SIMBF(23)
"Chika-chan,lihat ini!" Chika memandang ke arah You mahu melihat apakah yang ingin ditunjukkan temannya itu. Kapal terbang kertas! Berkerut keningnya kerana pelik dengan You.
"Kenapa dengan kapal terbang kertas itu?" Tanya Chika polos. You menerbangkan kapal terbang kertas ditangannya itu keudara. Setelah beberapa detik diudara,ia kembali jatuh ke tanah. You berlari bagi mengambil kembali kapal terbang tersebut.
"Jika kita terus berusaha menerbangkan kapal ini,pasti kita akan temui apa yang kita cari." Beritahu You. Semakin berkerut kening Chika mendengar kata-kata You itu. Tidak faham!
"Apa yang awak cakapkan ini,You-chan? Saya tak faham!" Ujar Chika sambil meramas rambut orennya itu. You tertawa lalu meletakkan kapal terbangnya ke atas tapak tangan Chika.
"Kita sedang mencari batu permata ibu awak yang dah tercicir tu,kan? Cuba awak terbangkan kapal terbang kertas ni. Pasti kita akan menjumpainya." Ujar You lagi. Chika ragu-ragu.
"Boleh berhasil ke?"
"Tenang saja! Kalau awak percaya,pasti akan berhasil." Sokong You sambil menabik hormat. Chika mencuba. Dia menerbangkan kapal terbang itu diudara. Chika dan You saling berpandangan. Semakin jauh kapal terbang itu pergi dan akhirnya jatuh ke tanah. Chika dan You berlari bagi mendapatkan ia kembali.
"Ianya tak menjadi pun." Rungut Chika sambil mengutip kapal terbsng kertas itu. Namun pada ketika itu,ekor matanya sempat menangkap sesuatu yang bersinar akibat sinaran matahari. Kerana ingin tahu,Chika menunduk bagi melihat apakah itu.
"Chika-chan?" You yang pelik dengan Chika mula menyeru. Mata Chika terbuntang luas dengan apa yang dia lihat ini. Dia mencapai benda itu lalu ditunjukkan kepada You sambil tersenyum suka.
"Wah,lihat ini You-chan!" Tunjuk Chika kepada You. Ia adalah permata milik ibu Chika yang sedang dicari oleh mereka berdua. Terus bersorak riang mereka dibuatnya.
"Nasib baik jumpa. Kalau tak mesti ibu saya akan tolak duit saku saya untuk mengantinya semula. Terima kasih,You-chan." Ucap Chika sambil memeluk tubuh You. You hanya tersenyum manis.
"Sudah tentu saya akan bantu awak,Chika-chan. Awakkan kawan saya." Balas You. Chika tersenyum lalu mereka berjalan kembali ke rumah Chika.
"Apakah kapal terbang kertas ini juga akan berkesan untuk matlamat saya?" Tanya Chika spontan. Ditangannya masih memegang kapal terbang kertas buatan You dari tadi walaupun ketika dia memulangkan kembali permata ibunya.
"Cubalah terbangkannya dan lihat apa yang akan jadi." Sokong You teruja. Chika mengangguk lalu dia terus menerbangkan kapal terbang kertas itu. Kapal terbang itu jatuh diatas pasir pantai. Mereka berlari bagi mengutipnya kembali.
"Pantai?" Tanya Chika pelik. Mengapa angin membawa kapal terbang kertas tersebut ke pantai.
"Mungkin lautan." Duga You kembali. Dia juga menjadi tertanya-tanya. Mereka berdua terbaring dipasir pantai. Memandang terik matahari musim panas itu. Tangan mereka menutup mata yang terasa silau.
"Matahari ini memang hebat. Tak pernah berhenti sinarkan cahayanya. Alangkah indahnya jika kita seperti matahari. Walauoun panas tapi tetap saja kelihatan cantik dan bersinar setiap masa." Ujar You. Chika setuju dengan kata-kata itu.
"Cahaya matahari itu sememangnya ijdah walaupun pada musim panas. Cahayanya. Sinarnya." Sambung Chika pula. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang aneh. Terusnsajandia bangkit dari baringan dan lantas berdiri.
"Ya! Mungkin inilah jawapannya!" Teriak Chika. You juga turut bangun dari baringan namun dia masih duduk di atas pasir pantai.
"Apa?" Tanya You ingin tahu. Chika membalikkan diri agar boleh melihat You. Dia tersenyum lalu tangannya menunjuk ke langit. Tepatnya dimana cahaya matahari berada.
"Inilah matlamat saya,You-chan! Saya dah temuinya." Beritahu Chika bangga. You masih tidak faham.
"Cahaya! Sinar! Saya ingin bersinar sama seperti cahaya matahari ni." Beritahu Chika lagi. You tersenyum lalu bangun dari duduknya dan berjalan menghampiri Chika.
"Jika begitu,saya ingin bersinar juga bersama awak. Kitanakan jadi matahari untuk hati kita sendiri,kan Chika-chan?" Duga You. Chika pantas mengangguk. Dia tahu,You akan menyokongnya atas apa saja yang dia lakukan. You akan tetap bersamanya.
Sentiasa!
*******
Riko masih tidak mampu melelapkan matanya. Jiwanya rasa tidak tenang. Mindanya masih terus memikirkan Chika dan hatinya masih terus risaukan Chika. Malah,bukan hanya dirinya saja. Anggota yang lain juga turut risaukan Chika ditambah lagi dengan You yang masih belum sedarkan diri.
Riko bangkit dari baringannya dan duduk dibirai katil. Dia termenung lama. Matanya terpandang ke arah meja tukisnya dan terlihat sebuah pendrive yang diberi Tsuki kelmarin. Dia berjalan ke meja tulis lalu mengambilnya.
