SIMBF(26)

"Jangan bergerak! Awak telah ditahan." Suara nyaring kedengaran betul-betul dibelakang Hikari. Terus saja dia mengangkat kedua tangannya keudara.

"Letakkan senjata awak!" Arah suara itu lagi. Hikari akur. Dia melepaskan senjatanya setelah itu anggota berkuasa mula menangkapnya. Nasib menyebelahi mereka berdua kerana belum sempat Hikari melepaskan tembakan keduanya, pihak berkuasa telah membuat serbuan di tadika dimana mereka berada ini.

"Lepaskan saya! Saya tak bersalah." Ronta Hikari. Ketika itu Mari berjalan maju bersama detektif dari keluarga Ohara. Dia menunjukkan rakaman suara yang telah berjaya mereka rakam beberapa minggu lalu. Hikari terkedu! Hilang kata-kata.

"Awak boleh jelaskannya di balai polis nanti." Kata Mari lalu mengarahkan mereka untuk membawanya pergi. Dalam keadaan terpaksa,Hikari mengekori pihak polis itu.

"Y...You-chan?" Panggil Chika. You hanya tersenyum. Darah mengalir deras dibelakang tubuhnya. Dia masih memeluk Chika.

"Awak selamat Chika-chan. Jangan takut." Ujar You sebelum tubuhnya rebah buat kali kedua. Chika terpaku! Dia pantas mencapai tubuh You dari rebah di lantai. Seluruh anggota Aqours berlari mendapatkan mereka berdua.

"Mari! Segera memandu ke Hospital!" Arah Kanan. Tubuh You diangkat masuk ke dalam van milik Mari dan mereka terus bergegas menuju ke hospital.

*******

Mereka masih setia dihadapan bilik pembedahan. Buat kali kedua,You dibedah. Kali ini,nasib menyebelahinya kerana dia telah berjaya memperolehi seorang penderma hati untuknya. Mereka semua merasa sangat lega.

Chika masih diam membisu dari tadi. Dia masih terkejut kuasa apakah yang telah memberi kekuatan kepada You untuk selamatkannya? Tak mungkin You boleh bangun. Tapi...jika You tidak ada tadi,pasti dia sudah lama...

Mati!

"Chika-chan." Panggil Riko. Chika memandang ke arah Riko menanti gadis ini meneruskan kata-katanya. Riko memandang Chika simpati. Dia ingin tahu,apakah yang ada dalam hati temannya itu.

"Apakah You-chan masih seorang pengkhianat bagi awak?" Duga Riko. Chika kelu. 

"Apakah You-chan tetap tipu tentang perasaannya pada awak? Apakah dia khianati persahabatan awak berdua selama 10 tahun ni?" Chika masih diam. Persoalan Riko tadi,membuatkan dia berfikir. 

"Awak mengecewakan,Chika-chan. Awak langsung tak kenal siapa Watanabe You. Malah awak langsung tak pernah cuba untuk mengenalinya. Awak tak pernah cuba memahami perasaan sebenarnya pada awak. Hanya kerana satu kesilapan yang dia lakukan,awak putuskan persahabatan awak yang telah awak berdua bina selama bertahun-tahun. Awak hancurkan segalanya!" Air mata Riko mengalir. Ingin saja dia menampar Chika lagi,namun ditahan.

Chika hanya menunduk memandang lantai. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Riko berjalan menghampirinya lalu menghulurkan sesuatu padanya. 

"Mungkin jawapan kami bagi semua persoalan awak selama ini awak tak akan mempercayainya. Jawapan kami mungkin salah bagi awak. Tapi...saya rasa hanya You saja yang boleh menjawabnya dengan tepat." Kata Riko sambil menghulurkan pendrive yang diberikan Tsuki padanya. Chika memandangnya lama lalu perlahan-lahan mengambilnya dari tangan Riko.

******

Chika berbaring lesu di katilnya. Tiada selera untuk makan. Dia lebih selesa berada di dalam suasana yang suram dan gelap ini. 

"Chika-chan! Kamu tak nak makan malam?" Suara nyaring namun lembut itu menyapa telinganya. Chika diam tidak memberi sebarang jawapan balas. Shima dan Mito saling berpandangan dan mula pelik dengan sikap adik mereka itu. Sudah terlalu lama Chika tidak seperti ini.

Sudah terlalu lama!

Chika menghela nafas dan kembali membenamkan mukanya di bantal. Panggilan dan seruan dua kakaknya itu dibiarkan bagai angin lalu.

"Chika-chan,semuanya baik-baik saja?" Mito yang masih tidak puas hati mengetuk pintu bilik Chika yang berkunci. Biarpun dia kerap bergaduh bersama Chika,namun dia tetap risaukan Chika jika ada perkara yang berlaku kepada adiknya itu.

"Chika-chan,kalau kamu dengar tolonglah jawab." Ujarnya lagi. Dia terlalu risau jika Chika melakukan tindakan gila dan tidak masuk akal. Sudah lama dia tidak lihat Chika dalam keadaan ini. Biasanya dia seorang yang sangat ceria tanpa sebarang masalah.

