SIMBF(25)
Chika masih membisu setelah dia menjejakkan kaki ke dalam ruangan ini. Dalam hatinya berharap agar Hikari ada disini untuk menjemputnya agar dia boleh segera pergi. Tidak perlu dia menjawab setiap pertanyaan manusia-manusia dihadapannya ini.
"Kenapa keras kepala sangat awak ni,Chika?" Tanya Kanan tidak puas hati. Selama sejam mereka disini,satu pun soalannya tidak dijawab oleh gadis penggila Mikan ini. Disisinya masih setia Mari dan Dia untuk menenangkannya agar dia tidak bertindak diluar kawalan.
Chika masih diam. Malas mahu dia berbalas kata dengan Kanan. Baginya,manusia-manusia dihadapannya ini bukanlah siapa-siapa baginya. Dia bangkit dari duduknya dan ingin beredar pergi. Namun tangannya dipegang oleh Riko.
"Duduk,Chika-chan." Arah Riko.
"Awak siapa mahu arah saya?" Balas Chika. Baru ini dia bersuara selepas sejam. Dia merentap kasar tangannya yang dipegang Riko dan berjalan keluar dari ruangan itu. Riko memandang tepat kearah Yoshiko dan Hanamaru. Kedua mereka mengangguk faham lalu terus saja menerpa ke arah Chika dan menghalangnya dari keluar.
"Lepaskan sayalah!" Tengking Chika.
"Ada perkara yang perlu dibincangkan,zura."
"Yohane tak akan lepaskan iblis kecil yang dah berdosa!"
"Lepaskan sayalah! Awak semua memang...," belum sempat Chika hendak menghabiskan ayatnya,bahunya dipegang oleh Dia lalu tubuhnya ditolak sehingga melekat pada dinding. Wajah gadis tsundare ini sangat dingin dan menyeramkan. Ruby bersembunyi dibelakang Hanamaru kerana takut melihat kelakuan kakaknya.
"Kami semua memang apa,Chika?" Soal Dia dingin. Chika meneguk liurnya gerun. Debaran dijantungnya kini bagaikan dia sedang berlari. Dia cuba sembunyikan rasa takutnya agar tidak dapat dihidu oleh manusia depannya ini. Riko berjalan menghampiri mereka. Dia memandang Chika penuh berharap agar gadis ini akan berlembut hati kali ini.
"Tolonglah Chika-chan. Hanya kali ini saja dengar cakap kami. Pergilah lawat You-chan dihospital. Cukuplah walau hanya sekali. You-chan menunggu awak." Pujuk Riko lembut . Chika tertawa kecil. Dia tersenyum sinis.
"Untuk apa? Untuk buat hati saya sakit dengan apa yang dia dah buat pada saya? Kali ini saya benar-benar kecewa dengan dia. Sanggup dia khianati saya sampai macam ni sekali? Kenapa tak terus terang saja sejak 10 tahun lalu..,"
Pang!
Chika memegang pipinya yang terasa perit akibat tamparan Riko tadi. Seluruh ahli Aqours yang lain turut terkejut dengan tindakan Riko tadi. Dia dikenali sebagai antara anggota yang tenang mamlu bertindak seperti itu.
"Awak...,"
"You tak pernah khianati awak Chika-chan. Percayalah. Dia sedang cuba lindungi awak dan dia akan terus lakukannya walaupun terpaksa korbankan nyawanya sendiri. Cuma...awak saja yang tak pernah cuba nak faham apa yang ada dalam hatinya. Awak...,"
"CUKUP!"
Riko terdiam setelah mendengar tengkingan itu. Dia memandang Chika yang sedang memandangnya tanpa perasaan. Dia tidak tahu apa yang ada difikiran Chika ketika ini. Jika You ada pasti You sudah berjaya memujuknya.
"Jangan cakap apa-apa lagi. Saya tak mahu dengar lagi."
"Tapi itulah apa yang perlu awak dengar dan tahu,Chika!" Potong Kanan. Dia memang sudah tidak bolsh bersabar dengan sikap keras kepala Chika ini. Dia berjalan menghampiri Chika.
"You hanya mahu lindungi awak kerana dia sayangkan awak." Sekali lagi Chika tertawa sini.
