SIMBF(18)

Sudah hampir sebulan Hikari berada di Uchiura,namun You masih. Belum lihat sebarang tanda bahawa Hikari akan bertindak. Namun,dia masih tetap berhati-hati dan sering memerhatikan Chika. Dia takut bahawa jika terleka,pasti Hikari akan mula bertindak. 

"Hari sudah lewat. Rasanya baik kita kita berhenti disini. Kita boleh sambungnya esok." Ujar Dia ketika melihat matahari hampir terbenam. Semua ahli Aqours yang sedang sibuk membuat persediaan untuk pertandingan akhir Love Live lagi beberapa minggu terpana dengan kata-kata Dia itu.

"Tapi...persiapannya...,"

Belum sempat Chika hendak menghabiskan kata-kata sudah dipotong oleh Dia. "Masih ada hari esok untuk melakukannya. Kita perlukan rehat untuk persediaan latihan hari esok. Jangan memaksa diri." Ujarnya lagi. Chika hanya menghela nafas akur dengan keputusan Dia itu. 

Malam itu.....

You seperti biasa melakukan latihan persendiriannya. Dia akan berlari sejauh 15 kilometer mengelilingi bandar Uchiura. Dia harus memastikan bahawa dirinya bersrdia untuk ujian akhir di pusat latihan nanti. 

"Dia sudah menghampiri cik."

"Bagus. Sekarang mulakan rancangan dan jangan sampai gagal."

"Baiklah cik."

Kereta mewah hitam yang berada dihujung jalan mula dihidupkan enjinnya dan meluncur laju membelah jalan. Ketika itu You yang sedang berlari dibahu jalan tidak menyedari kenderaan dibelakangnya. Akibat dari biasan cahaya yang kuat dia menoleh. Belum sempat dia hendak melihat wajah pemandu dan nombor kereta...

Chika dan Riko sedang bersantai di balkoni bilik masing-masing. Memandangkan rumah dan bilik mereka bersebelahan,membuatkan mereka sangat rapat dan membicarakan banyak hal. 

"Apakah awak gugup,Chika-chan?" Tanya Riko ingin tahu sedangkan dia sudah cukup tahu perasaan Chika.

"Saya gugup? Tentang apa?" Tanya Chika tidak faham.

"Tentang Love Live akhir. Apakah awak tidak merasa gugup kerana tidak lama lagi kita akan hadapinya. Kali pertama kita menjuarainya dan apakah kali ini Aqours mampu menjuarainya lagi?"

"Pasti! Saya yakin pada Aqours dan kita semua. Kita pasti mampu untuk menjuarainya kerana kita adalah Aqours. Kita memiliki cahaya sendiri dan kita semua akan sinarkan cahaya itu dipentas akhir Love Live.

Riko mengukir senyum. Chika begitu semangat sekali seperti biasa. "Adakah kerana You-chan sertai kita sebagai ahli kedua Aqours?" Riko menduga. Chika hanya tersenyum namun dari senyuman itu cukup sebagai jawapan pada soalan Riko tadi.

"You-chan adalah ahli kedua Aqours dan akan tetap menjadi ahli kedua Aqours buat selamanya. Begitu juga dengan disini." Ujar Chika lalu menunjukkan ke dadanya. Tepat sekali hatinya. Riko tersenyum dengan jawapan Chika itu.

"You-chan sangat istimewa bagi awak,kan?" Sekali lagi Riko menduga. Pantas Chika mengangguk. "You-chan terlalu istimewa dihati saya dan saya tak mahu tempat istimewa You dihati saya diambil orang lain. Biarlah tetap menjadi milik Watanabe You." Jelas Chika.

"Bagaimana dengan awak,Riko-chan? Apakah You-chan juga istimewa dihati awak?" Kini giliran Chika pula menyoal Riko. Riko sempat tertawa kecil sebelum menjawab soalan itu.

"Sudah tentu. Walaupun tempatnya tidaklah seistimewa tempat Yoshiko,tapi saya tetap sayangkan You-chan seperti saya sayang diri sendiri." Jawab Riko yakin. Benarlah itu juga kata hatinya. Dia menyanyangi You sama seperti dia sayangkan Chika dan anggota Aqours yang lain.

Bip! Bip! Bip!

Bunyi deringan ditelefon Chika membuatkan perbualan mereka berdua terhenti. Pantas Chika mendapatkan telefonnya yang diletakkan dikatilnya dan melihat si pemanggil. 