Pendrive itu dimasukkan ke dalam kumputer ribanya lalu dibuka. Isinya mengandungi hampir kesemua dokumen yang telah diperibadikan oleh You. Mengapa Tsuki memberikan padanya dengan mengatakan ianya harta berharga You sedangkan ianya adalah sekadar dokumen biasa.
Riko menekan salah satu dokumen itu. Dia terkejut! Isi di dalam dokumen itu bukanlah sekadar sebuah dokumen. Tapi ia lebih mudah dijelaskan sebagai coretan peribadi You terhadap siapa dirinya dimasa lalu dan...
Masa depan!
Di dalam coretan itu tidak lupa You menyebutkan mengenai Chika. Perasaannya,impiannya dan keinginan You adalah untuk ingin bersama Chika dan menjadi seorang pelindung buatnya.
Tanpa dia sedar,air matanya sekali lagi tumpah! Riko terharu tentang kekuatan persahabatan You terhadap Chika. You terlaku menyanyangi makah ianya langsung tidak diketahui oleh Chika sendiri. Malah Chika dengan mudahnya mengatakan bahawa You bukanlah kawannya lagi dan memutuskan persahabatan itu dalam hanya sehari!
Riko sungguh kecewa dengan itu!
*****
Watanabe You POV
Seluruh tempat dipenuhi warna putih. Tiada sebarang warna lain yang aku lihat kecuali...
Putih!
Apakah ini tempat dimana menentukan bahawa aku boldh pukang kembali ke dunia itu atau pergi ke alam seterusnya? Hmm..
Mungkin...
Aku berjalan lagi. Tiada apa-apa yang aku lihat kecuali warna putih. Sesekali aku rasa muak dengan suasana kosong disini. Tiada ada apa yang harus aku lakukan. Namun..mindaku teringatkan seseorang.
Chika-chan!
Ya! Aku rindukannya dan ingin bertemu dengannya lagi. Apakah aku akan diizinkan untuk melakukan itu lagi atau sememangnya sudah tiba masaku untuk pergi? Aku sendiri tidak tahu.
Tiba-tiba ruang disini mula berubah. Perlahan-lahan mula menampakkan suasana. Ianya seperti keadaan di dalam wad hospital. Aku berjalan lagi lalu terlihat diriku sendiri yang sedang terbaring tidak sedarkan diri.
Semestinya You yang itu tidak sedarkan diri,kan? Kerana aku ada disini. Aku berjalan menghampirinya dan mula ingin masuk ke dalam tubuh yang tidak sedarkan diri itu.
Tapi...
Terasa seperti ada sesuatu yang menolak aku dari memasuki tubuhku sendiri. Apakah aku tidak lagi dibenarkan kembali? Aku memandang lama ke arah tubuh asliku itu. Tidur yang panjang sekali ya?
Pintu wad ini dibuka. Terlihat Riko lalu dia duduk dikerusi bersampingan dengan katil. Dia menatap lama diriku yang sedang tidur itu.
"Ohayousoro,kapten! Apa khabar hari ini? Baik-baik saja,kan?" Tanyanya pada tubuh itu sambil menabik hormat sama seperti yang aku sering lakukan. Aku sedih kerana tidak mampu membalas tabik itu seperti biasa.
"Bila awak nak bangun,You-chan? Chika-chan benar-benar dalam masalah besar sekarang. Awak perlu disampingnya agar dia menjadi Chika yang dulu."
Apakah masalah besar itu? Ah! Bodoh saja awak ni You! Sudah pasti Riko-chan tidak mampu mendengar awak kerana awak berada di dunia yang berbeza. Hanya awak mampu mendengarnya dan tidak mampu membalas kembali.
"Chika-chan sekarang sudah betul-betul berbeza. Sangat berbeza sehingga saya tak tahu bagaimana mahu menjaganya lagi. Dia sudah jarang bersama kami dan lebih banyak menghabiskan masanya bersama Hikari."
Jantungku berdebar kencang. Apakah aku sedang risau? Benar! Aku risau! Perbezaan seperti apakah yang Riko maksudkan? Aku ingin lihat sendiri dengan mataku namun entah kenapa kakiku enggan bergerak.
"Awak tahu You-chan? Hikari sering bersama Chika-chan dan menyokongnya. Hikari sangat mirip seperti awak. Dan...,"
Dan apa?
Dan apa Riko-chan?
Apakah sebenarnya Hikari ingin aku pergi dari hidup dan hati Chika-chan?
"Chika sudah bubarkan Aqours dan Aqours tidak akan beraksi di pentas akhir. Dia tidak mahu lakukannya bersama kami. Dia hanya ingin lakukannya bersama Hikari."
Apakah ini dusta? Apakah ini sebenarnya hanya mimpi atau...aku benar-benar melihatnya? Apakah Chika-chan benar-benar membubarkan Aqours? Bukankah....
Dia sayangkan Aqours?
Aku lihat Riko-chan memegang tangan manusia yang tidur itu. Watanabe You,awak kena bangun! Awak mesti bangun untuk betulkan semuanya!
"Bangunlah You-chan. Saya merayu pada awak untuk bangun. Hanya awak saja yang boleh kembalikan Chika kepada Chika yang lama. Tiada siapa mahu lihat Chika yang ini."
Air mataku menitis. Hatiku terasa sakit yang teramat. Marah pada diri sendiri! Kenapa aku terlaku lemah? Kenapa aku tidak mampu membuka mata ketika ini.
Apakah ini memang salahku. Jika aku tidak menjadi seperti ini,pasti Chika-chan tidak akan berubah. Memang salahku! Jadi...
Aku harus betulkan semuanya! Awak perlu bangun Watanabe You.
Awak mesti bangun!
Bersambung....
Ulasan
Catat Ulasan