"Chika-chan...,"

"Saya tak ada rasa nak makan. Boleh Mito-nee tinggalkan saya sendirian?" Mito terpana dengan suara sayu tidak bermaya itu. Suara Chika!

"Erm..baiklah. Tapi jangan lakukan perkara yang gila dan tak masuk akal." Nasihatnya lalu beredar pergi dari bilik Chika. Chika melihat pendrive yang diberikan Riko kepadanya lama. Entah kenapa,dia menyimpan pendrive itu dengan sangat baik walaupun dia masih tidak ada rasa untuk melihat isi di dalamnya.

"Apakah saya patut melihat isinya?" Tanyanya pada diri sendiri. Dia ragu. Apakah jawapan tepat bagi semua persoalan dan keraguan hatinya selama ini ada di dalam pendrive ini. Dia bangkit dari baringannya dan berjalan menuju meja belajar. Dibuka komputer ribanya lalu dimasukkan pendrive tersebut kedalam soket.

Buat Watanabe You di masa depan,
Apakah awak rasa gembira? Jika awak tanyakan soalan itu kepada saya,maka saya akan jawab..

Ya!

Saya gembira malah lebih kepada perasaan bahagia.
Saya bahagia!

Saya harap awak akan tetap terus menyokong dan berada disisi Chika-chan walaupun awak sudah menjadi kapten kapal yang hebat. Saya harap awak sentiasa pegang pada janji awak bahawa awak akan sentiasa pastikan monster normal seperti Chika itu sentiasa selamat dan terlindungi daripada sebarang tindakan yang memudaratkan dirinya sendiri.

Bukankah awak ingin lakukan banyak perkara bersamanya?

Jadi...teruslah menyokongnya. Terus disisinya dan jangan pernah meninggalkannya. Walaupun pada satu saat Chika-chan meminta awak untuk pergi kerana Chika-chan tidak lagi memerlukan awak. Tapi...awak adalah Watanabe You!

Awak sentiasa berpegang pada janji,kan?

Jadi...peganglah janji untuk sentiasa bersamanya walaupun dari jauh.

Peganglah janji bahawa awak tak akan pernah meninggalkannya meskipun Chika-chan meninggalkan awak.

Saya mohon pada awak,
You-chan dimasa depan.


Kehadapan diriku dimasa lalu,
Apakah Chika-chan akan baik-baik saja jika awak pergi? Apakah segalanya akan berjalan lancar? Apakah Aqours yang telah awak berdua pertahankan akan sama setelah awak pergi nanti? 

Apakah saya harus katakan padanya bahawa saya sakit? Tapi..sekiranya saya katakan,pasti saya akan buatnya sedih dan hilang semangat untuk teruskan Aqours dan capai cahaya dan bersinar. Saya tak mahu itu terjadi!

Jadi...apakah cara terbaik yang tinggal adalah rahsiakan penyakit ini daripada pengetahuan Chika-chan? Tapi...bagaimana jika satu hari nanti dia mendapati bahawa awak semakin lemah dan tidak bertenanga? Bagaimana awak mahu jelaskan segalanya padanya?

You-chan,apakah awak akan tetap kuat untuk bertahan demi Chika-chan? Apakah diri awak masih mampu untuk lakukan perkara itu walaupun awak sendiri tahu bahawa tubuh awak sudah tidak mampu menahannya?

Tapi...saya tak akan maafkan diri sendiri sekiranya Chika-chan berputus asa hanya kerana saya. Saya tak mahu dia berputus asa! Saya mahu dia teruskan apa yang telah dia mulakan dan saya ingin lihat Chika-chan tamatkannya dengan kejayaan yang bagus dan sempurna. 

Saya mahu lihat sendiri. Dan...saya mahu impian Chika-chan untuk menjadi idol itu menjadi kenyataan. Saya mahu pastikan itu kerana saya akan membawa nama Takami Chika ke seluruh dunia dengan kapal saya nanti.

Jadi...tolonglah bertahan sikit lagi...
You-chan.

Chika sangat terkejut membaca dua jenis surat yang berbeza tarikh yang ada di dalam salah satu fail ini. Satu surat ditulis ketika You berusia 10 tahun dan satu lagi dituliskan ketika You berusia 18 tahun. Iaitu...

Masa kini!

Chika menonton setiap video yang ada di dalam fail itu. Video itu kebanyakkannya ketika You di pusat latihan. Tidak disangka You masih berkesempatan untuk membuat video walaupun dia sibuk dengan latihan. Satu video dibuka oleh Chika. Namun pada video itu terdapat kata laluan yang perlu diisi. Chika berfikir sejenak. Apakah kata laluan yang mungkin akan difikirkan oleh seorang Watanabe You.

Jarinya menaip kata laluan itu pada pad kekunci.

0108!

Sekali lagi Chika terkejut. Kata laluan yang dibuat oleh You adalah tarikh lahir Chika sendiri. Terus saja dia menekan butang main pada video itu.





Bersambung....





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)

SIMBF(18)