SIMBF(20)
"Saya malaikat jatuh,Yohane!!!" Teriak Yoshiko dihadapan pintu pagar sekolah lamanya,Uranohoshi yang kini sudah ditutup. Dia memegang erat pintu pagar utama itu. Renungan matanya masih memandang ke dalam kawasan sekolah. Mindanya mengenangkan setiap kenangan yang dicipta sepanjang dia bergelar pelajar disekolah itu dan...
Aqours.
"Saya malaikat Yohane menyeru kuasa kegelapan untuk putar kembali masa!!" Teriaknya lagi. Dia menggengam erat pintu pagar itu. Namun,dia mengingati sesuatu sehingga pandangannya tertutup ke tanah.
"Jika saja saya adalah seorang malaikat jatuh. Pasti saya akan sembuhkan You-chan dan berusaha sekeras mungkin untuk capai masa depan yang lebih cerah." Ujarnya perlahan. Dia sudah lama sedar bahawa dia adalah manusia biasa. Dia harus menyedari hakikat itu. Namun,entah mengapa terasa sukar baginya.
"SAYA TAK PERCAYA SEMUA INI!!!!"
Ketika itu,Hanamaru dan Ruby yang juga dalam perjalanan untuk mengimbas kenangan lama di Uranohoshi melihat sisi Yoshiko yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa pun selama ini. Mereka saling berpandangan dan merasa simpati dengan Yoshiko.
"Yoshiko kelihatan lemah ketika ini,zura." Kata Hanamaru. Ruby memandang tepat ke arah Hanamaru. Dia juga turut simpati terhadap Yoshiko. "Tak ada cara untuk bantu dia?" Duganya. Hanamaru hanya menghela nafas. Kebetulan pada saat itu Riko mendengar perbualan itu dan turut melihat keadaan Yoshiko. Dia sedar,sejak Chika memutuskan untuk membubarkan Aqours,segalanya berubah dan sangat berbeza.
"Yohane perlu lakukan sesuatu untuk betulkan keadaan!" Suara Yoshiko membuatkan mereka semua terkejut. Melihat susuk Yoshiko yang sedang berlari masuk ke dalam kawasan Uranohoshi membuat mereka terpana. Pantas saja mereka berlari mengejar Yoshiko.
"Yoshiko-chan,tunggu!" Jeritan Hanamaru dan Ruby itu diabaikan oleh Yoshiko. Dia masih laju melangkah ke satu bilik dalam banggunan sekolah. Setelah dia tiba terus saja dia masuk kedalamnya dan mula mencari sesuatu. Hanamaru dan Ruby memerhati bilik itu dari luar lama. Ianya adalah ruang kelab mereka ketika dulu. Tapi apakah yang dicari oleh Yoshiko disini?
Riko yang baru tiba juga tirut terhenti. Hanamaru dan Ruby memandang ke arah Riko. Pandangan gadis ini membuatkan keduanya mengerti apakah yang dia mahu. "Pasti ianya ada di sini! Yohane mesti menemuinya untuk ubah semuanya!"
Hanamaru menghela nafas panjang. Begitu juga dengan Ruby yang kelihatan sangat sedih. Riko berjalan menghampiri adik kelasnya ini lalu memegang bahu keduanya dan memberikan pelukan kepada keduanya.
"Yoshiko kesal tidak dapat tunaikan janjinya pada You-chan,zura."
"Janji bahawa kami akan tetap terus bersama Chika-chan biar pun apa saja yang terjadi dan menyokongnya."
Riko terkesima! Dua ayat daripada Hanamaru dan Ruby sudah cukup membuatkan dia memahami apakah yang dikesalkan oleh Yoshiko saat ini. Dia meminta agar Hanamaru dan Ruby menceritakan apa yang telah terjadi sebelum ini.
2 minggu lalu....
You tinggal sendirian dirumah kerana ibunya keluar membeli keperluan dapur. Tsuki yang pulang mengejut untuk melawat mereka di Uchiura sedang menjelajah lautan dalam bersama Kanan. You sedang melihat 'kisah lama' diruang tamu. Buku yang sering kali membuatkannya tersenyum sendiri membacanya.
Sakit dikepalanya menyerang lagi. Kali ini You benar-benar tidak dapat menahannya. Dia ingin bergegas ke dapur mengambil ubatnya. Tapi makang tidak berbau,You tersadung dan jatuh.
Ding! Dong!
Tidak keruan You dibuatnya saat bunyi loceng menyapa telinganya. Dia berusaha bangun dan kekal beriak biasa. Dia takut jika Chika yang datang,segalanya akan musnah! Sekali lagi You jatuh. Dia menutup matanya mencari kekuatan untuk berdiri,namun entah kenapa kekuatan itu bagaikan tidak mahu datang.
"You-chan! Apa yang telah terjadi?!"
Suara itu membuatkan You lega. Bukanlah Chika yang hadir tapi sebaliknya Yoshiko. Terasa bagaikan tubuhnya diangkat seseorang.
"Ruby-chan,pergi dapatkan ubat You dalam kabinet di dapur." Arah Hanamaru. Rupanya,Yoshiko tidak datang sendiri. Dia datang bersama Hanamaru dan Ruby. You dibaringkan disofa ketika Ruby datang membawa ubatnya dan segelas air. You terus meneguknya dan sakit itu beransur kurang.
"You-chan perlu dibedah segera,zura." Ujar Hanamaru prihatin. You laju menggeleng.
