SIMBF(17)
Hikari memerhati lama ke arah kepingan gambar dua sahabat yang sedang tertawa gembira. Wajahnya masam memandang ke arah gambar itu. Manusia di dalam gambar itu ialah Chika dan You yang sedang berpeluk dileher sambil tersenyum bahagia di aquarium Numazu. Hikari menjadi sakit melihat gambar itu lalu terus mengoyakkan kepingan gambar itu menjadi dua. Dia melekatkan kepimgan gambar Chika di dinding biliknya manakala kepingan gambar You dibakarnya.
"Sekarang...masa untuk pembalasan atas setiap perbuatan awak,Watanabe You." Ujar Hikari lalu dia membuang kepingan gambar You yang sedang hancur terbakar itu. Dia bangun dan berjalan pergi meninggalkan bilik itu.
"Argh!!" Ujar Chika sambil mengeliat meluruskan pinggangnya akibat duduk terlalu lama. Gadis penggila mikan ini masih memikirkan lakaran terbaik untuk lirik lagu bagi persembahan terakhir mereka di pentas Love Live nanti.
"Bagaimana hasilnya,Chika-chan?" Tanya Riko yang pastinya sedang duduk di kerusi piano membayangkan melodi lagu baru mereka. Dia menanti lakaran lirik yang pastinya sedang ditulis oleh Chika. Chika hanya mengukir sengih.
"Ini saja yang otak saya mampu hasilkan setakat ini,Riko-chan. Saya harap awak sukakannya." Ujar Chika sambil menghulurkan buku lakaran liriknya kepada Riko. Riko menyambut huluran itu lalu membaca lirik yang baru ditulis Chika.
Riko memandang Chika dengan wajah jengkel setelah selesai membaca lirk itu. Chika menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tertawa janggal. "Bukankah saya sudah kata. Hanya itu saja yang otak saya boleh fikirkan." Jawabnya. Riko menghela nafas malas.
"Jika liriknya begini,bagaimana mahu nyanyikannya? Ianya akan kedengaran pelik tahu." Ujar Riko.
"Tak bolehkah awak ubah saja melodinya?" Riko menggeleng tanda jawapan.
"Dengan mengubah melodinya bukan bererti liriknya akan kedengaran baik. Melodi hanya berfungsi untuk menghasillan kesan irama dalam musik itu sendiri. Lirik adalah asasnya." Jelas Riko.
"Kedengarannya seperti awak berdua ada masalah untuk siapkan lirik untuk lagu terakhir itu. Perlukan bantuan?" Suara You menghentikan perbualan mereka berdua. Masing-masing memandang ke arah gadis tomboy ini.
"Lebih kuranglah. Lihatlah lirik yang ditulis Chika-chan ni. Bukankah ianya kedengaran pelik?" Kata Riko memintapendapat You. You mengambil buku itu dan membaca liriknya. Setelah itu,dia memandang Chika.
"Apa yang awak ingin sampaikan dalam lirik ini Chika-chan?" Tanyanya. Chika menggaru pipinya yang tidak gatal sambil berfikir sejenak.
"Sebenarnya...topik utamanya adalah tentang hati yang menari gembira." Jawab Chika. You dan Riko saling berpandangan. "Jadi..,?" Tanya You yang kurang faham.
"Hati yang gembira? Topik yang terlalu biasa. Macam mana kalau awak kecilkan sedikit topiknya." Cadang Riko pula. Chika menghampiri dua sahabatnya ini.
"Apa yang saya cuba maksudkan adalah hati yang gembira ketika segala yang dihasratkan menjadi kenyataan." Jelas Chika. You dan Riko menjadi tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut penjelasan Chika mengenai kisah disebalik lagu baru mereka ini.
"Ianya akan bersinar ketika impian yang sudah lama menjadi mimpi baginya menjadi kenyataan. Malah sinaran itu tidak akan pernah pudar. Malahan akan semakin bersinar dan terus memancar." Jelas Chika sambil tersenyum. You terus tersenyum lalu mula mencapai pensil yang tidak jauh darinya. Tangannya pantas menuliskan sesuatu dalam buku lirik Chika.
"You-chan?"
Riko dan Chika asyik memerhati tingkah You yang dengan tekun menulis. Tidak mengambil masa yang lama untuk menulisnya,dan terus menyerahkan kepada Riko.
"Bagaimana dengan ini? Ianya sesuai?" Duga You sambil tersenyum. Riko dan Chika membaca lirik yang ditulis You. Kebanyakkan lirik yang ditulis Chika ditukar dan ada yang dibaiki pembentukan ayatnya agar kedengaran lebih menarik. Chika teruja membaca lirik itu sebaliknya dengan Riko.
Riko cukup faham lirik yang baru saya ditulis oleh You ini mengenai hasrat You sendiri untuk bersinar bersama Chika. Dia ingin sentiasa memastikan mimpi Chika menjadi kenyataan dan dia akan sentiasa pastikan cahaya itu tidak akan pudar. Lirik itu membuatkan Riko sebak. Jelas sekali You terlalu memaksa dirinya untuk Chika dan dia akan terus lakukannya demi Chika.