Kanan-chan!

Segera Chika kembali ke balkoni dan dapatkan Riko lalu menjawab panggilan dan membuka pembesar suara. Apa agaknya yang ingin diberitahu oleh Kanan pada lewat malam begini?

"Mochi-mochi? Kanan-chan?" Sapa Chika. Sunyi dihujung talian ketika ini namun Chika dan Riko setia menanti sambutan daripada Kanan dihujung talian.

"Chika......,"

*********

Chika pantas berlari tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya. Malahan beberapa orang yang sudah dilanggarnya langsung dia tidak ambil peduli. Dia ingin sampai ke tempat tujuannya. Malah,Riko yang tadinya berlari disampingnya kini sudah ketinggalan dibelakang juga diabaikan. 

Chika masuk kedalam bilik rawatan yang mana kelihatan Kanan,Mari,Dia dan Ruby. Puan Watanabe dan Tsuki juga ada disitu. Tidak lama kemudian,Riko,Yoshiko dan Hanamaru menghampiri mereka. Chika terpaku melihat gerangan yang sedang terbaring separuh sedar bersama lumuran darah ditubuhnya. Chika terkejut! 

Sungguh terkejut!

Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh itu lalu memegang tangannya. Entah kenapa air matanya bertakung. "Y...You...chan?" Serunya gagap. Dia bagaikan tidak percaya bahawa manusia yang sedang terbaring ini adalah teman terbaiknya. You memandang ke arah Chika lalu mengukir senyuman semanis mungkin buat sahabat kesayangannya ini.

"Daijoubu,Chika-chan. Saya tak apa-apa. Ianya tak sakit." Pujuk You lemah sebelum dia menutup matanya. Doktor dan jururawat yang ada di bilik itu mula melakukan kerja mereka. 

"Maafkan kami,tapi tolong keluar. Kami ingin memeriksa mangsa." Kata salah seorang doktor itu. Terpaksa akur dengan arahan itu,mereja terpaksa keluar dari bilik rawatan itu sebelum jururawat menutupnya. Mereka harus menjalankan tugas mereka segera dan ingin menyelamatkan mangsa.

Masing-masing mengalihkan pandangan kearah Chika. Dia diam dari tadi. Ssketika itu seseorang datang tergesa-gesa bagaikan cemas. "Apakah You-chan tidak apa-apa?" Tanyanya cemas. Orang itu ialah Hikari. Mereka hanya diam membisu tidak mahu menjawab soalan itu.

Melihatkan reaksi itu,Hikari terus menghampiri Chika yang sedang duduk membatu. "Chika-chan,apakah You-chan baik-baik saja?" Dua bertanya lagi. Chika memandangnya sendu.

"Doktor baru saja merawatnya. Jadi kami masih tak tahu keadaannya." Jawab Chika lemah. Hikari terkejut. Dia meletakkan tangannya ke dada. 

"Pasti awak sangat terkejut sekarang Chika-chan. Apakah awak memerlukan pelukan hangat dari kawan lama awak?" Duga Hikari lalu menarik Chika masuk kedalam pelukannya. Ketika itu,anggota Aqours yang menyaksikan situasi itu terasa jengkel terutama sekali Kanan. Gadis ini sudah mencuri slogannya.

"Sabarlah Chika-chan. Pasti You-chan akan selamat kerana dia seorang yang kuat." Ujar Hikari lagi. Atau mungkin juga tidak...

Seorang doktor keluar dari bilik rawatan. Wajahnya resah sekali bavaikan satu masalah telah menimpa pesakit yang sedang dirawatnya. Masing-masing menghampiri doktor itu bagi mengetahui perkembangan You.

"Pesakit perlu dibedah segera. Jika tidak dia tidak dapat diselamatkan." Ujar doktor itu. Kenyataan itu membuatkan Chika pelik namun tidak bagi yang lain. Apakah yang doktor ini maksudkan.

"Maksud doktor apa? Kawan saya hanya kemalangan dan tak mungkin perlukan pembedahan segera. Apakah yang menyebabkan nyawanya dalam bahaya?" Semakin cemas yang lain dibuatnya dengan soalan itu dan semakin cemas apabila menanti jawapan daripada doktor tersebut.

"Ketumbuhan diotaknya semakin bahaya. Jika tidak dibuang segera,dia mungkin tidak dapat diselamatkan. Dia juga mengalami keretakan tulang yang teruk dan hampir seluruh organ dalamannya rosak dan hancur. Kami memerlukan penderma untuk organ dalamannya itu. Kami perlu lakukannya dengan segera jika mahu nyawanya selamat." 

