini. Sejujurnya,dia merindui Chika-chan.
"Boleh awak tolong saya,Tsuki-chan?" Tanya You. Tauki mengangkat sebelah keningnya dan mengangguk perlahan. You segera menyeluk poket jaket yang tersarung di bajunya. Dia mencapai tangan Tsuki lalu meletakkan 'sesuatu' itu kedalam tapak tangan Tsuki.
"Kore wa nan desuka?" Tanya Tsuki saat melihat benda kecil yang tidak ubah seperti pendrive. You tersenyum sebelum menjawab. Dia menyeluk kedua tangannya kedalam poket jaketnya.
"Tolong simpankannya untuk saya. Jika ada sesuatu perkara buruk terjadi pada saya satu hari nanti,tolong berikan itu pada Chika-chan kerana isi di dalamnya sangat bermakna untuk kami berdua dan seluruh ahli Aqours." Ujar You selamba. Tsuki pelik,mengapa You mengatakan seperti itu.
"Daijoubu desuka,You-chan? Sejak akhir akhir ini kata kata awak sanggat janggal di pendengaran dan pelik. Apakah rawatan awak berjalan lancar?" Duga Tsuki kurang yakin. You sekali lagi tertawa.
"Daijoubu. Nan demo nai. Ianya bukanlah apa apa pun. Rawatan saya berjalan lancar dan awak tak perlu risau. Dalam tempoh kurang dari setahun,saya akan pulih." Jawab You bersahaja. Dia menepuk bahu kiri Tsuki. Hari sudah semakin larut malam.
"Sono toori desu?" Duga Tsuki lagi. You mengangguk lagi. Dia ketawa.
"Hari sudah lewat. Esok kita akan ada ujian. Oyasumi,Tsuki-chan." Ucap You lalu berjalan meninggalkan Tsuki sendirian. You berjalan lemah menuju ke bilik. Sebelah tangannya memegang dinding dan sebelah tangan lagi digengam erat. Langkahnya terhenti.
Gomen ne,Tsuki-chan. Saya bukan sengaja tipu awak. Tapi saya terpaksa. Saya tak mahu awak terseksa kerana saya. Biarlah ianya terus begini.
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan