SIMBF(24)

Aku masih melihat tubuh diri sendiri yang masih tidur lena itu. Sesekali aku rasa kasihan pada ibu dan juga Tsuki yang menjagaku. 

Pintu wad dibuka. Terlihat susuk Riko-chan dan Yoshiko-chan dimuka pintu. Ibu dengan mesra sekali menyambut kedatangan mereka berdua yang juga merupakan teman terdekatku dalam Aqours selepas Chika-chan.

"Apakah You-chan sudah mendapat penderma hati?" Prihatin dia bertanya. Walaupun sikap shinobyounya itu kadang kala merungsingkan kami semua,tapi adakalanya Yoshiko bokeh jadi sangat normal. Ibu hanya tersenyum dengan persoalan itu.

"Masih belum. Namun,makcik masih tidak pernah berputus asa berdoa. Pasti ada seorsng insan yang baik hati sudi mendermakan hatinya pada anak makcik."

Perlahan-lahan suasana disekitarku kembali memutih. Sepertinya aku sudah tidak ada di wad dimana tubuh sebenarku ditempatkan. Kini aku berada...

Rumah Chika!

Apakah yang diriku ingin ke sini? Tiba saja aku berada di dalam sebuah bilik. Tepatnya bilik Chika. Seingat aku,bilik ini banyak menyimpan kenangan aku bersama Chika. Aku duduk diatas katilnya lalu mataku masih memandang sekeliling. 

Aku tersenyum sendiri. Teringat kembali ketika dulu. Banyak perkara yang telah berlaku dan telah aku lakukan bersama Chika sebenarnya. Namun...kenapa aku dibawa kesini? 

Apakah kerana ini petanda bahawa aku tidak akan kembali lagi dan aku harus meninggalakan segalanya?

Tak mungkin! Aku mesti kembali! Aku mesti kembali dan bersama Chika lagi. Aku sudah berjanji. Aku tak akan pernah meninggalkannya. Tapi...

Bukankah sekarang juga aku sudah meninggalkannya sendiri sehingga menyebabkan dia berubah? Aku berjalsn keluar dari bilik mencari Chika.

Aku berjalan dan ingin berjumpa dengannya. Walaupun aku sendiri tidak pasti adakah ini kali terakhir aku dibenarkan untuk bertemu dengannya atau tidak. Tapi aku harus berjumpa dengannya.

Mesti!

Akhirnya aku temui dirinya yang sedang berada di pantai. Tempat kami sentiasa menghabiskan masa bersams. Merangka masa depan bersama. Apa yang membuatkan Chika ke sini sendirian pada waktu malam begini?

"Awak mengecewakan saya kali ni,You-chan! Kenapa?" Dia bertanya kepada laut seolah meminta jawapan. Aku terpaku. Ya! Kali ini aku menang benar-benr mengecewakannya sedangksn perkara itu adalah yang paling ingin aku elakkan.

"Awak tak pernah kecewakan saya sebelum ini,You-chan. Langsung tak pernah! Malah awak adalah yang terbaik. Awak kawan terbaik saya,tapi...,"

"Kenapa awak mengecewakan? Kenapa awak sembumbunyikannya daripada saya? Adakah kerana saya seorang kawan yang tak cukup memahami,jadi aku bertindak untuk merahsiakannya daripada saya?" Teriaknya kepada laut seolah dia mamlu menemukan jawapannya disana.

Sakit? Memang sakit malah sangat sakit. Aku telah mengecewakannya. Aku memang teruk! You,awak bodoh dan teruk! Awak telah mengecewakannya. Tanpa aku sedar,air mataku mengalir.

"Chika-chan..," aku cuba bersuara. Tapi malang sekali dia pasti tidak akan mamou mendengar aku. Aku pasrah. Ingin saja aku memeluk dirinya ketika ini dan katakan semuanya. Semuanya!

Aku ingin katakan kenapa aku sanggup menipunya dan berpura kuat disampingnya. Tapi...sepertinya semua itu sia-sia saja.

"You-chan..,,"

Aku memandang kehadapan. Terlihat Chika juga sedang memandang ke arahku. Emm...mungkin. ketika ini mata kami bertembung dan seolah mengimbas kembali saat indah kami ketika masoh kecil.

Aku harap aku berupaya untuk memeluknya. Aku harap bahawa aku ini adalah tubuh asli yang mampu untuk berlari dan memeluk dirinya. Aku harap....

Aku tidak jadi seperti ini.

Gomen ne,Chika-chan.

******

"Tak mungkin! Tak mungkin semua ini terjadi. Bagaimana mereka menarik kembali permohonan penderma itu?" Teriak Tsuki seolah tidak puas hati dengan apa yang baru saja pihak hospital katakan pada mereka sebentar tadi.

"Bertenang Tsuki. Pasti akan ada peluang untuk kta nanti. Jangan berhenti berdoa dan berusaha." Pujuk Puan Watanabe menenangkan anak saudaranya ini.

"Tapi ibu,sudah hampir sebulan kita menunggu. Tapi keputusan masih sama. Setiap penderma yang datang pasti tidak akan diterima." Balas Tsuki masih tidak puas hati.

Ketika itu Mari,Kanan dan Dia memandang satu sama lain. Mereka tahu mengapa pihak hospital menarik semula penderma hati yang seharusnya diberikan kepada You. 

"Jangan pernah putus asa,Tsuki." Pujuk Puan Watanabe lagi. Tsuii menarik nafas panjang. Dia memandang ke arah gadis-gadis yang ada dalam bilik ini. Melihat wajah mereka semakin mengingatkannya kepada sepupunya,You.

"Jangan risau. Mengenai kes langgar lari You,ianya sedang salam siasatan. Tapi..bukti kukuh sudah diperolehi cuma perlu menunggu masa untuk menangkap pesalah itu. Dia pasti akan tertangkap dalam masa terdekat." Beritahu Mari

Tsuki memandang ke arah Mari. Sepertinya pemyiasat keluarga Ohara ini sungguh cekap melakukan kerja. Terus saja dia menunduk dihadapan Mari.

"Terima kasih banyak Mari-chan. Kami berhutang budi pada awak dan awak semua." Ucap Tsuki. Mari tersneum lalu memegang bahu Tsuki.

"Jangan risau. Kami juga ingin tahu siapa yang sanggup lakukan semua ini dan kami juga sayangkan You. Jadi...kami akan bantu mana yang mampu." Balasnya. Tsuki tersenyum.

"Chika-chan."

"Chika-chan."

Chika memandang sekeliling. Seluruh kawasan dioenuhi warna putih dan kosong. Dia berada dimana? Namun...suara itu sering memanggil namanya.

"Chika-chan."

Suara itu lagi. Kali ini kedengaran semakin dekat dan seolah-olah berada betul-betul berada dibelakang Chika. Chika ingin menoleh,namun perasaannya bercamlur baur.

"Chika-chan,jangan risau. Saya tak akan khianati awak." Suara itu lagi! Suara itu kedengaran sangat dekat ditelinga Chika. Chika enggan menoleh. Namun...terasa seperti ada yang memeluknya dari belakang.

"Maafkan saya kerana sembunyikannya Chika-chan. Tapi saya ada sebab mengapa saya sembunyikannya dari awak. Percayalah!"

"Apa sebabnya,You-chan?"

"Awak akan tahu nanti. Tapi boleh saya tanya sesuatu?"

"Hm."

"Awak masih ingin saya disisi awak dan menyokong awak." 

Chika diam. Hatinya masih marah pada gerangan ini. Sanggup dia menipunya. 

"Katakan saja,Chika-chan. Saya tak akan ambil hati. Apakah awak masih ingin saya disisi dan menyokong awak?" Soalan itu diutarakan lagi. Chika masih diam.

"Tak! Awak bukan lagi kawan saya. Saya tak perlukan awak dan awak boleh pergi dan kejar impian awak."

"Baiklah. Saya akan pergi tapi sebelum saya pergi boleh kita berjumpa. Mungkin...untuk kali terakhir? Saya menunggu,Chika-chan." Suara itu menghilang dan tubuh yang memeluk itu juga turut menghilang. 

Chika masih memandang sekeliling. Kawasannya masih sama. Putih dan kosong! Tapi...setelah beberapa detik,keadaan perlahan-lahan berubah dan mula melihatkan bentuk pemandangan seperti...

Rumahnya!

Dia melangkah masuk kerumah itu. Keadaannya tetap sama cuma yang berbeza terpada dirinya yang masih berusia 7 tahun. Chika terpana! Dia berjalan menghampiri dirinya yang masih kecil itu.

"Siapa awak?" Tanya budak itu.

"Saya Takami Chika. Saya adalah diri awak dimasa depan. Tepatnya...11 tahun akan datang." Jawabnya.

"Hebat! Boleh awak beritahu siapa saya dimasa depan? Siapa yang bersama saya ketika itu?"

Chika tersenyum lantas mengangguk.

"Awak ialah seorang idol. Aqours adalah kumpulan idol yang awak sendiri tubuhkan dengan harapan untuk mencapai sinar dalam hati awak." 

"Hebat! Adakah You-chan juga turut bersama saya nanti?"

Chika kelu. Apakah dia harus menjawab soalan dari dirinya yang kecil itu.

"Hm. You-chan juga merupakan idol bersama saya." Dia tersenyum sepetinya gembira dengan jawapan itu. Kenapa dia terlalu gembira sehingga dia tidak bertanya apa yang akan terjadi setelah itu.

"Saya percaya You-chan akan bersama saya dan tak akan pernah tinggalkan saya." Katanya.

"Walaupun You-chan ingin menjadi seorang kapten,tapi dia ingin lakukan banyak perkara bersama saya. Saya juga ingin bersamanya kerana dia adalah kawan terbaik saya. Saya sayangkan You-chan."

"Saya percaya You-chan tak akan lakukan sesuatu yang boleh meretakkan hubungan kami. Saya percayakan itu dan...saya percayakan You-chan. Saya akan sentiasa percayakannya. Selamanya!"

Chika pana! Chika yang ini terlalu yakin dengan You. Apakah yang cuba untuk disampaikan? Dia berharap dia hanya sedang bermimpi.

Suasana menjadi gelap gelita. Sungguh gelap sehingga Chika tidak mampu melihat apa-apa. Terasa kepalanya berpusing dan dia jatuh rebah tidak sedarkan diri.


Bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)