Mendengar penjelasan doktor itu membuatkan Puan Watanabe runtun. Terus sahaja dia memeluk Tsuki. Tidak sanggup mendengar penderitaan anak tunggalnya itu. Siapalah manusia yang tergamak melanggar anaknya yang tidak bersalah itu?

Chika terkejut mendengar keterangan doktor itu membuatkan Chika terkejut. Belum sempat dia hendak bertanya lebih lanjut,pantas Tsuki memintas. "Lakukan saja! Lakukan saja pembedahan itu dan cuba selamatkannya. Buanglah ketumbuhan di otaknya itu dan biarlah dia pulih." 

"Tapi buat masa sekarang,kami masih belum ada penderma untuk organ dalamannya. Tapi kami akan cuba untuk dapatkan penderma." Jelas doktor tersebut. Tsuki mengetap giginya. Jika hal ini akan membuatkan rahsia yang cuba disembunyikan pada Chika akan terbongkar,dia tidak peduli. Dia mahu You terus hidup.

"Lakukan saja dan selamatkan pesakit. Tolonglah,saya merayu." Ujar Tsuki lagi. Doktor itu hanya mengangguk akur dan mengarahkan Puan Watanabe mengikutinya. Sementara itu,Chika masih tertanya-tanya.

"Apa maksud awak tadi,Tsuki-chan?" Tsuki menoleh ke arah punca suara itu. Dia sudah jangka perkara ini akan terbongkar dan dia akan beritahunya pada Chika walaupun You langsung tidak akan izinkannya.

"Tumor atau dalam kata lain iaitu ketumbuhan mijor di otak telah menyebabkan dia semakin hari semakin lemah dan mudah penat. Tumor itu sudah berada ditahap keempat dan sepatutnya You dibelah lebih awal daripada ini." Jelas Tsuki.

"Awak mengetahuinya tapi kenapa tak beritahu kepada kami?!"

"Gomen. Bukan hanya Tsuki saja yang mengetahuinya. Kami semua juga tahu tentang hal ini,Chika-chan." Ujar Mari bersikap jujur. Chika memandang setiap satu persatu anggota Aqours. Perasaannya bercampur aduk ketika ini.

"Awak semua mengetahuinya? Tapi kenapa langsung tak katakannya pada saya? Kenapa rahsiakannya pada saya?" Tanya Chika kesal. Mengapa perkara penting seperti ini langsung tidak diketahuinya.

"Gomen ne,Chika tapi You yang melarang kami untuk beritahu awak. Malah dia memaksa kami berjanji bahawa akan merahsiakannya daripada awak." Jelas Dia. Chika menghela nafas kesal. Dalam diam,Hikari bersorak gembira. Tidak lama lagi rancangannya akan berjaya. 

"Mengikut perancangan,You-chan memang mahu lakukan pembedahan itu. Dia mahu sembuh kembali kerana awak tapi setelah Aqours memang Love Live. Dia sudah janji begitu,Chika-chan percayalah." Ujar Riko. Dia memegang bahu Chika namun ditepis oleh Chika. Wajahnya dingin sekali.

"Tipu! Jika You-chan memang mahu sembuh,mengapa dia tidak jujur katakan pada saya bahawa dia sedang sakit?! Apakah memang benar dia ingin meninggalkan saya dari dunia ni?" Duga Chika dingin. Semuanya terlejut dengan kata-kata Chika tadi. Apakah dia sedang marah pada sahabat baiknya sendiri?

"Bukan begitu,Chika-chan...,"

"Sepertinya memang begitu!" Semua mata memandang ke arah gerangan itu. Mereka terkejut kerana dengan beraninya Hikari mengatakan seperti itu. Apakah sebenarnya yang gadis ini rancangkan? Chika menoleh ke arah Hikari terkejut.

"Benarkah Hikari?" Hikari hanya mengangguk dengan soalan itu.

"You-chan pernah beritahu saya tentang penyakitnya. Namun saya pelik mengapa dia tidak katakannya pada awak lalu apa yang dikatakan oleh You-chan sangat membuatkan saya terkejut."

"Apa katanya?"

"You-chan memang ingin mati kerana dia sudah penat bersama dengan awak selama lebih 10 tahun ini." Cerita Hikari. Seluruh anggota Aqours terkejut termasuk Tsuki. Mereka sangat mengenali siapaka Watanabe You. Tidak mungkin You akan kata seperti itu.

"Dia kata bahawa dia sudah bosan bersama awak. Awak sering memaksanya melakukan segala macam mengikut kehendak dan keinginan awak. Tapi awak langsung tidak pernah melakukan apa-apa pun mengikut kehendaknya. Jadi...You mula bosan berkawan dengan awak dan ingin berhenti berteman dengan awak. Jadi..dia memikirkan cara untuk jauhkan diri dari awak."

"Itu tidak benar,Chika-chan! Jangan percaya kata-katanya. You-chan bukan seperti itu. Awak jauh lebih mengenalinya." Tsuki menghentikan Hikari dari bercerita memburukkan sepupunya. 

"Cukup,Tsuki-chan!" Tengkingan Chika membuatkan yang lain terkejut. Dia memandang kembali ke arah Hikari. "Teruskan Hikari." 

"Apabila dia telah disahkan menghidap ketumbuhan diotaknya toga tahun lalu, dia merancang untuk merahsiakannya pada awak dan menyuruh agar Tsuki juga merahsiakannya daripada awak. Hanya kerana dia ingin pergi dari hidup awak." Tanpa Chika sedar,air matanya mengalir. Hatinya sakit. Cukup sakit! Jika tadi,dia sedih,namun entah kenapa,perasaan itu hilang serta merta.

Chika tersenyum. Dia memandang tepat ke arah pintu bilik rawatan yang menempatkan You. Dia tersenyum penuh makna. "Jadi awak ingin pergi,You-chan? Kenapa tak jujur saja pada saya bahawa awak sudah penat berkawan dengan saya? Kenapa tak jujur katakan bahawa awak ingin pergi dari hidup saya dan ingin mengejar impian awak sepenuhnya. Kenapa tak jujur dan terus terang saja. Kenapa mesti permainkan saya seperti ini?" Semakin deras air matanya mengalir.

"Chika-chan...bukan begitu. Awak dah salah sangka. You-chan bukan begitu."

"Kebenarannya sudah jelas! Apa lagi yang masih kabur? Saya sudah buat keputusan sekarang." Katanya kagi. Semua mata tertumpu ke arah Chika menanti keputusan Chika.

"Sebagai ketua Aqours,saya Takami Chika memyingkirkan Watanabe You dari Aqours dan dia tiada sebarang kaitan lagi dengan kita semua. Malah dia juga bukan lagi kawan saya. Saya tak mahu lagi berkawan dengan awak You-chan! Jadi..awak boleh pergi. Awak boleh mati dengan aman dan maaf kerana telah banyak menyusahkan awak selama ini." Ujar Chika yang semakin deras air matanya mengalir.

Seluruh anggota Aqours terkejut dengan keputusan itu termasuk Tsuki. Apakah dengan mudahnya dia menyingkirkan You seperti itu dari Aqours dimana mereka berdua yang usahakannya bersama? 

"Tapi Chika,awak telah usahakan dan perjuangkan Aqours bersama You. Apakah awak tidam mahu fikirkan kembali keputusan awak? Mungkin ada salah dimana-mana." Pujuk Mari. Chika merenung Mari tajam.

"Itu dulu. Tidak sekarang. Saya tak mahu memandang masa lalu yang menyakitkan. Jika dia ingin mati,saya sangat mengalukannya. Sila pergi terus dari hidup saya dan jangan kembali lagi."

"Macam mana dengan Love Live? Kita perlukan sembilan anggota untuk cukupkan bilangan Aqours." Ujar Ruby juga kecewa dengan keputusan itu. Chika memandang Hikari cukup dalam dan berjalan menghampirinya.

"Kita sudah ada pengganti tempat yang kosong tu." Ujar Chika lalu menghulurkan tangannya pada Hikari membuatkan Hikari terpana.

"Selamat datang ke Aqours,Katsumi Hikari." Sapa Chika sambil tersenyum manis. Hikari membalas senyuman itu dan membalas huluran tangan Chika. Mereka yang melihat terkejut. Begitu mudah sekali Chika menggantikan tempat You pada orang lain.

Hikari tersenyum penuh makna. Inilah saat yang saya tunggu.





Bersambung.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

perkenala

SIMBF(21)

Wonder Egg Priority? Ep1

SIMBF(1)

idola?

mungkinkah takdir?!

SIMBF(10)