"Wah,You-chan! Tak sangka awak begitu pandai menulis lirik lagu. Liriknya hebat dan memiliki makna yang cukup mendalam. Saya sukakannya." Puji Chika tanpa menyedari apa-apa. You tersenyum. Dia berusaha membuat muka bangga dihadapan Chika dan Riko.
"Saya sudah banyak belajar menulisnya sendiri. Lagi pun Aqours mempunyai seorang penulis lirik yang kurang berkemahiran. Jadi saya dan Hanamaru terpaksa bekerja keras untuk memastikan liriknya sentiasa kedengaran cantik dan bermakna." Selamba You menjawab.
Pap!
Bahunya ditampar lembut oleh Chika. Chika memeluk tubuh dan terus memalingkan mukanya daripada You dan Riko. Disangkanya bahawa You akan membelanya daripada tempias amarah Riko,tapi sebaliknya pula yang jadi. You dan Riko sekali lagi berpandangan dan tertawa kecil. Mereka berdua menghampiri Chika yang jelas sekali sedang merajuk. Tubuhnya dipeluk mereka berdua.
"Leader Aqours harus kuat dan kental,Chika-chan." Pujuk You.
"Lagipun kata-kata yang menyakitkan itu akan membuatkan awak semakin bersemangat untuk berusaha menjadi yang terbaik." Sambut Riko pula. Dia memandang tepat ke arah You dan mengukir senyuman manis penuh makna.
"Atau...awak sudah menyerah untuk mencapai cahaya kita?" Ujar Riko dan You serentak. Dengan sengaja mereka menekankan perkataan 'menyerah' itu agar Chika kembali bersemangat.
Mendengar saja perkataan menyerah yang dilontarkan oleh kedua temannya ini membuatkan Chika merenung mereka tajam. "Siapa cakap saya merajuk? Saya cuma memikirkan satu gaya untuk menjadikan lirik itu bertambah bagus. Mana ada saya ingin menyerah!" Balas Chika.
You dan Riko tersenyum bangga. Itulah Takami Chika yang mereka kenal. Tidak pernah menyerah jauh sekali putus asa. Setiap kali mendengar dua perkataan itu akan membuatkan dirinya semakin tercabar dan bersemangat. Penggera berbunyi di telefon Chika.
"Alamak! Saya hampir terlupa! Hari ini giliran saya untuk sediakan mandian air panas untuk pengunjung di rumah. Jumpa awak berdua esok." Kata Chika llau bergegas pergi meninggalkan Riko dan You. Sebaik saja Chika pergi dari situ,Riko terus memandang You kesal.
"Kenapa awak langsung tak katakannya pada Chika,You-chan? Awak mendera diri awak sendiri." Kata Riko menahan sebak.
"Mendera apa yang awak maksudkan Riko-chan? Perkara apa yang saya sembunyikan dari Chika-chan? Saya rasa tidak ada perkara yang saya sembunyikan daripadanya." Jawab You berdalih.
"Awak ada,You-chan!" Balas Riko. Dia mengepalkan penumbuk bukan niat untuk memukul You sebaliknya mengawal perasaannya.
"Tumor yang ada di kepala awak dan ianya memerlukan pembedahan segera! Tapi...kenapa awak tak katakan perkara itu pada Chika-chan? Kenapa awak harus seksa diri awak sampai sejauh ini?" Tanya Riko dengan suara sebak. You tersenyum lalu dia memegang lembut kedua bahu Riko.
"Jangan risau,sahabat. Semuanya akan berakhir tak lama lagi. Saya akan lakukan pembedahan sebaik saja kita menang Love Live. Saya janji. Semuanya akan berakhir dengan baik." Pujuk You. Riko memegang tangan You lemah. Tanpa dia sedar,air matanya telah mengalir keluar dari kelopak mata.
"Itu mungkin sudah terlambat,You-chan." Tangis Riko. Pantas tubuhnya dipeluk oleh You. Riko menangis sepuas-puasnya dalam pelukan You. "Saya tak mahu jadi orang tengah antara hubungan awak berdua. Saya mahu menjadi sebahagian daripada awak berdua dalam persahabatan ini,You. Saya tak mahu mengambil tempat awak dihati Chika-chan. Saya mahu tempat saya sendiri dalam hatinya tapi saya tak akan biarkan tempat istimewa awak diambil orang lain terutama sekali saya!" Tangis Riko lagi.
You mengusap lembut belakang Riko menenangkannya. Dia membalas pelukan itu. "Jangan risau,Riko-chan. Semuanya akan baik. Percayalah." Bicara You perlahan. Namun disebalik wajah tenang You itu tersembunyi 1001 rahsia.
Bersambung...
Ulasan
Catat Ulasan