Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

SIMBF(26)

"Jangan bergerak! Awak telah ditahan." Suara nyaring kedengaran betul-betul dibelakang Hikari. Terus saja dia mengangkat kedua tangannya keudara. "Letakkan senjata awak!" Arah suara itu lagi. Hikari akur. Dia melepaskan senjatanya setelah itu anggota berkuasa mula menangkapnya. Nasib menyebelahi mereka berdua kerana belum sempat Hikari melepaskan tembakan keduanya, pihak berkuasa telah membuat serbuan di tadika dimana mereka berada ini. "Lepaskan saya! Saya tak bersalah." Ronta Hikari. Ketika itu Mari berjalan maju bersama detektif dari keluarga Ohara. Dia menunjukkan rakaman suara yang telah berjaya mereka rakam beberapa minggu lalu. Hikari terkedu! Hilang kata-kata. "Awak boleh jelaskannya di balai polis nanti." Kata Mari lalu mengarahkan mereka untuk membawanya pergi. Dalam keadaan terpaksa,Hikari mengekori pihak polis itu. "Y...You-chan?" Panggil Chika. You hanya tersenyum. Darah mengalir deras dibelakang tubuhnya. Dia masih memeluk...

SIMBF(25)

Chika masih membisu setelah dia menjejakkan kaki ke dalam ruangan ini. Dalam hatinya berharap agar Hikari ada disini untuk menjemputnya agar dia boleh segera pergi. Tidak perlu dia menjawab setiap pertanyaan manusia-manusia dihadapannya ini. "Kenapa keras kepala sangat awak ni,Chika?" Tanya Kanan tidak puas hati. Selama sejam mereka disini,satu pun soalannya tidak dijawab oleh gadis penggila Mikan ini. Disisinya masih setia Mari dan Dia  untuk menenangkannya agar dia tidak bertindak diluar kawalan. Chika masih diam. Malas mahu dia berbalas kata dengan Kanan. Baginya,manusia-manusia dihadapannya ini bukanlah siapa-siapa baginya. Dia bangkit dari duduknya dan ingin beredar pergi. Namun tangannya dipegang oleh Riko. "Duduk,Chika-chan." Arah Riko. "Awak siapa mahu arah saya?" Balas Chika. Baru ini dia bersuara selepas sejam. Dia merentap kasar tangannya yang dipegang Riko dan berjalan keluar dari ruangan itu. Riko memandang tepat kearah Yoshiko dan Hanamaru. K...

SIMBF(24)

Aku masih melihat tubuh diri sendiri yang masih tidur lena itu. Sesekali aku rasa kasihan pada ibu dan juga Tsuki yang menjagaku.  Pintu wad dibuka. Terlihat susuk Riko-chan dan Yoshiko-chan dimuka pintu. Ibu dengan mesra sekali menyambut kedatangan mereka berdua yang juga merupakan teman terdekatku dalam Aqours selepas Chika-chan. "Apakah You-chan sudah mendapat penderma hati?" Prihatin dia bertanya. Walaupun sikap shinobyou nya itu kadang kala merungsingkan kami semua,tapi adakalanya Yoshiko bokeh jadi sangat normal. Ibu hanya tersenyum dengan persoalan itu. "Masih belum. Namun,makcik masih tidak pernah berputus asa berdoa. Pasti ada seorsng insan yang baik hati sudi mendermakan hatinya pada anak makcik." Perlahan-lahan suasana disekitarku kembali memutih. Sepertinya aku sudah tidak ada di wad dimana tubuh sebenarku ditempatkan. Kini aku berada... Rumah Chika! Apakah yang diriku ingin ke sini? Tiba saja aku berada di dalam sebuah bilik. Tepatnya bilik Chika. Seing...

SIMBF(23)

"Chika-chan,lihat ini!" Chika memandang ke arah You mahu melihat apakah yang ingin ditunjukkan temannya itu. Kapal terbang kertas! Berkerut keningnya kerana pelik dengan You. "Kenapa dengan kapal terbang kertas itu?" Tanya Chika polos. You menerbangkan kapal terbang kertas ditangannya itu keudara. Setelah beberapa detik diudara,ia kembali jatuh ke tanah. You berlari bagi mengambil kembali kapal terbang tersebut. "Jika kita terus berusaha menerbangkan kapal ini,pasti kita akan temui apa yang kita cari." Beritahu You. Semakin berkerut kening Chika mendengar kata-kata You itu. Tidak faham! "Apa yang awak cakapkan ini,You-chan? Saya tak faham!" Ujar Chika sambil meramas rambut orennya itu. You tertawa lalu meletakkan kapal terbangnya ke atas tapak tangan Chika. "Kita sedang mencari batu permata ibu awak yang dah tercicir tu,kan? Cuba awak terbangkan kapal terbang kertas ni. Pasti kita akan menjumpainya." Ujar You lagi. Chika ragu-ragu. ...

SIMBF(22)

Riko memerhati dengan penuh debaran. Chika kelihatan begitu rapat dengan Hikari sehingga Hilari dibenarkan bermalam di rumah bersama Chika. Dari jauh Riko memerhati,Chika langsung tidak pernah lagi bercakap dengannya melalui jendela seperti selalu sejak peristiwa pembubaran Aqours. Malah dia langsung tidak percaya dengan apa yang sudah terjadi. "Hikari-chan,awak ni luculah." Suara gelak tawa itu membuatkan Riko tertarik. Apakah perbualan yang lucu sehingga suara gelak tawa Chika boleh kedengaran sehingga kebiliknya ini? "Jangan risau Chika-chan! Awak pasti memang. Percayalah!" Sorak Hikari. Riko sedikit tertanya. Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka berdua dibalik jendela itu. Suara gelak tawa itu semakin kedengaran lantang. "Boleh tak kamu berdua jangan terlalu kuat?! Kamu berdua akan mengganggu pengunjung kita!" Suara kakak Chika,Mito-nee kedengaran menegur mereka.  " Gomen ne.. Mito-nee. Kami berdua hanya habiskan masa bersama seperti dulu. Mak...