"Hujung bulan ni acara akhir Love Live. Kita perlu selesaikan apa yang penting dulu." Jawab You.
"Tapi kesihatan You-chan yang paling utama sekarang." Potong Ruby. You terdiam.
"Bagaimana awak nak menyanyi dan menari di acara akhir jika begini keadaan awak? Apakah awak mampu menahan sakit itu sehingga kita tahu keputusannya?" Duga Yoshiko. You tersenyum.
"Pasti. Saya mampu,percayalah. Hanya selepas Aqours menang dan saya akan lakukan pembedahan,saya janji." Ujar You. Tiga gadis ini menghela nafas mereka mendengar jawapan You. Ruby melihat keatas meja terdapat sesuatu yang menarik minatnya lalu terus mencapainya.
"Apakah Ruby boleh melihatnya,You-chan?" Minta Ruby ketika dia memegang sebuah buku yang sedang dibaca You tadi. You hanya tersenyum sambil mengangguk mengizinkannya. Ruby pantas membuka halaman buku itu diikuti oleh Yoshiko dan Hanamaru bersama.
"Kawaii,zura!"
"Kalian berdua ibarat iblis kecil yang lemah."
"Kawaiii!"
You tersenyum ketika mendengar komen yang dikeluarkan tiga manusia ini. Ada kalanya dia tertawa sendiri. Mereka masih membaca halaman buku dan membuka halaman lain. Kali ini adalah halaman yang dipenuhi coretan yang pasti daripada pemilik buku berserta gambar.
"Saya tak akan pernah tinggalkan awak,Chika-chan."
"Kita akan bersinar bersama,percayalah Chika-chan."
"Saya akan bawa awak mengembara atas kapal saya nanti."
"Saya tak akan biarkan impian awak menjadi satu mimpi yang tidak bermakna."
"Percayakan saya,Chika-chan. Aqours akan terus hidup dan bersinar jauh di hati kita. Setiap sembilan warna dalam Aqours itu sentiasa hidup walaupun dimana saja kita berada dan..saya akan tetap bersama awak walaupun satu hari nanti saya adalah seorang kapten kapal. Saya tak akan pernah tinggalkan awak sendirian. Selamanya! Percayalah,Chika-chan."
Tiga gadis ini memandang You lama. Tanpa mereka sedar,air mata mereka bergenang namun untuk Yoshiko,dia lebih memilih untuk sembunyikannya. You bangun dan menghampiri ketiga mereka. Air mata yang bergenang itu disekanya. Bahu Yoshiko dipegang lembut.
"Kenapa iblis You sanggup lakukan sajauh ini untuk iblis Chika? Iblis Chika itu seorang yang cukup keras kepala dan iblis You cukup memahaminya! Kenapa sanggup langkaui batasan kemampuan awak sendiri?" Duga Yoshiko. You tertawa kecil dengan soalan itu.
"Bukankah saya ini iblis kecil Yohane yang sudah dilatih dengan baik? Jadi...jika saya inginkannya,saya akan lakukannya dan jika gagal,saya pasti akan kesal dengan diri sendiri." Jawab You selamba. Yoshiko mengetap giginya lalu menumbuk perlahan dada You.
"Awak ni...memanglah." Ujarnya.
"Janji dengan saya bahawa awak bertiga akan tetap bersamanya dan menyokongnya. Jangan pernah biarkan dia kecewa dengan keputusannya kerana itu akan membuatkan dia menjadi seorang Chika yang putus asa. Jangan biarkan itu terjadi kerana itu akan membuatkan dia menjadi seorang yang sangat lemah. Pastikan kamu bertiga bersama dengannya biar apa pun yang terjadi."
Tiga manusia ini saling berpandangan lalu pandangan kembali ke arah You. Pandangan You cukup mengharapkan. Walaupun wajah itu kekal tenang,namun dia masih berharap.
"Baiklah,kami janji." You tersenyum mendengar jawapan itu. Dia tertawa dan memberi tabik seperti biasa.
"Arigatou, tolong ya."
********
Riko memandang ke arah Yoshiko yang masih mencari sesuatu di dalam bilik itu. Riko mengetap giginya dan melangkah pantas. Tangan Yoshiko yang masih mencari itu dipegangnya.
"Lili,lepaskan!"
"Awak tak boleh putar kembali masa,Yoshiko! Sedarlah."
"YOHANE! Malaikat jatuh sentiasa mampu lakukan segalanya. Pasti ada cara untuk betulkannya."
Kedua tangannya telah dipegang Riko membuatkan Yoshiko sukar untuk bergerak. Riko merenung lama ke arahnya.
"Lili! Lepaskan! Ini satu arahan!"
"Maafkan saya. Tapi kali ini iblis kecil ini tidak akan patuh pada awak! Apa yang awak cari di dalam ini? Semuanya sudah disimpan oleh Chika dan hanya ChikaYou saja tahu dimana ianya disimpan." Balas Riko. Yoshiko terpana!
"Saya tahu apa yang awak cari. Satu-satunya perkara yang boleh buat Chika sedar silapnya membubarkan Aqours. Tapi hanya seorang saja yang boleh sedarkan Chika perkara itu."
"Siapa,Lili?"
"Watanabe You. Hanya dia saja yang boleh lakukannya kerana dia jauh lebih mengenali Chika berbanding kita semua walaupun saya rapat dengannya."
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan