SIMBF(19)
Sudah seminggu sejak kemalangan itu berlaku. Seminggu jugalah You masih tidak sedarkan diri dari pembedahan tumor otaknya. Pembedahan itu tidak berjalan dengan lancar dan dia juga masih menanti penderma untuk mendermakan hatinya pada You.
"Bagaimana keadaannya,Tsuki-chan?" Tanya Riko ketika dia melihat Tsuki yang singgah di kefe yang menjadi tempat seluruh ahli Aqours berkumpul dan berbincang. Tsuki hanya menghela nafas kesal sebelum melabuhkan punggung duduk disebelah Kanan.
"Setakat ini,keadaannya masih stabil walaupun pembedahan di otaknya tidak berjalan lancar. You juga tinggal satu pembedahan saja lagi yang diperlukan untuk pastikan segalanya baik." Jelas Tsuki.
"Apakah itu?"
"Pembedahan hati. Sehingga ke hari ini pihak hospital masih tidak menemukan hati yang sesuai dengan You. Jadi...mereka masih sedang berusaha sedaya upaya untuk pulihkan mereka." Kata Tauki lagi. Tujuh manusia ini menghela nafasnya mendengar penjelasan Tsuki tadi.
"Saya rasa ini buka kemalangan biasa. Mungkin kemalangan ini sudah dirancang." Kata-kata itu membuatkan semua mata memandang ke arah Mari. Gadis berambut blone ini memang begitu yakin dengan kata-katanya.
"Apakah Mari-chan begitu yakin,zura?" Duga Hanamaru kurang pasti. Mari mengangguk yakin. Tsuki menepuk meja membuatkan mereka semua terkejut.
"Kalau benar begitu,kita mesti siasatnya dengan segera! Manusia itu perlu bertanggungjawab dan dihukum! Nyawa dan persahabatan You hancur disebabkan olehnya." Amuk Tsuki. Tanpa dia sedar,air matanya sudah mengalir. Semua ahli terkejut melihat Tsuki yang menangis itu. Gadis ini sifatnya sama seperti You,mana mungkin boleh menangis dengan mudah.
"Tolonglah Mari-san. Tolong cari siapa manusia yang menyebabkan semua masalah ini terjadi. Ketika ini You memang benar perlukan Chika. Baginya,Chika adalah kekuatan untuknya terus bertahan. Saya merayu Mari-san." Sambil melutut dihadapan Mari,Tsuki merayu. Kanan dan anggota Aqours yang lain juga tirut memandang Mari. Dari pandangan mata,mereka juga ingin tahu siapa pesalah itu.
Mari menghela nafasnya panjang. Dia tersenyum penuh makna. "Baiklah. Jika itu yang sudah diinginkan,saya akan hubungi papa saya dan dapatkan penyiasat terhebat dari keluarga Ohara!" Ujarnya penuh semangat. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya lalu. Menghubungi bapanya yang berada di Amerika ketika ini. Doa berbual di luar kafe.
"Bagaimana dengan latihan You?" Tanya Dia. Tsuki menghela nafas.
"Latihan You terpaksa ditangguhkah sehingga dia benar-benar sembuh. Walaupun hanya tinggal beberapa bulan lagi dia akan tamat latihan dan boleh menjadi pembantu kapten." Jelas Tsuki. Semua menghela nafas. Apakah dugaan mereka sebesar ini.
Bunyi loceng kafe menarik perhatian mereka. Semua mata memandang ke arah pintu dan terlihat Chika sedang masuk bersama Hikari. Wajah mereka ceria bagaikan tidak ditimpa sebarang masalah.k
"Oh,kebetulan kita semua disini. Mari kita bincang tentang acara akhir Love Live tidak lama lagi." Kata Chika selamba. "Hikari memang seorang idol yang hebat dan cergas. Dia sudah banyak bantu saya membaiki lirik lagu untuk acara akhir dan dia mahu kita lakukan sedikit perubaha tentang kostume dan juga corak tarian seperti ini." Sambung Chika lagi lalu menunjukkan lakaran kasar yang dibuat Hikari.
"Tapi lirik lama itu sudah cukup bagus,zura. Maru sangat menyukainya." Ujar Hanamaru menentang.
"Koreografi dan juga tema asal kita juga sudah sangat bagus. Tidak ada apa lagi yang perlu diubah." Kata Yoshiko juga turut menentang.
"Tapi yang ini jauh lebih baik kerana ianya lebih menyerlah! Saya yakin kita pasti akan menang jika kita menggunakan yang ini." Kata Chika bertambah yakin. Riko memandang Chika lama. Apakah yang telah membuatkan Chika berubah? Ini bukan Takami Chika yang dia kenal.
"Walaupun kita menang dengan menggunakan tema ini,apalah kita akan mencapai cahaya kita,Chika-chan?" Duga Riko dengan menekankan perkataan cahaya itu kerana Chika yang dikenalinya sangat ingin bersinar. Chika membuat muka jengkel dengan kata-kata Riko sebentar tadi.
"Kemenangan adalah segala-galanya. Kita malah lebih hebat jika kita menang dengan bergaya. Semua akan merasakan bahawa Aqours adalah idol yang sangat hebat. Jadi...kata-kata lama itu sudah cukup lapuk zaman sekarang." Selamba Chika membalas. Ruby pantas memeluk Dia setelah mendengar kata-kata Chika tadi. Semua juga turut terkejut.
"Tidak! Kita tidak akan mengubah apa-apa walau sedikit pun. Aqours tetap akan menggunakan tema yang asal." Tegas Dia. Chika merenung Dia lama.
"Bukankah Dia-chan juga mahu menang? Jadi inilah satunya cara yang berkesan. Tema asal itu terlalu lapuk. Jadi...bagaimana mahu memang dengan tema itu." Jelas Chika.
"Memang kita semua mahu menang. Tapi kita semua juga mempunyai impian yang sama dan awak sendiri tahu apakah impian itu,Chika." Ujar Kanan.
"Jadi...kemenangan adalah segala-galanya. Jika kita menang,kita pasti boleh raih impian kita."
"Kemenangan bukan segala-galanya Chika. Jika kita menang sekali pun,ianya tetap tak mampu kembalikan Uranohoshi,sekolah lama kita!" Kanan bersuara sambil memegang kedua bahu Chika menyuruh agar adik kelasnya ini sedar. Chika menepis tangan Kanan.
"Baiklah. Jika itu yang awak semua inginkan,lakukannya sendiri. Saya tak mahu! Saya akan tetap dengan keputusan saya." Ujar chika tetap berdegil.
"Jadi...awak ingin musnahkan Aqours?" Riko menyoal. Dia berharapkan agar jawapan Chika bukan seperti yang didetikkan dihatinya. Chika tersenyum penuh makna.
"Mungkin begitu. Apa gunanya lagi Aqours itu jika awak semua memiliki pendapat yang lapuk!" Jawab Chika. Semua terkejut besar dengan kenyataan Chika itu. Apakah yang sudah merasuk gadis pengemar mikan ini?
"Saya akan tetap ingin lakukannya. Ayuh,kita pergi dari sini,Hikari!" Kata Chika sambil menarik tangan Hikari keluar dari kafe itu. Ketika itu,Mari yang baru selesai berbincang dengan ayahnya ditalian terserempak. Ketika itu dia sempat memerhatikan wajah Hikari.
"Apa yang baru saja terjadi?" Tanya Mari ingin tahu. Kanan menceritakan segalanya pada Mari. Gadis berambut blone ini juga terkejut. Apakah ertinya Aqours yang telah diusaha dan dipertahankan selama ini jika matlamat utama kewujudan Aqours itu diabaikan?
******
Riko masuk ke dalam bilik rawatan itu. Wajah gadis tomboy yang baginya sedang mengalami mimpi lena itu ditenungnya lama sebelum dia duduk dikerusi bersebelahan katil You.
"Ohayousoro,kapten! Apa khabar awak hari ini? Baik-baik saja?" Riko membuat tabik seperti yang selalu dilakukan You mengharapkan agar gadis tomboy ini membalasnya. Namun hampa! You masih kaku tidak memberikan sebarang reaksi.
"Bila awak nak bangun,You-chan? Chika-chan benar-benar dalam masalah besar sekarang. Awak perlu disampingnya agar dia kembali menjadi Chika yang dulu."
"Chika-chan sekarang betul-betul sudah berbeza. Sangat berbeza dan saya tak tahu bagaimana mahu menjaganya lagi. Dia juga sudah jarang bersama kami malah lebih banyak menghabiskan masanya bersama Hikari."
"Awak tahu You-chan. Hikari sering bersama Chika dan menyokong keputusannya. Hikari sangat mirip dengan awak. Dan...,"
"Chika juga sudah bubarkan Aqours dan Aqours tidak akan beraksi di pentas akhir nanti. Dia hanya melakukannya bersama Hikari."
Tanpa dia sedar,Riko sudah menangis. Air matanya deras mengalir. Dia memegang erat tangan kanan You. Sejuk! Semakin erat tangan itu digengam. "Bangunlah,You-chan! Saya merayu pada awak untuk bangun! Hanya awak saja yang boleh mengembalikan Chika kepada Chika yang lama. Tiada siapa mahu lihat dia yang ini."
Seolah-olah mendengar dan memahami tangisan Riko,air mata You juga turut mengalir. Dia yang berada dialam lain itu juga bagaikan mengerti perasaan Riko ketika itu,namun dia masih tidak berdaya untuk kembali.
Mari menatap lama komputer riba dimejanya. Dia masih tekun mencari maklumat untuk memastikan bahawa apa yang dilihatnya tadi tepat. Sekali lagi dia mencari dan menaip sesuatu di komputer itu. Cariannya terhenti setelah dia mdnjumpai apa yang dicarinya dan pada saat itu,cahaya lampu menyuluh terang dari pelabuhan. Pantas dia melihat ke arah cahaya itu. Kanan dan Dia! Segera dia turun ke pelabuhan berhampiran hotel tempat dia tinggal itu.
"Kenapa awak hubungi kami,Mari?" Soal kanan.
"Sepertinya masalah besar." Ujar Dia pula. Mari menghela nafasnya. Dia berpeluk tubuh sementara dua sahabatnya ini sedang menunggu jawapan daripadanya.
"Sebenarnya....,"
Ulasan
Catat Ulasan