SIMBF(21)

Riko membuka pintu bilik rawatan dan terlihat Puan Watanabe sedang mengelap tubuh You dengan tuala basah. Wajah wanita tua itu cukup pilu mengenangkan nasib puterinya itu. Yoshiko yang berada disampingnya hanya berdiam diri dari tadi.  "Ohayou,puan Watanabe." Sapa keduanya serentak sambil menunduk. Puan Watanabe menoleh lalu melihat Riko dan Yoshiko. Dia terasa pilu namun dia gagahkan diri untuk tersenyum.  "Oh,kamu berdua." Ujarnya kesal. Dua gadis ini hanya tersengih dan duduk bagi melawat You yang masoh koma. Alat pengukur degupan jantung elektronok itu menunjukkan bahawa keadaan You stabil ketika ini. Suasana sunyi seketika sehinggalah Yoshiko bersuara. "You-chan sudah dapat penderma hati,puan?" Puan Watanabe tersenyum lemah. "Masih belum. Namun makcik tak putus asa berdoa. Pasti ada insan yang sangat baik sudi dermakan hatinya untuk anak makcik." Ujarnya. Yoshiko dan Riko menghela nafas kesal. "Apakah Chika-chan ada kesini,puan?" T...

SIMBF(20)

"Saya malaikat jatuh,Yohane!!!" Teriak Yoshiko dihadapan pintu pagar sekolah lamanya,Uranohoshi yang kini sudah ditutup. Dia memegang erat pintu pagar utama itu. Renungan matanya masih memandang ke dalam kawasan sekolah. Mindanya mengenangkan setiap kenangan yang dicipta sepanjang dia bergelar pelajar disekolah itu dan... Aqours. "Saya malaikat Yohane menyeru kuasa kegelapan untuk putar kembali masa!!" Teriaknya lagi. Dia menggengam erat pintu pagar itu. Namun,dia mengingati sesuatu sehingga pandangannya tertutup ke tanah. "Jika saja saya adalah seorang malaikat jatuh. Pasti saya akan sembuhkan You-chan dan berusaha sekeras mungkin untuk capai masa depan yang lebih cerah." Ujarnya perlahan. Dia sudah lama sedar bahawa dia adalah manusia biasa. Dia harus menyedari hakikat itu. Namun,entah mengapa terasa sukar baginya. "SAYA TAK PERCAYA SEMUA INI!!!!" Ketika itu,Hanamaru dan Ruby yang juga dalam perjalanan untuk mengimbas kenangan lama di Uranohosh...

SIMBF(19)

Sudah seminggu sejak kemalangan itu berlaku. Seminggu jugalah You masih tidak sedarkan diri dari pembedahan tumor otaknya. Pembedahan itu tidak berjalan dengan lancar dan dia juga masih menanti penderma untuk mendermakan hatinya pada You. "Bagaimana keadaannya,Tsuki-chan?" Tanya Riko ketika dia melihat Tsuki yang singgah di kefe yang menjadi tempat seluruh ahli Aqours berkumpul dan berbincang. Tsuki hanya menghela nafas kesal sebelum melabuhkan punggung duduk disebelah Kanan. "Setakat ini,keadaannya masih stabil walaupun pembedahan di otaknya tidak berjalan lancar. You juga tinggal satu pembedahan saja lagi yang diperlukan untuk pastikan segalanya baik." Jelas Tsuki. "Apakah itu?" "Pembedahan hati. Sehingga ke hari ini pihak hospital masih tidak menemukan hati yang sesuai dengan You. Jadi...mereka masih sedang berusaha sedaya upaya untuk pulihkan mereka." Kata Tauki lagi. Tujuh manusia ini menghela nafasnya mendengar penjelasan Tsuki tadi. "...

SIMBF(18)

Sudah hampir sebulan Hikari berada di Uchiura,namun You masih. Belum lihat sebarang tanda bahawa Hikari akan bertindak. Namun,dia masih tetap berhati-hati dan sering memerhatikan Chika. Dia takut bahawa jika terleka,pasti Hikari akan mula bertindak.  "Hari sudah lewat. Rasanya baik kita kita berhenti disini. Kita boleh sambungnya esok." Ujar Dia  ketika melihat matahari hampir terbenam. Semua ahli Aqours yang sedang sibuk membuat persediaan untuk pertandingan akhir Love Live lagi beberapa minggu terpana dengan kata-kata Dia  itu. "Tapi...persiapannya...," Belum sempat Chika hendak menghabiskan kata-kata sudah dipotong oleh Dia . "Masih ada hari esok untuk melakukannya. Kita perlukan rehat untuk persediaan latihan hari esok. Jangan memaksa diri." Ujarnya lagi. Chika hanya menghela nafas akur dengan keputusan Dia  itu.  Malam itu..... You seperti biasa melakukan latihan persendiriannya. Dia akan berlari sejauh 15 kilometer mengelilingi bandar Uchiura. Dia ha...