"Lindungi saya? Sayang saya? Heh! Mengarut! Pergi matilah dengan semua tu. Saya tak percaya semuanya." Ujar Chika. Riko mengetap giginya menahan geram. Air matanya sudah bertakung melihat sikap Chika ini.
"Apa tempat istimewa You dihati awak sudah diambil,Chika-chan? Atau..adakah sudah tiada lagi ruang istimewa itu untuk You,kawan yang paling istimewa bagi awak?" Sengaja Riko menduga. Chika memandang Riko tajam.
"Ya! Memang sudah tiada lagi tempat walau sedikit untuk pengkhianat itu! Saya bencikannya! Biarlah saja dia mati." Setelah selesai berbicara,Chika berjalan keluar dari ruangan tersebut. Semua mata memandang susuknya yang semakin menghilang. Riko meraup mukanya dengan kedua tangan. Kecewa dengan sikap Chika.
Awak mesti bangun,You-chan. Awak mesti jelaskan semuanya pada Chika-chan. Tolonglah..
Bangun.
*******
Watanabe You POV
Aku berjalan-jalan tanpa arah tuju. Maklumlah kini aku berada di alam bawah sedarku sendiri. Tubuh asliku disana masih lagi tidur lena disana atau mungkin...
Dia tidak akan bangun lagi.
"Bangun,You-chan."
Langkahku terhenti.
"Awak mesti bangun You-chan. Dia perlukan awak."
Awak mencari punca suara itu. Mana mungkin akan ada orang lain disini kecuali aku. Inikan alam bawah sedarku,jadi...tak mungkin ada orang lain,kan?
"Lindunginya You-chan."
"Hanya awak saja yang mampu lakukannya."
"Tolonglah bangun."
Bila aku amati semula suara itu terasa sangat familiar dipendengaran ini. Itu adalah suara kawan-kawanku yang merayu agar aku bangun. Setia betul mereka mengharapkan agar aku bangun dan bersama mereka lagi. Tapi...
Apalah aku masih boleh?
Mungkin saja,tapi peluang untuk aku hidup lama mungkin singkat kerana aku masih menanti penderma hati untukku. Ya! Hatiku hancur akibat kemalangan dulu. Mungkin tidak akan ada tapi jika aku bertuah,mungkin keajaiban itu wujud.
"Dia dalam bahawa You-chan. Awak mesti bangun dan selamatkannya."
Sekali lagi amu tersentak. Suara itu! Apakah aku tidak salah dengar?
"You-chan,bangunlah. Dia perlu dilindungi. Dia dalam bahaya sekarang. Bangun!"
Suara itu lagi! Suara itu!
Suara itu kedengaran seperti....
********
"Kemana kita nak pergi ni,Hikari?" Chika masih berjalan mengekori Hikari. Sudah lama mereka berjalan,namun Hikari langusng tidak katakan bahawa dia akan bawanya kemana.
"Kita dah sampai,Chika-chan." Kata Hikari lalu memandang Chika dibelakangnya. Lampu tiba saja terbuka. Chika pelik melihat sekeliling. Seperti dia sangat mengenali tempat ini.
Tadika mereka!
"Ke...kenapa awak bawa saya kesini,Hikari-chan?" Tanya Chika gugup. Apa yang Hikari cuba tunjukkan padanya? Hikari tertawa kecil.
"Awak sudah lupa apa yang pernah terjadi disini 10 tahun lepas?" Duga Hikari. Chika kelu. Tak mungkin! Apa tujuan Hikari.
"Maksud awak? Apa yang terjadi disini 10 tahun lepas?" Tanya Chika ingin tahu. Hikari tersenyum sinis.
"Awak lupa? Tak mengapa. Saya akan ingatkan awak." Ujar Hikari lalu menarik tadi dan tirai terbuka. Chika terpana! Dibalik tirai itu terdapat patung yang seolah sedang melakukan pertunjukkan teater. Kelihatan patung itu sama seperti...
Diri Chika sendiri. Chika kelu. Apakah yang ingin ditunjukkan oleh Hikari sebenarnya,namun Chika masih tetap terus melihat persembahan teater itu. Segalanya berjalan lancar sehinggalah salah satu soket lampu tercabut dan menyebabkan kemalangan besar berlaku.
Peluh sejuk merembes keluar. Tubuh Chika mengigil ketakutan. Itu adalah...
Masa silam yang ingin dia lupakan. Hikari tersenyum manis penuh makna setelah melihat keadaan Chika. Nampaknya dia sudah ingat segalanya. Hikari maskh berpura-pura.
"Kenapa Chika-chan? Apa yang tak kena dengan awak?"
"Kenapa semuanya terjadi,Hikari? Kenapa awak.." Chika berjalan mengindur sedikit ketika melihat Hikari mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Sepucuk pistol!
"Kenapa awak takut Chika-chan? Bukankah awak ingin akhiri hidup awak disebabkan perkara itu? Tapi kenapa awak masih hidup sehingga hari ini?" Tanya Hikari sinis. Chika mengetap bibirnya takut.
"Kerana You-chan...,"
"You-chan halang awak? Jangan risau,dia tidak ada lagi di dunia ni untuk halang awak atau lindungi awak. Jadi...awak boleh lakukannya kali ini."
"Maksud awak?"
"Tumor otak,dilanggar kereta yang dipandu selaju 100km/jam sehingga menyebabkan dia terpaksa mencari penderma hati. Saya tak rasa dia boleh bertahan lebih lama." Jelas Hikari. Chika terkejut! Bagaimana Hikari boleh tahu?
"Macam mana awak..."
"Macam mana saya boleh tahu? Ianya mudah jika awak tak terlalu bodoh untuk terpedaya dengan semua kata-kata saya."
"Jadi...awak yang rancang semua ni? Tapi kenapa? Bukankah kita kawan?"
"Saya kawan dengan awak? Saya hanya nak hapuskan awak tapi bila melihatkan yang saya sukar nak dekati awak kerana You sentiasa bersama awak,jadi...saya fikir saya harus hapuskan dia dulu. Sekarang...dia dah tak ada jadi kerja saya lebih mudah kerana awak terlalu bodoh,Takami Chika."
"Tapi kenapa?"
"Saya tak sukakan awak! Saya tak suka bila saja awak gembira kerana saya tak pernah merasainya. Jadi...saya akan pastikan bahawa awak rasa apa yang sayandah lalui."
Chika semakin ketakutan. Selama ini,Hikari hanya menipunya. Segalanya adalah tipu dan dusta! Chika langsung tidak percaya pada kata-kata yang lain hanya kerana terlalu mempercayai Hikari. Sehingga dia sanggup...
"Selamat tinggal,Takami Chika." Ujar Hikari lalu memegang picu pistol. Chika menutup matanya menanti peluru pistol yang akan melekat ditubuhnya. Jika dia hidupnya berakhir begini,dia terima.
Bang!
"Tidak,Chika-chan!!"
Tsuki berjalan bersama anggota Aqours menuju ke wad dimana You ditempatkan. Sepanjang perjalanan mereka masih membincangkan tentang isu penderma hati untuk You.
Sebaik saja Tsuki membuka pintu,seluruh mereka terkelu. You tiada dikatilnya! Katil itu kelihatan berselerak.
"Apakah You-chan sudah sedar,zura?"
"Kalau benar dia sudah sedar,ke mana dia pergi?"
"Mari cari dia. Saya harap dia masih dikawasan sini!" Ujar Kanan lalu mereka mula bergerak bagi mencari gerangan manusia itu. Apakah mereka akan berhasil mencarinya?
Sementara itu....
Hikari terpana! Tembakannya bukan mengenai Chika,tetapi...
Chika tidak merasakan tubuhnya terlena peluru pistol,sebaliknya terasa dipeluk. Dia membuka matanya lalu melihat susuk yang sudah menyelamatkannya dengan sanggup mengorbankan dirinya sendiri itu.
"Y..You-chan?"
Ya! Manusia itu adalah You. Dia memeluk Chika erat bagi mdlindunginya terkena tembakan Hikari. Sebaliknya dia yang terkena tembakan itu. Pelukan mereka dileraikan dan You menatap Chika dengan senyuman sementara Chika sudah hilang kata-kata.
"Masoh hidup lagi awak rupanya. Tak mengapa,saya boleh tamatkan hayat awak berdua serentak." Ujar Hikari dan mengacukan pistol ke arah You dan chika.
"Jangan bergerak! Awak ditahan!"
Bersambung...
Cuma sikit lagi nak habis.
Ulasan
Catat Ulasan